Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

Assalammulaikum,





Korang biasa tak ke Kedai makan Chinese Muslim . Mesti korang tau menu – menu yang menarik kat Restoran camginie kan . Baru  baru nie , YY berkesempatan ke Restoran Chinese Muslim Haji Sharin Low di Cawangan Bukit Antarabangsa . Selama nie memang YY tak tau pun kewujudan Restoran yang menunya sedap uolsss. Padahal dengan rumah tak sampai 10 minit pun .




Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim




Terletak di atas bukit yang pemandangannya sungguh indah . Haji Sharin Low mempunyai 5 cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Bukit Antarabangsa ( HQ ) , Sri Gombak , Klang , Cheras dan Melaka . Menyediakan menu untuk Lunch dan Dinner .



Meh nak tunjuk kat korang menu yang lazat , di antara yang menjadi pilihan ramai pelanggan yang Haji Sharin Low .




Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

Ayam Lemon

Small – RM 15.00

Medium – RM 25.00

Large – RM 36.00

Ayam rangup dilimpah dengan sos Lemon . Rasa masam membangkit kan selera . 





Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

 Udang Butter

Small – RM 19.00

Medium – RM 28.00

Large – RM 50.00

Seredak tue sedap uolsss , Udang fresh . Seredak terhasil dari telor , bebudak pun suka makan . Tapi hati - hati , ada cili padi . Antara menu pilihan ramai .





Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

Sotong Telor Masin

Small – RM 19.00

Medium – RM 30.00

Large – RM 50.00


Paling menjadi kesukaan , Sotong di goreng bersama bahagian kuning telor masin . Sedaaaaap,  rasa sotong dengan telor masin memang cair dimulut . Gitueeee. 





Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

HK Kailan Ying Yong

Small -  RM 15.00

Medium – RM 25.00

Large – RM 30.00


Kailan Hong Kong yang di sagat menjadi halus , di goreng dan sebahagian di celur dengan butter . Dah ler YY memang suka kailan , sayur yang menjadi pilihan utama di kalangan sayur – sayur lain . 




Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

Hotplate Taufu Jepun

Small – RM 12.00

Medium – RM 20.00

Taufu Jepun lembut berkuah . Rasa manis sos sesuai untuk anak – anak yang x makan pedas . 





Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

Ketam Lak Chi

Small – RM 50.00

Medium – RM 75.00

Large – RM 100.00

Ketam dengan cili dan rempah . Sedikit manis , ketam comfirm lah fresh . 






Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

Siakap Nyonya Deep Fry

Siakap = RM 7.00/100gram

Ikan Siakap Nyonya nie ada rasa masam dan pedas . Ala – ala asam pedas pun ada . 





Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim




Hoi , menaip nie pun dah terliur . Sedap – sedap belaka menu kat Restoran Haji Sharin nie . Bukan setakat menu yang YY share nie . Banyak lagi menu menarik yang lain .


  Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim  Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

Diantara Menu yang ada



Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

Waktu Operasi





Restoran Hj. Sharin Low | Masakan Khas Cina Muslim

Ragam anak dara sambil ibu dia sibuk makan . Menternak Lemak . Muhahahaha.






Cawangan Restoran Haji Sharin Low

Bukit Antarabangsa (HQ) No 1 & 3, Lorong Wangsa 5A,
Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor
Tel: 03-41066678/03-41614678



Sri Gombak No 33, Jln SG3/10, Tmn Sri Gombak,
68100 Batu Caves
Tel: 016-6760020



Klang Lot G-13, Harbour Place
Lot 6683 Persiaran Raja Muda Musa
41200 Klang, Selangor
Tel: 012-9742241



Cheras No 33A, Jalan Suarasa 3/3 Lake Valley Town Park,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras, Selangor
Tel: 03-90819194



Melaka 29, Jalan Kristal Merah 2,
Taman Limbongan Jaya 75200 Melaka
Tel: 06-2812715











P/S : Boleh bawak family gathering kat sini , view cantik tau dari atas Bukit . 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah