Assalammualaikum,
Korang mesti biasa dengar Kimball kan . Alah , ada memacam produk makanan yang telah di keluarkan oleh Kimball . Kimball sangat memahami perasaan Supermak yang nak menguruskan rumahtangga , urus anak , nak memasak lagi . So, kalau lah dapat sediakan makanan dengan super pantas dan menguruskan rumahtangga sekali . Memang ohsem lah. .
Kimball kini mengeluarkan Sos Pasta Asia yang bercirikan tekak orang Malaysia . Dengan 3 jenis sos iaitu Kari , Rendang dan Tomyam . Pasti memudahkan lagi tugas mak – mak di dapur . Terus rasa hebat tau , contohnya dalam masa tak sampai 15 minit boleh siap Spaghetti Rendang . Terbaik kan .
Rendang , Tom Yam , Kari
Sempena pelancaran Sos Pasta Asia Kimball baru-baru nie , satu acara “Great Pasta Cook-Off” yang disertai oleh selebriti berbakat Yasmin Hani yang mencabar pemenang MasterChef Malaysia musim pertama Dr Ezani Farhana Md. Monoto untuk pertandingan memasak . Idea cabaran memasak nie adalah untuk membuktikan penyediakan makanan menggunakan teknik konvensional yang dimasak oleh Yasmin Hani dan Dr Ezani menggunakan Sos Kimball Pasta Asia yang menggunakan kaedah 3 langkah yang lebih mudah .
Cabaran Memasak -“Great Pasta Cook-Off”
Memasak Spaghetti Tomyam dengan 2 cara yang berbeza .
YY membantu Yasmin Hani
Sape yang menang memasak ??? Dah tentu lah Dr. Ezani yang menggunakan Sos Kimball Pasta Asia . Mudah dan cepat uolsss . Yasmin Hani yang guna kaedah lama , dengan nak menumis bagai . Nak potong memotong bahan lagi , siap YY kena bantu tau . Tapi tetap lambat siap . Terbukti menggunakan Sos Kimball Pasta Asia lebih menjimatkan masa dan sedap .
Masa Dr. Ezani – Masak Menggunakan Sos Pasta Asia Kimball Tomyam
Masa Yasmin Hani – Masak Cara Konvensional Pasta Tomyam
Korang boleh dapatkan Sos Kimball Pasta Asia perisa kari , Rendang dan Tomyam di pasaran . Harga pun berpatutan . Anak – anak pun pasti suka kalau bila dapat hidangan baru yang lazat. Citarasa Timur dan Asia di gabungkan .
Cara masak memang senang gilosss . Sos dah ada , korang cuma perlu tambah apa yang menjadi kesukaan korang . Macam Daging or ayam cincang ke , sausage potong kekechik ke , atau korang nak letak udang pun boleh . Lepas dah tumis bahan korang , then masuk sos . Siap . Tak yah nak tambah garam pun . Semua dah ada dalam sos . Rebus Spaghetti . Yeaaah , dah boleh makan . Senang bebenor . Jimat masa .
Resepi menggunakan Sos Pasta Asia Kimball
Harga ?? Sangat berpatutan . Dengan Harga RM 4.95 , Kimball Sos Spaghetti 350gram . Sebotol boleh makan 4 orang camgitue . Bergantung kepada situasi dan keadaan . Kot kuat makan , boleh rasa nya sebotol sorang . Sebab sedap kot .
Pilihan YY – Sos Spaghetti Rendang
Kami Sayang Kimball
Facebook : Kimball Malaysia .
P/S : Stok Wajib barang dapur lepas nie .
No comments:
Post a Comment