Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Percutian Ke Cherating | Impiana Resort Cherating


Assalammualaikum,



Dah setahun 3 bulan YY melangsungkan perkahwinan . Qaireen pun dah 4 bulan . So, ini lah masa nya kita nak pi bercuti . Sebenarnya ini adalah hadiah perkahwinan dari kengkawan sekolah YY . Patutnya tarikh percutian nie tahun lepas dalam bulan 8 , tapi apa kan daya masa tue tengah sarat mengandungkan Qaireen . Tak kan lah berjalan jauh kan . Memula diorang nak bagi hotel kat Langkawi , tapi YY rasa cam jauh bebenor ke Langkawi . Akhirnya , Cherating menjadi pilihan .



Tempat Menarik di Cherating

Laluan ke Cherating . MRR2 – KARAK – LPT

TOL : GOMBAK – RM 4.00

KARAK – RM 3.00

LPT – Jabor – RM 21.00

Total Tol : RM 28.00 Untuk Pergi sahaja .




Pakej 3 hari 2 malam . So, pepagi Jumaat dah gerak dari rumah . Singgah bekpes dulu kat Shell berkembar kat MRR2 , dah alang – alang isi minyak kat situ . Kita makan dulu , perut lapaq . Blasah nasi lemak . En. Abah siap beli roti kot kot lapaq dalam perjalanan . Bagusnya Qaireen , sepanjang jalan memang tido sesaje . Amboii, simpan tenaga tau jalan jauh .



Tempat Menarik di Cherating

Kami nak ke Cherating




Tempat Menarik di Cherating

Sepanjang perjalanan, Memang anak dara nie tido jer . Simpan tenaga kot.




Sebabkan kita nie bukan orang pahang , dan bukan ke Cherating setiap bulan . Memang lah tak tau jalan , jadi kita waze . Bila En. Abah suh waze , bahawasanya YY telah meng Waze kedai makan . Hhahahhaha, dalam kepala dah terfikir makan jer . Berjalan kali nie , YY nak try macam – macam makanan . YY waze Warung Aziz Satar . Warung yang terkenal menjual satar dan otak – otak . Pemes weiii. Lagi pun YY pernah makan masa belajaq dulu . Ada ikut program anak angkat ke Pahang . Sejak tue , memang YY suka Satar . Tapi kalau beli kat KL menyakitkan hati . Tak sedap sungguh . Banyak kali terkena , jadi memang YY tak kan beli kalau jual kat mana – mana pasar malam .




Warung Aziz Satar tutup , so beli jer Satar tepi jalan . Buat makan kat bilik nanti . On The Way ke Resort , boleh plak ternampak warung Nasi Dagang . Singgah makan dulu , dari KL memang xmakan apa selain dari bekpes . Jam pun dah nak masuk pukul 2 . Ya Allah , sumpaaaaah sedap giler nasi dagang lauk ikan . Harga cuma RM 3.50 . Cukup rasa , cukup sifat . Sedap gilerrrr.




Nasi Dagang Sedap Cherating

Warung Nasi Dagang Sedap . Nampak tak , harga pun murah .




Nasi Dagang Sedap Cherating

2 set Nasi Dagang  Lauk Ikan



Nasi Dagang Sedap Cherating   Nasi Dagang Sedap Cherating

Abah makan , Ibu ngan Qaireen Selfie .




Settle makan , kita terus menuju ke Resort . Check in dan tak sabar sungguh nak melanding kan diri . 3 jam lebih perjalanan, sakit pinggang jugak duk dalam kete . Alhamdulillah , cantik sungguh biliknya . View laut gitueee . Ada ruang tamu siap TV dengan siaran Astro . Katil . Bilik Air siap bathtub . Bilik besar dan cantik . Terima Kasih kengkawan dengan percutian nie . Sayang korang .



Impiana Resort Cherating

View Dari Bilik .




Impiana Resort Cherating


Antara gambaran suasana dalam bilik , lupa pulak nak amik gambor bilik air .




Impiana Resort Cherating



Impiana Resort Cherating

Senang hati anak dara dah sampai , Yeaaah boleh rehat .



Dah sampai bilik , kita berehat jer lah . Lagi pun cuaca panas . Malam baru keluar cari makan . Hari pertama sampai memang x pi mana pun . Kira lepak bilik , petang tue Qaireen mandi dalam BathTub . Dah Abahnya tak rajin nak bawak turun ke pool . Dalam bilik pun boleh berenang – renang . Maklumlah , anak dara nie memang suka main air .



Impiana Resort Cherating   Impiana Resort Cherating  
Impiana Resort Cherating   Impiana Resort Cherating


Instagram @yanayassin

Malam , kita keluar cari makan . Malas nak g jejauh . Makan kat kedai berhampiran jer . Sebab kan kekonon En. Abah berdiet , so kita makan bihun dan Mee jer . Qaireen ?? Teman jer lah , sebab x cukup umur lagi nak makan besar . Ibu upah awak susu jer yer .



Tempat Makan Sedap di Cherating

Menu Makan Malam  : 

En. Abah Bihun Tomyam 

 YY Mee Hailam . 

Simple . Janji kenyang . 



Tempat Makan Sedap di Cherating

Qaireen teman jer . Tido kemain nyenyak . Penat main air lah tueee .




Tamat lah kisah hari pertama kitaorang kat Cherating . So far semua ok dan berjalan lancar . Makanan semua sedap . Cuma cuaca agak panas . Qaireen pun happy semacam . Nanti kita sambung citer day tue pulak eh .




P/S : Hari pertama , En. Abah dah teruja nak datang lagi .






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah