Assalammualaikum,
Nak share resepi Ayam Masak Ungkep dengan korang . Al maklum lah , kan macam bosan jer . Bila Ayam jer yang YY selalu masak . Masak merah , x pun kari . paling malas goreng sajo . YY kalau goreng ayam, suka pakai tepung bestari Pedas . Ce korang try , sedap tau . Macam ayam segera yang korang selalu tue . malas nak sebut nama . Hahhahaha.
Resepi Ayam Ungkep nie YY dapat dari kawan opis . First time dengar . Past tue dah gegedik nak buat . Kebetulan plak semua bahan ada kat rumah . Tak sangka first time jadi pulak . Nak tau camne tau jadi , sedang kan tak pernah rasa . Kisahnya nanti YY citer . Nah nak bagi resepi dulu .
Bahan :
Seekor Ayam
2 Batang Serai
Air
Asam Keping
Garam / Perasa
Bahan Kisar
4 Ulas Bawang Putih
5 Biji Bawang Besar
2 Sudu Biji Ketumbar
1 sudu Makan Jintan Manis
1 Sudu Jintan Putih
Serbuk Kunyit
3inci Halia
Cili Padi ( ikut kepedasan memasing )
Bahan Untuk Dikisar
Sedia Untuk di Kisar
Cara – cara Masak Ayam Ungkep.
1. Panaskan Minyak dan Masukan Serai dan bahan Kisar .
2. Selepas di tumis hingga terbit minyak , masukkan Ayam .
3. Masukan Asam Keping , Air dan Garam .
4. Gaul kan sehingga Ayam masak .
5. Siap .
Senang kan . Rupa nampak macam Ayam Masak Lemak Cili Api tapi bau dan rasa berlainan . Nak tau kenapa Resepi Ayam Ungkep YY yang pertama kali nie menjadi . Sebab , adik YY yang berkahwin dengan orang jawa , dan kini tinggal di kawasan masyarakat jawa makan masakan YY . Ayat dia “ ini Ayam Ungkep ke Long “ . Haaaaaa, maknanya berjaya . Sebab YY tak bagitau pun YY masak apa . Memula diorang ingat masak lemak cili api .
Yeaaaaaaaaah , eksperimen resepi baru bagi YY berjaya . Lain kali boleh buat lagi . Ahaaaaksssss, sejak kawin rajin pulak YY masak . Sampai ibu kata , rajin along ko masak . hahhahahhaha. Kbai .
P/S : Selamat mencuba Resepi Ayam Ungkep Mudah YY .
No comments:
Post a Comment