Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Jauhkan anak - anak dari iklan lucah dengan Salam Browser

Assalammualaikum ,

Sekarang kan , internet memang di hujung jari . Apa korang nak , google jer . Al maklumlah , handphone sekrang semua ada data , semua boleh layari apa yang korang nak . Bebudak pun dah mula ada phone sendiri . So , macam payah nak kawal kan . 


Mak Pak zaman sekrang pun terlalu sibuk dengan tanggujawab memasing . Sampai tak dan nak pantau apa yang anak - anak duk tengok . Lagi lah kalau duk kuar iklan yang bebukan . Kita yang tua pun boleh terperanjat , ini kan budak yang tak faham apa - apa . Kan bahaya tue . Satu masalah besar tue . Jenayah cyber zaman sekarang memacam . Silap sikit jer , habis lah viral . Satu dunia boleh tau . Sape yang susah nanti kalau benda camgitue jadi . 


Dengan Nur Qaireen Iman semakin meningkat besar . Sekarang mana YY nak dapat pegang phone , nampak YY pegang tipon jer . Dia pun sibuk jugak . Kalau bukak laptop pun sama . Kita nak buat keje , dia pun sama nak jugak menaip . Belum adik dia lahir lagi . Kalau tidak , mahu diorang berjemaah menakluki segala gadget yang ada . 


Salam Browser



Dengan ini  , YY nak perkenalkan kan korang dengan SALAM BROWSER . Apa itu Salam Browser ??? Salam Browser adalah yang pertama kalinya dicipta oleh pembangun berasaskan Chromium yang menghormati tuntutan agama . yang paling membanggakan , ianya di cipta oleh anak tempatan . 


Kelebihan Salam Browser adalah dengan memberi amaran kepada pengguna mengenai laman web lucah , perjudian dan laman web yang mempunyai maklumat yang berbahaya . Ia juga menghadkan hasil carian video yang mempunyai unsur keganasan dan maksiat .


Salam Browser



Sebelum menjadi perkara yang tak diingini , baiklah kita mencegahkan . Benda boleh dapat secara percuma . Korang cuma perlu download , dan terus boleh digunakan . Takdelah hati tue duk risau anak tengok yang bukan - bukan . 



Kekechik dah pandai online , Buat ibu risau jer . 















P/S : Jom kita download reramai , dan jegah apa yang patut . 







Pregnancy 101 : Detail Scan di MySonoworld

Assalammualaikum,


Pengalaman mengandung setiap orang pasti berbeza. Setiap anak jugak berbeza . Kenangan mengandung pasti akan terpahat dalam ingatan korang kan . Bila kandungan dah besar sikit , korang mula lah teruja nak bershopping barang baby , lagi  best kalau korang dapat tau jantina dalam kandungan korang tue kan .


So, pengalaman mengandung kali ke-2 nie , YY teruja nak buat detail scan . Korang mesti pernah dengar tentang scan 3D , 4D dan kini ada pulak 5D . dari scan nie lah , korang akan dapat tau kondisi kandungan korang , dan macam mana keadaan baby korang . Kalau detail scan nie , lagi detail se detailnya yang korang boleh tau .



Detail Scan di MySonoworld.com

Kenapa YY pilih buat detail Scan di Mysonoworld.com , sebab pertama yang akan scan YY mesti lah perempuan . Bertuahnya YY sebab dapat khidmat dari sonographer Puan Suraya Sulaiman . Bertugas sebagai sonographer beberapa klinik dan hospital sekitar Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengajar ultrasound di institusi tinggi seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Asian Metropolitan University. Dahulunya pernah berkhidmat di KPJ Tawakkal Specialist di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Mempunyai kelulusan dalam Degree in Radiography & Diagnostic Imaging (Universiti Islam Antarabangsa) dan Diploma of Medical Ultrasonography (Australasian Society Of Ultrasound In Medicine) .





Bapak ngan Anak nampak lebih tak sabar 




Sebelum Scan , kita isi borang dulu . Anak dara merajuk nak menulis gak . 





Bilik semasa Scan



Apa itu Detail Scan : 
  • Detail scan lebih dikenali sebagai morphology scan dan di lakukan dalam bentuk 2D ( hitam dan putih ) .
  • Sesuai untuk kandungan yang berusia 20 - 2 minggu .
  • Banyak aspek yang di nilai ketika ultrasound untuk memastikan kedungan membesar dengan sempurna dan normal .
  • Detail Scan akan melihat perkembangan :
    • kepala dan otak bayi 
    • Muka termasuk profil bibir
    • jantung
    • dada termasuk diagframa 
    • abdomen termasuk buah pinggang , pundi kencing dan perut . 
    • tulang belakang
    • anggota badan termasuk tangan dan kaki .




Kita buat Detail Scan dulu




Anak dara sibuk nak tegok adik dia . 





Nampak , detail sungguh kan bila korang berpeluang buat detail scan . Masa YY buat detail scan nie , kagum giler bila tang jari tue , siap boleh nampak 5 tulang jari dia . Peha gebu dia , siap boleh nampak tapak kaki lagi tau . 


Bukan setakat YY yang teruja , En. Abah ngan Anak dara Nur Qaireen Iman pun teruja gak . Bila YY baring , dengan dia sekali nak baring kat katil tue . Bila adiknya xmo tunjuk muka , duk tepuk lah perut YY sambil sebut , Adikkkkk,... adikkkk . Pujuk adik dia tunjuk muka lah tueee . 




Nampak kan tulang jarinya tueee,..




Payah sangat nak tunjuk muka , asik lah menunduk . 
Dekat pulak ngan uri . Lagi buat x bape jelas . 




Memang puas hati bila dapat buat Detail Scan . Sebenarnya YY macam risau jugak dengan kandungan kali nie . Yer lah , homoglobin asik low. Naik bising dah doctor suh makan itu ini bagi hb naik . 


Harga : Detail Scan di mysonoworld : RM 150. 

Korang akan dapat full report , CD dan Gambar hitam putih . Semua nie boleh di simpan untuk kenangan . 




Yang berwarna nie 3D / 4D Scan 



YY bukan setakat buat detail scan , sambung pulak dengan 3D / 4D scan . Dari 3D/4D scan , kita bleh tau jantina kandungan . Tapi apa kan daya , adik Kak long Qaireen nie pemalu sangat , muka pun payah nak tunjuk , jantina pun nak sorok . Malu - malu eh nak tunjuk . 


Harga : Detail Scan + 3D / 4D Scan : RM 180 

Korang akan dapat Ful Report , CD , Gambar Hitam Putih dan Berwarna . 



Harga Pakej di Mysonoworld :


Growth Scan : RM 50 per sessi
Melibatkan pengukuran saiz janin, lokasi uri, air ketuban, bilangan janin serta jantina.

Kandungan : dari awal kehamilan hingga 40 minggu .




Nuchal Screening / NT Screening : RM 100 per sessi

Mengukur ketebalan belakang leher bayi untuk mengesan penanda (Soft Marker) keabnormalan kromosom

Kandungan : 11 minggu hingga 13 minggu 6 hari 




3D / 4D Scan : RM 100 per sessi
Dipengaruhi beberapa faktor seperti maternal habitus (gemuk/kurus), posisi bayi ketika scan, kandungan air ketuban dan usia kandungan.

Kandungan : 24 minggu hingga 34 minggu 




Detail Scan : RM 150 per sessi

Melibatkan imbasan asas seperti GROWTH SCAN dan diteliti setiap organ bayi seperti otak, tempurung kepala, facial, tulang belakang, tulang-tulang utama serta jari kaki tangan, organ dalaman seperti jantung, hati, perut, peparu, usus, tali pusat, pundi kencing dan lain-lain . Kedudukan uri, jenis dan bentuk serta kajian Doppler .
Kandungan : 20 - 26 minggu


Detail Scan + 3D / 4D Scan : RM 180 per sessi

Keterangan lanjut seperti yang tertera di Detail Scan dan 3D/4D Scan .



Suasana di Mysonoworld 



Kaunter Pendaftaran 






Ada khidmat sewa kerusi roda di mysonoworld



Terima Kasih Puan Suraya Sulaiman Khan dan Mysonoworld .


Maklumat Lanjut : 

http://mysonoworld.com/


Alamat :


 BG 14,  Residensi Bistaria Apartment, 
Ukay Bistari, Hulu Klang,
 68000 Ampang, Selangor

No Tel :
03-4162 2754
010-225 6224

Email :
sonoworldmalaysia@gmail.com



P/S : Kak Long Qaireen makin manja sejak nak dapat adik . 




Pregnancy 101 : Mengandung Lagi ????

Assalammualaikum,



Megandung lagi ??? amboi kemain tau tajuk . Sebenarnya YY tak pasti nak citer ke tidok . Ada ke orang nak tau . Si gemuk nie gemuk ke , atau mengandung . 


