Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Suami Aku Ustaz | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,


Suami Aku Ustaz . Adaptasi dari novel ke Filem . Sape yang minat gegiler baca novel , sambil baca mesti korang bayangkan sape pelakon sesuai mengikut penceritaan kan . Now , korang tak yah nak bayang kan or berangan beria nak dapat Suami Aku Ustaz . Boleh g tengok wayang jer terus . Suami Aku Ustaz terbitan Karya Seni Production yang banyak novel – novel telah di jadikan drama .


Antara novel-novel tersebut ialah Love You Mr. Arrogant, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Teman Lelaki Upahan, Suamiku, En. Perfect 10!, Hati Perempuan dan banyak lagi.


Novel terlaris karya novelis Hannah Dhaniyah berjudul Suami Aku Ustaz yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei bermula 14 Mei 2015. Filem sulung terbitan Karya Seni Production diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar bersama Adi Putra menampilkan barisan pelakon popular seperti Nora Danish, Adi Putra, Izzue Islam, Jue Aziz dan Betty Rahmad.



Poster Suami Aku Ustaz



Sinopsis :

Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.



Review Filem Suami Aku Ustaz | Sinopsis & Trailer



Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.



Review Filem Suami Aku Ustaz | Sinopsis & Trailer



Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz di pawagam .



Review Filem Suami Aku Ustaz | Sinopsis & Trailer


Review :

Mula citer pun YY dah senyum sumbing . Sweet giler kot Nora Danish jadi pompuan kasar tapi manja . Memang menjadi kekemiaan antara Nora Danish dengan Adi putra . Banyak babak yang bagus untuk di jadikan pengajaran untuk kita dalam rumahtangga . Macam mana x suka kita dengan pasangan, kalau dah suami isteri kita kena jalan kan tanggungjawab .


Ada hikmah apa yang berlaku , kalau dah jodoh . Tak kira usia dan pangkat pasti akan bersatu jugak . Memang banyak lah message yang baik dalam Filem nie . Bukan setakat tengok suka – suka jer . Pemandangan dalam Filem nie pun menarik . Rumah yang digunakan memang rumah kampung sungguh . Cantik . Pengambaran di lakukan di sekitar Melaka Bandaraya Bersejarah .


Cuma YY x suka bab ending dia . macam pendek sangat . Dalam novel ada banyak lagi adengan menarik . Tak puas hati citer pendek . Muhahhahaha . Kalau panjang kan lagi , lagi best kot . Macam tergantung pun yerrr , adakah ada Suami Aku ustaz 2 ????



Bintang : 4.5 / 5 bintang .


Review Filem Suami Aku Ustaz | Sinopsis & Trailer



Review Filem Suami Aku Ustaz | Sinopsis & Trailer



Review Filem Suami Aku Ustaz | Sinopsis & Trailer



Trailer :



Pengarah : Ghaz Abu Bakar

Pengarah Bersama : Adi Putra




Senarai Barisan Pelakon Filem Suami Aku Ustaz

Adi Putra sebagai Ustaz Hafiz

Nora Danish sebagai Alisa

Izzue Islam sebagai Johan

Betty Rahmad sebagai Wati

Jue Aziz sebagai Cikgu Liana

Liza Abdullah sebagai Mak Alisa

Razak Ahmad sebagai Ayah Alisa

Kamaliah Mat Don sebagai Umi Ustaz Hafiz



Penampilan khas

Norman Hakim sebagai Pegawai Polis


p/s : Suami Aku Askar , #eh  . Hahhahaha.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah