Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Program Derma Darah Sempena Hari Polis

Assalammualaikum ,


wacaaaa , YY nak ajak korang nie . Kalau korang biasa derma darah , mesti korang rasa seronok kan . Ye lah , dengan darah korang tue boleh menyelamatjan nyawa manusia lain . Gilerrr tak best . YY memang suka derma darah , bermula dari zaman belajar dulu . Setiap tahun , sekurangnya sekali YY akan menderma .



Harap sangat sumbangan kecil YY dapat membantu orang lain terus hidup . Kemain panjang intro , YY cuma bak bagitau korang . Sempena Hari Polis Yang ke - 208 , satu Program Derma Darah akan di adakan pada : 



Tarikh : 18 April 2015 ( Sabtu )
Masa : 10 pagi
Tempat : Pusat Membeli Belah Subang Parade , Subang Jaya .


Acara akan dirasmikan oleh Ketua Polis Negara , YDH Tan Sri Dato' Dri Khalid Bin Abu Bakar . Pegawai Tertinggi pun turut hadir memeriahkan acara . Kalau korang berniat nak menderma darah , meh jemput datang . Tanpa sedar korang dah buat kebaikan yang x semua orang mampu buat . Ada yang takut menderma sebab kena cucuk lah , mabuk darah lah . Takut darah kotang sikit ? Eh , kalau korang menderma darah . Nanti korang akan dapat proses darah baru . Itukan sesuatu yang sihat . 




Uzur dah buka derma darah YY , 
nampak x kategori darah YY tue . 



Syarat Menderma Darah : 

    Korang adalah antara kumpulan umur 18-60 tahun.

    berat badan korang 45 kg atau lebih.

    haemoglobin korang adalah 12.5 gm% minimum.

    derma darah terakhir korang sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.

    Korang sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.





Seorang wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini ..

    mereka hamil

    mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam satu tahun terakhir

    mereka dapat menderma selepas 6 minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka tidak menyusui. 

    mereka mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi ( period )




Korang memenuhi syarat ? Jommm sesama kita menderma darah . Jangan lupa Sabtu nie di Subang Parade . 





P/S : Derma darah mampu menyelamatkan nyawa orang lain . 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah