Assalammualaikum,
Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan
Helen Lam
sebagai Presiden Shaklee Malaysia. Beliau menyertai syarikat tersebut sejak
Januari 2016.
Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang
industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran &
Jualan di syarikat multinasional.
“Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang
mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang
amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”,
ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.
Tambah beliau lagi, “Kami amat bertuah dengan kehadiranHelen
yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besarShaklee dalam membantu
rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di
Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih
mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar
Shaklee”.
Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan
Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para
pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam
industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkareer
secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal
dan sedia ada.
Untuk Maklumat Lanjut, boleh layari :
Website : www.shaklee.com.my
Facebook : www.facebook.com/shakleeproductsmalaysia
Instagram : www.instagram.com/shakleeproductsmalaysia/
Untuk Pembelian Online juga kini anda boleh dapatkakn produk
Shaklee di Lazadahttp://bit.ly/buyOnlineShaklee
P/S : YY amalkan Shaklee masa awal mengandung .
No comments:
Post a Comment