Assalammualaikum,
Salam Jumaat . Hari nak citer pasal harga makanan plak . Sejak minyak dah turun nie, patut nya harga makan pun boleh turun sama lah kan . Ye lah, harga makan naik alasannya minyak naik , bila minyak turun , awat harga makanan tak turun .
Harga makin mencekik adalah . Selalunya kalau beli makanan lunch Nasi + Syur + lauk ( ayam atau ikan ) = RM 5 . Itu standard kawasan YY dan biasanya beli . Ada sekali tue, tanjat gak gegurl . Beli menu sama Nasi + Sayur + Ikan Goreng = RM 8 . Wowwww, memang mencekik . Nak cepat kaya ini makchik . Padahal selalu beli paling mahal pun RM 6 .
Then , sejak berpindah . Area rumah YY memang ada sorang Makchik nie jual bekpes pagi . So, niat hati nak try lah beli . Ini pun buat YY terperanjat gak .
YY : Makchik , bungkus nie .
Makchik : Nak berapa ?
YY : satu ( selalu kita bagitau nak berapa bungkus kan , harga memang tetap ) .
Makchik : Nak Seringgit ke , Nak berapa ringgit ?
YY : Hurmmm , Seringgit lah . Letak lauk nie sekali .
Dah settle , tanya harga ( dalam hati mesti dalam RM 3 or RM3.50 )
Makchik : RM 2 dik .
Aikkk , iolsss is tanjat . Ada lagi ker bekpes murah camginie . Rasa ok .
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nasi Goreng + Paru Sambal = RM 2 .
Kuantiti yang agak banyak jugak bagi YY untuk nilai Nasi Goreng Rm 1 . Ada lagi ke orang jual singgit kan .
Past tue , YY try pulak beli bekpes dengan lunch sekali . Memang pepagi makchik nie dah ada jual nasi dengan lauk .
So pilihan YY .
Bihun Goreng + Sambal = Untuk Breakfast
Nasi Putih + kari ayam ( seketul ) + Ulam = Untuk Lunch .
Total 2 menu nie cuma RM 4 .
Hoiiiii , ini betul murah tau . Jawabnya memang YY akan jadi pelanggan tetap makchik nie . Jimat sikit belanja makan . YY beli pun kalau x rajin nak masak dan takde bekal nak bawak pi keja . Alhamdulillah .
P/S : Berapa standard harga makanan korang .
No comments:
Post a Comment