Assalammualaikum,
Kejap giler rasa puasa , nak raya dah wei . Lagi 3 hari jer posa . So, bila dah dekat nak raya nie , mula lah datang kemalasan nak masak tuk berbuka . So, semalam kita makan kat luar jer . Tempat yang menjadi pilihan adalah di Restoran Rail Canteen yang terletak di Sunway Nexis . Sape orang Kluang mesti tau Restoran nie , pemes wooo dengan kopi Kluang .
Selesa Restoran nie , bawak anak kecik pun xde masalah . Maklum lah , berbuka berdua jer dengan anak dara Nur Qaireen Iman . Restoran nie ada 2 tingkat , belah atas ruang untuk korang yang nak buat function makan reramai ke , besday ke , reunion ke . Xde hal lah , korang boleh book ruang atas tanpa mengganggu pengunjung lain di bawah .
Ruang yang korang boleh booking untuk buat sebarang majlis . Boleh memuat kan antara 30 – 40 orang dalam satu masa . Menu boleh disediakan secara buffet atau ala Carte .
Tak sesia ke Restoran Rail Canteen nie , kebetulan bulan puasa nie memang ada disediakan menu – menu menarik khas sempena Ramadan . Terliuq habaq hang . Nah , bagi korang layan menu – menu yang ada di Rail Canteen .
Roti Bakar ( inti Kaya & Butter ) – RM 3.50
Kaya di buat sendiri tau – home made gitue . di bawa dari Kluang . Memang sedap .
Bun Sambal Special – RM 4.50
Berintikan Sambal Ikan bilis yang sedap dan pedas dan juga telor rebus dan hirisan timun .
Ini bagi makanan ringan dulu , bagi korang tertunggu – tunggu pulak dengan makanan berat yang ada.
Nasi Lemak Rendang Kambing - RM14.90
Nasi Lemak Ayam Berempah - RM12.50
Boleh buat pilihan sambal .
Ada 5 jenis sambal iaitu Sambal Udang, Sambal Ikan Bilis, Sambal Kerang,
Sambal Bawang dan Sambal Sotong .
Mee Hoon Siam Ayam Rendang - RM12.50
Mee Kari – RM 11.50
Mee Rebus – RM 11.50
Ini semua menu sampingan yang ada di Rail Canteen . Nah nak tunjuk dengan korang menu special sepanjang Ramadan . Di datangkan dengan set lengkap . Menu Utama , Air dan Desert .
Nasi Lemak Goreng Ayam Goreng + Air Sirap Limau Selasih + Kurma + Puding = RM 19.90
Nasi Beriani Ayam Masak Merah + Kurma + Puding + Sirap Limau Selasih = RM 19.90
Camne , menggugat mata korang tak ?? Kalau dah makan , kena lah ada minuman dan desert kan . Kang makan , makan , makan kot tercekik , takde air kan masalah jadi nya .
3-Layer Ice Cream kombinasi vanila, coklat dan kopi – RM 9.80
Kopi Cendol Ais – RM 4.90
Desert kecik camginie, tapi dia punya sedap terus rasa nak lompat – lompat .
Sempat lagi kalau korang nak berbuka di Rail Canteen . Alah , kalau x sempat pi masa Ramadan , korang boleh jer pi bebila . Menu yang menajdi pilihan YY , Nasi Lemak Ayam Goreng . Memang sedap weiii . Nasi Lemak di goreng , unik kan . Ayam besar pulak tue . Puas hati dengan hidangan dan harga . Bersesuaian .
Muka Anak Dara ngantuk nak Tido .
RESTORAN RAIL CANTEEN
Unit D-GF-02, Sunway Nexis Jalan PJU 5/1A,
Petaling Jaya, Selangor
Contact: 012-395 3800
Waktu Operasi :
8.00 pagi – 10.00 malam
Facebook : Rail Canteen.
Instagram: @railcanteen.
P/S : Kita bukak puasa , anak dara Nur Qaireen Iman pun sibuk nak buka jugak
No comments:
Post a Comment