Assalammualaikum,
Shell EasiGo American Express Prepaid Card . Wowww, kad apa yang panjang bebenor nama eh tue . Ini bukan lah kredit kad uolsss. Ini fungsinya lebih kurang macam debit card . Korang boleh gunakan kad nie untuk isi minyak di Shell , dan jugak shopping di mana – mana yang menerima American Express .
Siapa yang layak menggunakan kad Shell EasiGo American Express Prepaid Card ?
*** Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas dengan alamat yang sah di Malaysia
*** Dokumen yang diperlukan
- MyKad (Kad Pengenalan) / Polis atau Angkatan Tentera KTP
- Pasport (iaitu untuk bukan penduduk / orang asing
*** Yuran dan Caj
- Yuran Tahunan: RM 6.00 * (* RM0.50 akan dikenakan kepada Shell EasiGO Kad Prepaid secara bulanan)
***Tiada Had Pendapatan Tahunan Minimum
Cara Memohon, Mendaftar dan mengaktifkan Shell Easi Go American Express Prepaid Card ?
1. Korang boleh beli Kad Prabayar Shell EasiGO starter pack RM15 setiap satu di stesen Shell di seluruh negara.
2. Lengkapkan borang permohonan yang disertakan dalam pek permulaan dan sertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan atau pasport korang kepada Maybank melalui:
Faks: 03-2070 6868 atau E-mel: prepaidcard@maybank.com.my ;
atau poskan kepada :
Pusat Maybank Card, Tingkat 7,
Menara Maybank,
100 Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur
*** SMS akan dihantar ke telefon bimbit korang apabila kad korang telah diaktifkan dan sedia untuk digunakan.
3. Korang boleh mendapatkan PIN untuk pengeluaran tunai dari cawangan Maybank terpilih 24 jam selepas korang menerima SMS pengaktifan kad.
Bila Kad dah aktif , boleh arr korang topup berapa banyak yang korang nak letak dalam kad . Lepas tue boleh arr guna untuk isi minyak di Shell atau bershopping . Xyah susah – suah nak bawak cash . Korang boleh semak kat ShellEasiGo Amex reload untuk cara topup .
Cara Menggunakan Shell EasiGo American Express Prepaid Card di Shell .
1. Masukan Kad dan tunggu hingga keluar Approve dan Remove Card .
2. Lepas korang amik balik kad , terus jer isi minyak . Terpulang korang nak isi berapa , tak yah nak tetapkan jumlah pengisian . Tapi , isi tue biar lah jumlah nya ada dalam kad .
3. Settle isi minyak , Automatik resit akan keluar . Dan Phone korang akan terima msg transaksi yang telah berlaku .
Mudah kan menggunakan Shell EasiGo Kad , tak perlu susah payah nak ke kaunter .
Cara Semak Baki Shell easiGO American Express Prepaid Card.
- Semak baki melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Taipkan PCBAL (jarak) 6 digit pertama nombor kad <#> last 4 digit nombor kad <#> ID pelanggan. Hantar ke 66628.
Contoh: PCBAL <jarak> 356347 # 1023 # 830516347824 dan hantar ke 66628
*** ID Pelanggan korang adalah kad pengenalan berdaftar atau nombor pasport korang yang isi masa pendaftaran . Ada caj SMS daripada syarikat telekomunikasi untuk pertanyaan baki melalui SMS.
- Stesen Shell:
Pergi je ke kaunter mana-mana stesen Shell di seluruh negara untuk mengetahui baki kad prabayar korang.
- Perbankan dalam talian:
Masuk ke www.maybank.com.my dan klik pada nombor kad korang untuk memeriksa baki.
- Maybank ATM / CDM:
Masukkan Kad dan masukkan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) korang.
Guna untuk Shopping pun boleh .
Kelebihan Shell EasiGo American Express Prepaid Card
1. Lebih Selamat sebab korang tak yah nak bawak cash bebanyak .
2. Dapat mengawal perbelanjaan , jika korang buat budget setiap bulan masuk kan jumlah tertentu untuk berbelanja dan mengisi minyak setiap bulan .
3. Mengumpul treat Point Maybank yang korang boleh tukar point dengan barang – barang di www.maybankard.net.my
dan pelbagai lagi promosi menarik untuk pemegang kad .
Boleh check segala transaksi menggunakan Maybank2U
So, apa lagi Cecepat lah ke Shell untuk dapat kan kad korang . Berbelanja dan mengumpul point . Ini langkah bijak kan . Maklumat lanjut boleh ke www.shell.com.my .
P/S : Kad camginie memang YY suka , sebab x suka bawak cash bebanyak .
No comments:
Post a Comment