Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Sup Sedap Restoran Sup & Popia Zaiton Hussin Setapak

Assalammualaikum,



Nak citer pasal makanan plak . Korang pun tau memang YY suka makan. Sebab tue tembun . En. Abah pun risau tgk selera makan YY lain macam . Mengandung pun tak macam nie dia punya selera . Berjalan banyak pun dah sakit kaki sekarang .



Baru – baru nie , YY ada urusan di Syarikat Insurance pasal Motor yang baru beli 3 hari hilang sudah . Takde rezeki YY . X merasa naik pun, En. Abah pun sempat bawak g keje 2 kali jer . Nasib lah orang yang mencuri tue dah di tangkap . Tapi moto dah takde , dah selamat di pisah – pisahkan . Yang tinggal cuma enjin . Motor baru , panas lah kot . Pandai sungguh orang yang mencuri moto nie .




Dalam kete , dah bagitau En. Abah . Balik dari Insurance nak ajak makan Sup sedap . Semua sebab Abam Sham Bernama selalu post kat FB rupa Sup tue . Katanya sedap gilerrr . Lama dah teringin , tapi takde kesempatan nak pi . En. Abah ikut jer lah selera bini dia yang kuat makan nie .



Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak

Terletak di Belakang Masjid Jami’ul Ehsan , Jln Pahang – Setapak .


Restoran Hussin (Sup & Popia)

No 9 Jalan Puah Jaya 

Taman Setapak 

Setapak, Kuala Lumpur

016-2841576




Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak

Masjid Jami’ul Ehsan . Bebetul sebelah DUKE . Sebelum sampai Balai Polis Setapak . Masuk kat lorong sebelah Masjid . Bebetul Belakang Masjid Restoran nie.




Bila sampai , terus order 2 Sup Kambing dengan roti . Pakej sekali dengan popia basah . Serius , memang sedap . Pekat dan berasa sup nya . Kambing pun lembut dan banyak  . Popia basah plak , penuh isi . Sambal pun sedap .




Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak - Sup Kambing


Sup Kambing – RM 6.00


Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak - Sup Kambing



Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak - Popia Basah

Popia Basah – 1 Set RM 1.60

Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak - Popia Basah



Dah order 2 sup . Tetiba En. Abah order lagi satu sup . Ingatkan dia masih lapar . Rupanya memang order nak suh YY makan . Heiii, perut iolsss dah nak meletop . Akhirnya , kitaorang share lah . Baru adil, sesama gemoksss. Makan banyak . Hahhahahha.




Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak

2 mangkuk Licin , Datang lagi Satu Mangkuk penuh Sup Kambing



Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak

Dapnyaaaaa .



Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak



Pelanggan memang tak putus . Nasib masa sampai ada jer lagi meja kosong. Dapat citer , kalau peak hour , nak dapat tempat kosong memang susah . Yang YY perhati , golongan veteren banyak gak lepak sini .



Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak

Senarai menu dan Harga



Sup Sedap Restoran Zaiton Hussin Setapak

Kira jangan tak kiraaaa.





Kalau korang suka makan sup . Memang sesuai lah datang sini . Kena cuba , baru tau sedap ke tidok . Nie citer dari tekak dan pandangan YY tau .






P/S : Sup Pekat memang letak Rempah kurma ke??






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah