Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pasar Malam Cherating | Jalan–Jalan cari Makan

Assalammualaikum,



Nak sambung sikit citer g Cherating . Macam lama bebenor baru nak sambung kan . Day  2 , xde plan kemana pun . Sebab kan cuaca yang agak panas , jadi kita melepak kat bilik jer . Keluar untuk makan tengahari jer . Bila Day 1 pi kedai Haji Satar x sampai hajat sebab tutup , so kita pergi Day 2 untuk makan tengahari . Pagi dah tentu lah bekpes kat Resort jer .




Pasar Malam Cherating

Breakfast di Resort .



Pasar Malam Cherating



After breakfast lepak bilik jer . Then tengahari baru keluar cari lunch .

Restoran Aziz Satar .

Pasar Malam Cherating  

Pelbagai : Satar dan Pais



Restoran Aziz Satar

Pinggang kemain besar kat Restoran Haji Satar nie .



Restoran Aziz Satar

Dah makin luas dan banyak pilihan makanan , dedulu YY pi , ada jual Satar jer .



Restoran Aziz Satar  CIMG3545

yang sedapnya Satar kat sini , rasa ikan dan pedas dari cili api . Memang tak dapat lah sedap camnie kalau beli kat KL . Rasa tepung jer lebih .




Pasar Malam Cherating

Qaireen tengok jer eh , awak belum cukup umur nak makan Satar .




Sebenarnya ada gak niat nak pi jengjalan ke Zoo ke . Tengok penyu ke . Tapi sebab kan panas bebenor , tak sanggup iolsss nak berjalan . Rela lah balik bilik dan rehat . Kita tunggu makan malam pulak . Kali nie punya percutian bebetul berehat . Balik lunch , Qaireen sambung lagi mandi dalam bathtab . Petang sikit baru YY bawak dia ke Pantai . kang orang kata , dah sampai Cherating tak ke pantai ke . Abahnya kekonon nak bawak Qaireen g mandi kolam , di bantai nya tido .



Pasar Malam Cherating

X dapat lah anak ibu nak pijak pasir pantai . Tunggu awak besor sikit yer .




Pasar Malam Cherating

Kita tengok dari jauh lah pantai tueee .




Bila malam , misi mencari makan lagi . Kali nie nak carik pasar malam pulak . Tanya orang kat resort katanya ada pasar malam bukak Sabtu Malam Ahad . Siap bagi direction . Jarak antara resort dengan Pasar Malam nie lebih kurang 20 minit . Tapi sampai dalam 9 lebih camtue , ada kedai dah berkemas nak tutup . Memang cepat tutup. tak sama dengan pasar malam kat KL .




Pasar Malam Cherating

Pasar Malam nie dekat dengan Sekolah Kebangsaan Cherating dan IPD Cherating.




Pasar Malam Cherating

Maap ler gegar pulak . Qaireen kemain suka dapat berjalan .




Pasar Malam Cherating

Beli Ayam Percik , buat supper makan kat bilik .




Pasar Malam Cherating

Baju bundle , tak leh sungguh lah nampak baju celoreng kan .




Dah pusing – pusing pasar malam kat Cherating nie , baru cari kedai makan . Kitaorang singgah Restoran dekat dengan pasar malam jer , sebab dah malas nak pusing – pusing cari kedai makan .



Pasar Malam Cherating

Restoran Makan Malam Day 2 




Pasar Malam Cherating

YY – Kueh Tiaw Ladna , En. Abah – Bihun Tom Yam  .




Pasar Malam Cherating

Ibu ngan Abah nak makan . Qaireen tido dah .



Settel makan malam ,mari lah kita balik ke bilik . Tetengah malam lapar , baru makan Ayam percik yang beli kat pasar malam . Dah kenyang , baru nyenyak tido kan .




Pepagi Day 3 .

Jom kita sarapan dulu . After Sarapan plan nyer nak kepantai . Sebab tenghari kang dah nak check out .

Impiana Beach Resort Cherating

Kami dah kenyang sarapan , jom lah ke pantai .




impiana Beach Resort Cherating

Tak pi sampai kat pantai pun , panas . Muhahahhaaaaa. Macam puteri lilin plak .





Impiana Beach Resort

Qaireen dah mengamok nak tido





Impiana Beach Resort



Kejap jer posing kat tepi pantai , Past tue kita balik bilik melepak , berkemas nak balik dah . Dah nak habis dah percutian kali nie di Cherating .



Pasar Malam Cherating    Pasar Malam Cherating Pasar Malam Cherating    Pasar Malam Cherating

Anak beranak selfie , selagi x habis memory camera . Huhuhuhu .





Tamat lah percutian YY dan keluarga di Cherating di atas tajaan kengkawan . Hadiah besday yang dah setahun lebih baru dapat di gunakan . Syukur Alhamdulillah . Terima Kasih kengkawan . Sayang korang ketat2 .






Sayang Korang .





P/S : Cita – Cita nak bawak Qaireen bercuti ke Langkawi .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah