Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Citer hari raya Pertama 2016

Assalammualaikum,

Sebelum bersalin nie , nak jugak citer pasal raya . Masih syawal kan , x salah kot . Raya tahun nie , dapat cuti agak lama dan sakan berjalan . Walaupun En. Abah takde , kena keje. Gigih tau dengan bawak perut yang sarat , past tue Nur Qaireen Iman tak reti duduk diam . Memang mencabar sungguh . 


Selepas kejadian dahi terbelah , dan beli baju raya malam raya . Kita sambung citer raya pertama .


Pepagi raya pertama di Kajang , gigih YY ngan ibu berkemas dan menyediakan juadah pagi raya . Tahun nie memang ibu dah cakap xnak masak . So , dah plan memasing buat menu sendiri . YY dah sesiap beli bahan nak buat steamboat . Kekonon nak lain sikit pagi raya . Adik Ipar Ain buat rendang ayam pencen , kuah kacang ngan nasi impit . Angah , buat apa eh . Alolololo faktor usia YY lupa . hahahhahaha. Kak Lang pulak asalnya nak buat Mee Kari , dah siap barang semua , tapi tgk menu macam banyak jer . Cancel , kita posponed buat Mee Kari . Haaaaa, dah ingat , angah buat lontong . Sedap weiii  . Tapi YY macam x sure angah ke , ibu yang buat . Sebab balik keje last day tue , day siap . 





Punya gigih , kul 5pagi dah bangun untuk siapkan semua . Past tue duk jerit memasing suh bangun bersiap . Anak dara Kak Long Qaireen pun kemain awal bangun , sibuk nak tolong ibu berkemas gak . 


Siap juadah semua , ada yang ke surau untuk sembahyang raya . YY xpergi , sambung lagi berkemas dan siap kan anak dara . Abahnyaa, sila lah bersiap sendiri . Selesai sembahyang raya , semua dah siap . Kita makan - makan lah . YY memang xbanyak sangat snap gambor , jadi kita bebel jer lah yang lebih eh . 




Dah makan. Mari lah kita bermaafan dan bergambar . Meriah masa nie lah . Ada yang touching . Ada yang gelak - gelak . Macam - macam peel. Paling payah bila nak amik gambor dengan Kak Long Qaireen . Dah banyak akal . Tak reti duduk diam . Gambar sekeluarga pun , payah nak dapat yang comel . 




Sibuk nak belajar buat peaceeee !!!




YY sekeluarga . 



Kak Lang Sekeluarga




Adik Sekeluarga 






Then , bergerak lah kita ke destinasi untuk beraya . YY sekeluarga , meneruskan perjalanan ke Seremban rumah blah En.Abah . En. Abah pun dah takde Mak Ayah , so memang setaip kali balik kitaorang akan ke rumah kakak dan Abangnya untuk beraya .  Adik ngan Ain , ke Perak untuk beraya belah Ain . Kak Lang & Nazri , Ibu ngan Angah , terus bergerak balik ke kg. YY lepas ke Seremban , akan bertemu dengan diorg kat kampung . See, senang kan . kawin dedekat. Dua2 leh g hari raya pertama , tak yah gegaduh . Hahahahaha . 



Macam YY , selesai ke Seremban . YY dengan anak dara jer berdua , terus gerak ke destinasi seterusnya . En. Abah , tinggal kat seremban sebab esoknya kena balik kl dah keje . Dari Kajang ke Seremban pun , kita orang asing-asing . Sebab akan terpisah destinasi nanti . Dari Seremban , call ibu tanya kat mana dah . Rupanya diorang tengah gerak ke Kampung arwah ayah di Kampung Sungai Buloh , Negeri Sembilan . Ok , roger . Kita jumpa sana . 


Dengan berbekal kan waze , sebab nak lalu jalan x jem . Dalam masa sejam YY sampai ke destinasi diorang . Agaknyaaa, kalau YY lalu Bukit Putus yang hari raya pertama selalunya , memang jem gilos... Comfirm tak sampai . Diorang pun dah selesai beraya kot . 






Nasiblah YY nie dah biasa merayau ke mana - mana dengan Kak Long Qaireen . Jadi , dalam kete xde lah berperang . Behave jer . Boring Kak Long Qaireen membebel , agak ngantuk kang , dia bantai lah membuta . 


Lepas beraya di Kampung Sungai Buloh , Eh jap. lupa nak citer . Kat sini kitaorang pi rumah sepupu arwah ayah jer . Berdepan dengan rumah kampung arwah ayah . tapi , rumah dah takde . skg dah jadi rumah rakyat , cousin yang duduk . Itu pun takde kat rumah . Menu raya Negeri Sembilan nie , apa barang makan kuih . Makan nasi ko , lauk masak lomak cili api memang wajib . 


Dari Kampung Sungai Buloh , kita ke rumah Pak Long di Pasoh 3 . Pak Long adalah Abang Arwah Ayah yang sulong . Antara rumah yang wajib kitaorang pi . Dari arwah ayah ada , sampai lah dah takde . Kitaorang masih meneruskan tradisi beraya ziarah menziarahi . Pak Long pun dah tak berapa sihat . Telinga tak berapa dengar , nak cakap pun kena kekuat . Moga Pak Long sihat sentiasa . Owhhh lupa nak citer , diorg yang lain , sebelum ke Kampung Sungai Buloh , sempat pi beraya rumah Pak Ngah , abang arwah ayah . YY jer tak sempat nak menjoinkan diri , sebab ada kat seremban . Nie jer lah , 2 adik beradik ayah yang tinggal . Yang kitaorang wajib pi setiap kali raya . 






Dari Pasoh 3 , gerak ke Lui Muda . Yang nie pulak , rumah anak buah arwah ayah . Pun wajib pi . Dedulu, masa arwah ayah ada . Kat Lui Muda , wajib kitaorang tido semalam . Kat sini , meriah . Cucu Arwah Ayah ramai . Past tue , sibuk lah diorg suh atok masak . Almaklumlah , arwah ayah memang pandai dan rajin bab masak nie . Masih ingat lagi , last raya arwah ayah , kitaorang buat masak - masak siap ada nasi ayam . Ikan bakar , fresh beli ikan kat kolam . Siap tak cukup , pi beli ikan lagi . Memang memory sungguh . Tapi sejak arwah ayah xde, kitaorang x tido situ dah , Macam segan plak , tapi datang beraya tue wajib . 


Dari Lui Muda , baru lah gerak balik ke Kampung Serting . Kampung Ibu . Destinasi terakhir di hari raya pertama . Penat weiii , dah ler panas seharian . Econ kete pasang kekuat pun macam x puas . Itu lah citer raya pertama YY , berhari raya tanpa suami kecuali di pagi raya . Gitueee . Semua sedara mara memang risau lah. Dengan sarat bawak perut , drive lagi berdua jer dengan Kak Long Qaireen . YY kena bertabah , xkan laki x cuti . YY kena terperap kat rumah . Raya tetap raya kan . Ok lah , macam panjang berjela jer . Citer raya seterusnya , nanti lah sambung . Kbai . 





P/S : Tik Tok Tik Tok ..... debar nak bersalin dah . 










AltheaTurns1 | Birthday Shoutout !!!!!!

Assalammualaikum,


Selamat Hari Lahir Althea ,...!!! Moga lebih berjayaaaa.

Haaa,.. mesti korang nak tau sape Althea kan ???

Althea adalah satu online shop yang memasarkan produk daripada korea. Buat peminat kosmetik dari korea , korang tak yah nak pi korea bagai . Beli jer online. Pilih ,.. pilih . Buat bayaran . Barang akan dihantar direct dari korea ke pintu rumah korang . Mudah kan . 


Diam tak diam dah setahun usia Althea . Kejap jer masa berlalu . Semoga lebih berjaya di masa akan datang . Pasarkan produk korea yang best lagi murah . Gitueeee. Nak murah sesajo . 


AltheaTurns1 | Happy Birthday Althea


Paling seronok , YY dapat deco party kid sendiri sempena dengan ulang tahun Althea yang pertama. Serba pink uolsss. Rasa cam mak buyung comel sangat niee. Dengan topi , siap belon bagai . Terus rasa macam nak buat party ulangtahun . 


AltheaTurns1 | Happy Birthday Althea




Sempena ulangtahun Althea yang pertama nie . Memacam benda menarik untuk korang yang Althea nak bagi . Korang berpeluang untuk mendapatkan :-



  • Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
    For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.

  • Free Goodies for first 1,500 shoppers
    Full size beauty products. While stocks last. 

  • Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE! Rebate will be credited into your account. 

*Hanya 1,500 shopper yang terawal sahaja berpeluang mendapatkan goodies gift special dari Althea. Jadi, jangan lengah-lengah masa lagi terus terjah website Althea!


AltheaTurns1 | Happy Birthday Althea




Dalam kotak pink Althea tu nanti ada terselit sekali DIY Party Kit tau! 


AltheaTurns1 | Happy Birthday Althea



AltheaTurns1 | Happy Birthday Althea




So, jangan lupa join #AltheaTurns1 Instagram Contest dimana korang berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits, and beauty hampers from Althea! 


AltheaTurns1 | Happy Birthday Althea




AltheaTurns1 | Happy Birthday Althea



AltheaTurns1 | Happy Birthday Althea




Total keseluruhan hadiah berjumlah KRW10,000,000 untuk dimenangi. Contest bermula pada hari ini iaitu 20th July until 15th August, 2016. Jangan lupa letak hashtag #altheaturns1 nanti senang pihak Althea nak detect.




More info for Althea can visit;

Facebook: Althea
Instagram: Althea Korea
Website: www.althea.kr



Kisah Terbelah Sebelum Raya 2016

Assalammualaikum,


Masih lagi dalam bulan syawal dan mood beraya . So, kita citer pasal beraya lah ek . Macam sayang pulak x citer , sok sok bila kak long qaireen dah pandai membaca , boleh jugak di baca citer raya masa dia kekechik . Lagi lah bila ada tragedi beberapa hari lagi nak raya . Tetiba mood nak update blog dah mari . Sejak mengandung , memang nak mengarang nie agak malas sikit . 


Sepanjang bulan posa , kan memang dah duduk kajang ngan ibu . Almaklumlah , kak long dah makin melasak . Dengan keje pun dah bertukar ke putrajaya . Jadi dekat lah sikit kalau nak ulang alik pi keje . Balik pun , ibu dah siap kan juadah berbuka . Anak dara Kak Long Qaireen nie , bila ibunya takde . Pandai pulak behave . Senang tok wan nak jaga . Ce , kalau ibu dia balik keje . Ya Allah , satu keje tak jadi . Asik lah jadi bebayang . Ngikut jer kemana pergi . Camne nak buat keje , nak masak berbuka pun xleh . Ada beberapa kali gak , YY berbuka sempat buat telor goreng jer , makan ngan nasi ngan kicap . Hoiii , bertabah sungguh .



Muncung sikitttt :)



Isnin ngan selasa sebelum raya tue , YY masih keje . Tapi En. Abah dah dapat cuti awal . Seminggu sebelum raya dah cuti , sampai lah raya ke-2 . Biasa lah , tentera bukan senang nak cuti . Itu pun nasib jer raya pertama dapat gak cuti . Balik keje selasa tue , ajak En. Abah kuar jap . Misi nak cari kan baju raya merah untuk Kak Long Qaireen , Kekonon raya ke-2 nak pakai merah . Padahal bukan Kak Long Qaireen xde baju merah , tapi baju kurung nya dah x muat . Cepat betul besar anak ibu nie . 


Misi cari baju kurung merah berjaya , pi Tesco jer . Ada cawangan Bintang Fashion . Amik kooo, ramai jugak yang cari baju raya last minit . Esoknya nak raya , ramai lagi yang masih bershopping . Dapat lah sepasang , Baju kurung budak RM 59.90 . Lagi mahal dari jubah ibunya . Bertabah lah yerr . 


Ok,... jap . 


Nak citer pasal tragedi beberapa hari sebelum raya . 

YY balik keje , perut cam tak sedap . So , membaring kan diri kejap kat bilik bawah . Kak Long Qaireen ikut Tok Wan nya naik atas . Tok Wan nak solat jap . Tetiba , YY dengar Ibu duk jerit "Long , Tengok nie muka anak kau habis berdarah" . Apa lagi , melompat lah turun katil . Tengok kat luar , Ibu tengah pegang Kak Long Qaireen , dengan muka penuh darah . Mulut ngan hidung pun darah . Haaaa, sudah . Dah kenapa . YY apa lagi , sambil meraung duk angkat anak pi basuh darah nyaaa. 


YY dah meraung nieee , yang Kak Long Qaireennya . Duk main simbah air kat muka , sambil tuee duk tepuk YY , siap cakap ." dah buuu , dah . Jangan Nangis " . Hoiiii , YY boleh gelak sambil nangis tue . Dia yang luka , x nangis . Dia pulak yang pujuk ibu . Tak sakit ke ??? Anak askar sungguh lah . 





Bila dah basuh luka , baru pasan yang terbelah kat bahagian dahi . Nasib tak kena mata . Menganga koooo. Cuak jugak YY tengok . Macam dalam . Memula tue , macam nak bawak pi klinik , tapi lepas dah basuh luka . Mandikan . Pakai baju , bagi nyusu . Dibantainya tido . Tak sampai hati pulak . Boleh Kak Long mentido sambil darah ada lah mengalir lagi . Masa tue , YY letak minyak gamat jer . 


Dah buat report kat En Abah , siap send gambar . En. Abah pun mengucap panjang tengok luka anak dara . Tapi yang tak leh blah , bila dia yang luka . KIta pulak yang di pujuknyaaa . Anak lah anak . 






Esoknya , bila YY g keje . Ibu msg suh balik . Katanya darah macam kuar jer . Dah dia melasak . Lompat sana sini . Tak kenal erti sakit . Tapi , bila tanya dahi tue kenapa . Pandai jawab "jatuhhh" , sakit x ,...dia jawab 'sakittt' . Bila tanya jatuh mana , x di jawab pulak . Sampai ke sudah kitaorang x tau dia jatuh kena apa sampai terbelah dahinya . 


YY pun call suh En.Abah bawak anak pi klinik . Sampai klinik , doc kata macam kena jahit . So , En. Abah tanya alternatif , Doc kata boleh pakai gam . Doc cuci , letak gam dan plaster . The best part , Kak Long Qaireen boleh duduk diam . Muka slumber jer masa Doc cuci luka . Doc pun pelik , siap Doc cakap. Baiknyaaa, kalau budak lain dah meraung tolak tangan Doc . Bila Doc tengok IC En. Abah , terkeluar ayat . OOoOOOO, anak askar . Hhahahhahaha, kental sangat ke anak askar nie . 





Bila YY balik keje , Anak dara duk jerit,... Ibu....Ibu,... Laju jer tangan dia duk tayang di bukaknya plaster kat dahi . Allah, x sempat nak tahan . Dah menganga balik lukanyaaa. Padahal , seharian tok wan kata elok jer , x usik pun bahagian luka tue . Tetiba Ibu balik keje, di tayangnyaaa . Sabar jer lah . 



Ok, tue jer kisah sebelum raya . Tragisss kan . Tak memasal dapat hadiah raya . Dahi bertanda . Gigih lah ibu nak cari apa - apa yang boleh buat hilang parut . Kang , dah besar kurang pulak hantaran . Hahhahahahhahahahahahhaha !!!!! .




P/S : Now , nampak macam luka dah makin baik bercantum dan kering . YY letak ubat kuning jer . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah