Assalammualaikum,
Selepas Nur Qaireen Iman lahir . Dari buat Tahnik , Kemudian Bersunat masa usia 5 bulan . YY telah menindikan telinganya pada usia 7 bulan . Semuanya satu kebetulan . Lepas kepala di cukur masa pantang , pertumbuhan rambur anak dara sangat lambat . Bertabah menunggu nie . Bila dah botak , pi memana orang mesti ingat kan anak dara baby lelaki . Dah pakai baju pink , siap ropol lagi pun orang kata lelaki .
Kebetulan plak , sampai Tesco terjumpa Yani kawan baik YY masa kat poli dulu . Anak dah 4 wei . Yang sulung nak sama tinggi ngan ibu dia dah . Seronok anak dah berderet . Tue ada hati nak menambah lagi . Good Luck Yani .
Then , ingat lagi masa tue cuti umum , YY lupa dah cuti apa . Sesaje lah berjalan ngan anak dara pi Tesco Kajang . Masa tue pulak dia baru masuk 7 bulan . Lalu kat satu kedai emas nie , kemain ramai orang . Sesaje la tanya , boleh tindik baby ke . Sekali orang kedai emas tue kata boleh , tapi kena tunggu jap sebab orang ramai . Sebab baby kalau nak tindik kena 2 orang sebab tindik serentak . Tak nak bagi terkejut 2 kali .
Amboi seronok dapat keluarkan .
Memang kalau berjalan , YY akan letak Car Seat dalam troly .
Senang kalau tetiba anak dara nak tido or menyusu .
Memula pilih dulu subang yang berkenan dan bersesuaian dengan anak dara . Saiz kecik ke, besar ke . Sama jer harga . Sepasang RM 18 dengan tindik . Bila sampai masa nak tindik , memula pegang cam baik . Bila dah pegang kepala macam nak meronta . Dedua orang kedai emas dah standby nak tindik kat bahagian yang dah di tanda dulu . Kang tak tanda , kot salah tempat plak nak tindik .
Sorang kiri , Sorang Kanan . Kena buat serentak .
Ada penonton .
Dengan kiraan satu dua tiga , pappppp pistol dah tindik ke telinga . Sebelah ok , sekali sebelah terlari plak . Masa nie anak dara dah melalak . Satu hal plak kena bukak balik yang sebelah lari tue , tindik semula . Berdarah sikit telinga kat bahagian yang bukak tue . Tindik balik cecepat , anak dara masih lagi meraung . Ramai pulak penonton masa tue , yer lah . Jarang kot orang tengok baby yang tindik .
Dah selesai , Melalak lah jawabnyaaa.
Mengadu lah tuee, terkejut yaaa .
Sedih betul tuee .
Then settle semua , pujuk – pujuk anak dara . Baik pulak diam . Tak sakit kot , mybe dia terkejut jer dengan bunyi tembak kat telinga . Masuk kete , dan dan tue dia tido . Sampai ler ke umah . Alhamdulillah , selesai dengan baik . Benda tak rancang . Abah nya pun x tau yang anak dara dah tindik , x sempat YY nak bagi tau . Bila sampai umah , seronok pulak Abah dia tengok anak dara dah tindik . Baru lah nampak gegurl . Takde lah orang ingat dia lelaki lagi . Syabas anak ibu , 7 bulan dah bertindik .
Dah Sampai Umah , Muka ada senyum . Nampak tak subang di telinga saya .
Now dah setahun sebulan pun usia anak dara . Betul kata orang , tindik masa baby senang jaga . Hari – hari sapu baby oil jer . Xnak jadi kudis . Then kalau ada rezeki , boleh ler tuko subang emas ya . Sebab memula tindik guna subang silver. YY pun dah tuko subang emas , sebab telinga anak dara luka cam x baik , bila tuko emas baru ok . Nampak sangat ikut kulit ibu dia tak leh pakai barang bukan emas . Gedixss kan .
P/S : Rambut masih kurang , Subang penyelamat . Hahhaha.
No comments:
Post a Comment