Assalammualaikum,
Hai korang . Hari yang tak berapa nak sihat nie . YY nak citer pasal makanan . Yeaaaah , makan sangat lah syurga . Amboi , kemain syurga bagai . Sebenarnya nak citer pasal makanan yang di kombinasikan dari France dan Jepun . Tak Faham ?? Nie lah nak citer . Korang pernah dengar pasal Restoran Franco ? Franco adalah restoran yang berkonsepkan Casual Fine Dining . Dengan konsep yang unik , gabungan France dan Jepun . Nak kasi faham , disediakan dengan rasa makanan Jepun dihasilkan dengan teknik Perancis yang tiada tandingan . Memula cam compius gak , tapi bila dah rasa sendiri . Walaawweeeehhh , sedap .
Franco The Curve
Kita mulakan dengan hidangan Starter . Ada 2 pilihan Salads Starter . Dedua pun menarik dan sedap . Tak ketinggalan Franco’s French Toast yang memang mengiurkan .
Salads & Starter
Salade Francaise – RM 12.80
Salade Japonaise – RM 10.80
Franco’s French Toast – RM 16.80 ***** must try
Kalau korang nak sup pun boleh . Ada 2 pilihan sup . Sup Claim Chowder dan Minestrone .
Clam Chowder – RM 11.00
Minestrone – RM 11.00
Ini baru starter . Dah menarik . Starter pilihan YY Salade Japonaise dan Franco’s French Toast . Dalam Salade Japonaise ada taufu , seaweed , salad , Carrot , katsuobushi dan di tambah dengan sos dan kicap Jepun . Habis licin sepinggan YY blasah .
Lazat .
Pasta
Then kita sambung dengan cerita bab Pasta . Ada banyak gak pilihan pasta di Franco Malaysia . Buat peminat Pasta , memang tak rugi ke Franco sebab pilihan yang ada . Disediakan dengan portion yang agak banyak . Puas hati dan berbaloi dengan harga . Ada 8 pilihan Pasta , tapi YY tunjuk kat korang 3 . Kang tunjuk bebanyak , mahu korang terliuq lebih .
Squid Ink Pasta – RM 26.80
Tossed in Wasabi Infused Oil and Topped Off With Ikasumi and Squid Rings .
Jangan menilai dari rupa , walaupun hitam . Sedap . Seafood Fresh .
Spagetthi Yumeina – RM 26.80
Disediakan dengan kuah dan Shoyu rahsia . Ada frankfurters , Baby spinach , Tomatoes and Smoked Chicken Ham – Telur kat tetengah tue menggoda sungguh .
Pestacora – RM 28.80
A tomatoes Based Pasta with Assorted Seafood .
Antara 3 Pasta nie , Squid Ink Pasta menjadi pilihan YY . Walaupun rupa mu hitam , tapi sedap wei . Don’t judge a book by its cover . Haaaa, amik ko speaking . Hahhahahhaha.
Sebelum kita sambung pasal makanan seterusnya , Wajib minum dulu .
Peanut Butter & Banana Milkshake – RM 13.80
Kalau korang rasa macam Pasta tak kenyang . Maklum lah , perut orang Malaysia nie mesti nak nasi kan . Haaa, nie ada beberapa pilihan menu yang ada nasi . Still jangan menilai dari rupa . Rasa sangat ohseeemmm .
Squid Ink Rice with Assorted Seafood & Omu Egg – RM 28.80
Riz Au Curry – RM 26.80
Buat peminat kari , korang boleh cuba nie. Nasi dengan rempah kari , dan dilengkapi dengan sayur brokoli dan telor .
Souffle Au Franco – RM 28.80
Masa memula hidangan nie sampai , semua teruja melihat kegebuan nya . Dengan bau yang sedap menusuk Qalbu . Cara makan , dengan kejamnya gaul kan semua . Lazat sebab adunan telor dan cheese . Dalam tue ada nasi dan sos tomato istimewa.
Setakat nie , YY dah buat korang teruja nak ke Franco tak ?? Ajak reramai , baru best . Boleh sharing is caring sebab Franco menyediakan makanan yang lazat dan banyak untuk setiap hidangan .
Sweetrendings The Franco Way .
Seterusnya kita citer bab Souffles . Ada 2 pilihan Souffles iaitu Matcha Souffle dan Vanilla Souffle . Payah wei nak buat Souffles nie . Dari apa yang YY tengok kat rancangan masakan lah . Hhahhaha, nak buat sendiri , ntah jadi ke tidak meringuenya .
Matcha Souffle – RM 16.80
Vanilla Souffle – RM 16.80
Souffle selalu korang boleh jumpa kat Restoran Mewah jer , tapi sekarang korang boleh dapatkan di Franco dengan harga yang sangat berpatutan .
Pilihan YY Matcha Souffle . Licin makan sorang .
Franco Famous Desserts .
Sampai lah masanya kita ke pemanis mulut . X lengkap kan kalau dah makan memacam , kena lah ada dessert . Baru happy tummy .
Adzuki Red Bean & Jelly Pancake – RM 21.80
Toffee Banana Pancake – RM 19.80
Molleaux Au Chocolate – RM 12.80
So , camne ?? ada rasa cam nak terjah Franco tak ? Now Franco ada 3 cawangan yang telah di buka :
Franco @ The Curve
FRANCO @ The Curve. Lot G49, Ground Floor, the Curve, No. 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Tel: +603 7732 7623
FRANCO @ The Curve. Lot G49, Ground Floor, the Curve, No. 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Tel: +603 7732 7623
Franco @ One Utama
FRANCO @ 1 Utama. Lot 146, G Floor (Old wing), 1 Utama Shopping Centre, 48200 Petaling Jaya. Tel: +603 7731 8923
FRANCO @ 1 Utama. Lot 146, G Floor (Old wing), 1 Utama Shopping Centre, 48200 Petaling Jaya. Tel: +603 7731 8923
Franco @ IOI City Mall
FRANCO @ IOI City Mall, Putrajaya. LG-80C & 80D, Lower Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang. Tel: +603 8959 3928
FRANCO @ IOI City Mall, Putrajaya. LG-80C & 80D, Lower Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang. Tel: +603 8959 3928
dan bakal dibuka di
Franco @ Publika
Franco @ Pavilion
Franco @ Maju Junction
Franco @ Berjaya Times Square
Franco @ Mid Valley
Franco @ Paradigm Mall
Haaa, nampak tak . Banyak dah cawangan nak bukak . Pilih jer mana korang nak terjah . Boleh pilih mana hidangan yang YY dah cadangkan tue .
Kami puas hati dengan semua hidangan Franco . Terima Kasih Franco The Curve .
Segan wei , makan di kelilingi personaliti Malaysia .
Tue diaaaa, Adeline Tsen dan Ryzal Jaafar pun happy dengan hidangan di Franco.
Facebook : Franco Malaysia
Instagram : Franco Malaysia
P/S : Bahawasanya segan wei bila semua artis malaysia cina ngan malay .
YY sorang jer Blogger picisan .
No comments:
Post a Comment