Alkisahnya, pada suatu hari . hahaha, suatu hari lah sangat . Di hujung bulan Januari 2016 , YY rasa macam x selesa . Mengalami batuk teruk . Batuk teruk sama seperti memula mengandungkan anak dara Nur Qaireen Iman . Tapi kalau betul mengandung memang tak mabuk atau mengidam apa - apa . 



Ketika ini Nur Qaireen Iman masih kandungan .



Tapi sesaje gatal YY beli gak pregnancy test . Di Pagi hari bangun tido , check . Eh, benar ke YY tengok kuar double line . Aikkk , xkan mengandung kot . Dalam hati duk kata , alat rosak nie . Jadi YY pun beli lagi seketul , memula nak beli yang mahal , yang siap kuar bape bulan peknen tue . Tapi adik YY bising kata jangan membazir . Di suruhnya YY datang HUKM , nanti adik YY mintak doctor dia amik kan darah untuk pastikan berapa bulan mengandung . Masa tau yang pertama kali nie , memang YY bagitau adik YY yang keje HUKM nie jer . En. Abah , Ibu ngan yang lelain masih di rahsiakan lagi . 




Kebetulan hari Jumaat ketika itu , YY kena amik adik yang keje HUKM tue balik keje . Sebab suami dia ada hal . Alang - alang , YY g lah naik ke ward , dan doctor adik YY tolong amik kan darah . Pasal result takpe nanti adik YY bacakan jer . 




Masa nie , YY memang dah buat second test dan hasilnya tetap double line . positif . Jadi kita tunggu pulak keputusan darah . Amik darah Jumaat , so dalam isnin petang adik YY call kata result dah ada . Dan keputusannya POSITIF dan dari bacaan darah , bahawasanya YY telah pun mengandung 3 bulan . Seriusssss !!!!! YY x cayer kot . Ingat baru peknen . Dah bayangkan adik lahir dalam bulan 10 macam kakaknya . Adik YY siap hantar WhatsApp gambar result, bacaan darah ratus ribu camtuee lah . Maknanya dalam 12 minggu peknen .




Hoi , nebes ahkak masa dapat tau . Almaklumlah , kalau korang ada baca pengalaman bersalinkan Nur Qaireen Iman , mesti korang faham kenapa YY takut . Dalam hati duk kata , xpe lah dah rezeki , mungkin Allah faham YY dah tua , jadi dia bagi rezeki cepat sikit . Yang seriaunya , mulut nurse atau doktor lah . Macam comfirm jer kena marah nie . 



Tak puas hati lagi dengan result kat hukm , YY ke Hospital Al-Islam Kg Baru . Kekonon nak scan lah , tapi apa kan daya . Doc yang nak scan takde plak . Yang diorang boleh cuma amik urine . Tue jer . So, seperti yang dah diketahui , result positif . Itu jer yang diorg boleh bagitau , pasal kandungan berapa minggu , memang kena scan . Jadi , Hospital Al-Islam Kg baru buat surat refer ke Hospital Mizan , sebab dulu kan YY bersalin dan checkup situ . Senang dah ada rekod . 




Sebenarnya , YY memang ada masalah period tak regular sejak bujang hingga membawa kawin . Ingatkan bila dah kawin , jadi normal . Ya adoooo, so memang YY lupa sungguh bila last period . Setakat x period 5 bulan tue pun dah pernah berlaku , biasa sangat masa bujang dulu . 




Akhirnyaaa, di pendekkan cerita . YY pun ke HAT Mizan dengan berbekalkan surat dari Dr. Spital Kg Baru . Dapat jer surat , Doktor Atikah kat Hat Mizan pun scan . Dan hasilnya , comfirm masa tue dah 13 minggu pun . Dan tarikh jangkaan bersalin pada bulan Ogos 2016 . Nur Qaireen Iman bakal jadi Kak Long . Patut lah sekarang asik nak buat perangai . Dah tue jadi bayang - bayang YY . Mana taknyaaa , asik nak melekat . pembawakan nak dapat adik kot . 







Korang doakan kandungan ke-2 YY nie sihat dan dipermudahkan yaaaa . Lagi citer pasal mengandung akan YY citer kemudian . Macam dah panjang berjela pulak bebelan YY kali nie . Saat dan ketika ini , kandungan YY 6 bulan dah . Macam kejap jer masa berlalu . Ramai yang masih tak tau YY peknen , termasuk kengkawan kat opis . Mybe sebab perut kechik kot. Itu diorg yang tengok bila dapat tau YY peknen . 




P/S : Pengalaman mengandung setiap orang berbeza kan . 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah