Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Cara Semak Baki Pinjaman Pelajaran JPA


Assalammualaikum,



Zaman YY belajaq dulu , satu kelas di offer Pinjaman Pelajaran JPA . Orang nak bagi duit, harus lah amik kan . Masa tue seronok wei dapat duit . Ada yang beli handphone lah , ada gak yang bebetul beli buku . Macam Omak , kawan YY siap simpan dalam ASB tue , Cukup habis belajaq ada 10K dalam akaun . Kan omak kan . Macam YY ada gak simpan , sebab ibu ngan ayah masih bagi belanja tuk belajaq .



Bila dah habis belajaq, kena lah bayar balik pinjaman kan . Jangan nak buat – buat lupa plak . Kang nama Blacklist , veranganss jer lah nak naik flight ke luar negara . Kat Airport korang dah kena tahan kalau nama korang telah di senarai hitam .




cara semak baki pinjaman pelajaran JPA



So, nie nak bagi korang cara semak baki pinjaman pelajaran JPA guna SMS . Kalau tau berapa balance , senang lah nak buat budget . Macam YY , memang dah buat potongan gaji setiap bulan . Tak yah nak fikir – fikir lagi dah . 




Cara Bayaran Pinjaman JPA
Cara Bayaran Pinjaman JPA 1





Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda, yang bermaksud
"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)








Cerita Cuti Tahun Baru Cina


Assalammualaikum,



Cuti Tahun Baru Cina tahun nie korang apa agenda . Cuti lama ko , sampai 4 hari . Mahu berjalan sakan kan . YY ? Tinggal 2 beranak jer ngan Qaireen . Sebab En. Abah koje . Kena Outstation ke Melaka . So tinggal berdua jer lah . Planning dalam kepala otak memacam nak buat . Tambahan plak bab kemas rumah memang tak habis lagi . Penat wei pindah , bab berkemas setahun tak habis kot . Muhahahhaa, drama seorang pemalas .



Barbeque di rumah

Malam “makan besar” sebelum raya cina , kita pun makan besar gak .




Khamis seharian duk rumah jer ngan anak dara Qaireen . Memang tak keluar . YY masak dan makan sengsorang . Kemain ko siap masak Ketam Masak Lemak Cili Api . Dapat ketam murah beli kat Jety , nelayan baru naik dari laut . Fresh dan murah . Puas hati . Malam pulak YY sambung berkemas rumah , sebab siang ngadap anak dara , satu keje pun x jadi . Malam Qaireen tido baru dapat buat operasi .



Nur Qaireen Iman

Ibu meroyan nak berjalan lepas seharian duk rumah .




Jumaat dah plan nak keluar . Malas nak masak . Ingat nak g cari sweater untuk Qaireen . Sebab nak g bercuti lepas En. Abah balik dari outstation. Sian Qaireen , memang dia xde sweater pun lagi . Nasib anak ibu nie kuat jugak antibodi . Bawak g Mall sesejuk boleh tahan lagi . Cover ngan selimut jer dalam stroller . Kekonon nak cari kat FOS kat Wangsa Walk . Kemain gigih pi , siap g makan dulu sebab lapor . Seharian tak makan lagi , dasar pemalas . Keluar rumah pun dah petang . Tup Tup  FOS boleh tutup plak . Raya Cina koooo . Giler kecewa hati . So, mengubat hai yang luka , kita ke Pasar Malam Jelatek . Nak cari makan dan barang sikit . Kat Pasar Malam , xkan nak bawak stroller kan . Guna lah Carrier , sakit gak pinggang duk bawak anak dara nie . Dah semangat badan dia .



Mee Kari


Makan Mee Kari jer kat Wangsa Walk . 
Rasa cam mahal plak . Harga RM 10.90 tapi isi kosong .
Kacang panjang kecut , 3 ketul kerang , 3 slice sotong kering dan 3 ketul tahu kering . Macam tak berbaloi ngan harga . Dah ler kecewa FOS tak bukak .





Nur Qaireen Iman

Sampai tido ikut ibu berjalan kat wangsa walk .




Sabtu , pepagi dapat msg dari ibu tanya kat mana ? Ngupernya ibu kat kl ngan angah . Katanya nak ke KL Festival tuk beli wallpaper kat Kaison . Apa lagi , jom berjalan . Sesiap nak ke KL Festival gak . Bab berjalan , memang semangat jer . Padahal sakit pinggang semalam x habis lagi. Janji ngan ibu ngan angah kat Kaison terus . YY pun ada nak beli wallpaper sebab orang seremban pesan suh belikan . Tapi kecewa tengok stok x banyak . Design wallpaper pun yang sendu jer . Keluar lah idea kat kepala otak ajak angah ngan ibu ke Kaison Paradigm Mall . Kat Kaison Paradigm baru dapat wallpaper yang berkenan, habis dekat 1K ko beli wallpaper jer . Ibu nak pasang kat rumah . Yang jadi mangsa nya YY lah nanti untuk pasang . Balik siap g makan kat RSMY kat Setapak . Sampai umah dah dekat kul 12malam. Fuhhh , giler penat wei .



Baju Askar Baby

Anak askar , semangat pakai baju askar .



IMG_7181[1]  Baju Askar baby

Terserempak ngan Kak Ogy dan Uda kat KL Festival ( Senior masa sekolah )




Nur Qaireen Iman

Angah ngan Qaireen kat Paradigm Mall



Ahad , ibu ngan angah tido umah . YY plak memang ada benda nak beli kat Tesco . Masa kat Tesco Paradigm Mall , takde pulak barang yang nak tue . So, plan nak ke Tesco Ampang . Ajak angah , ibu akan jaga Qaireen kat rumah jap . Keluar dalam kul 12tgh camtue , lepas makan . Pukul 3 lebih baru sampai umah balik . Dapat jugak beli apa yang di hajat , siap beli kolam untuk Qaireen berenang . Dia kan memang suka main air .



Baby Hisap Ibu Jari Kaki   Baby Hisap Ibu Jari Kaki   Baby Hisap Ibu Jari Kaki

Sedap sangat ke Ibu Jari Kaki awak tue Qaireen . Ragam Qaireen umo 4 Bulan .




Baby Hisap Ibu Jari Kaki

Ibu hantar gambaq masa kat Tesco ,
Amboi anak ibu duk ngan Mak Tok behave sungguh . Selfie tau .




Petang tue Qaireen main air sampai penat . Dengan kita kuyup sekali . Main air penat kot , lepas tue lama dia tido . Ibu ngan Angah pun dah balik . Tinggal lah kami berdua kembali . Esoknya dah mula balik rutin harian bekerja mencari sesuap nasi .



Kolam pelampung Baby




Itu lah cerita Cuti Tahun Baru Cina 2015 YY . Bila dah ada anak , macam xde dah istilah rehat dan tido lelama . Kena ikut jadual anak pulak . Tapi , seronok dan membahagiakan . Cuma , kejadian mistik yang agak menyeramkan hati berlaku pagi isnin nak g keje . Nanti lah YY citer di episod akan datang . Macam dah panjang sgt membebel nie .







P/S : Tak sabar nak pi bercuti .


**************************************************


Nak tunggu citer kat Blog kekadang lambat , jom Follow Media Sosial YY

Instagram : @yanayassin


Google+ : @yanayassin









Neutrax Keajaiban Semulajadi untuk Kesihatan


Assalammualaikum,



NEUTRAX ?? Korang tau tak apa itu NEUTRAX . Memula dengar , YY pun blur gak . Apa kejadah nya NEUTRAX nie , then bila dah dengar sendiri dari pihak Felda Wellness Corporation ( FMC ) . Wowww, YY memang teruja habis . Rupanya Neutrax nie banyak giler kelebihan tau . Ada 2 jenis NEUTRAX iaitu Neutrax Original dan Neutrax Therapy Oil .




Perbezaan Neutrax dan Virgin Coconut Oil




NEUTRAX ORIGINAL

Neutrax diperbuat daripada Ekstrak Kultur dengan Bio Lipopeptide . Senang citer , kalau korang tau Minyak Kelapa Dara , tapi NEUTRAX ada 36 lagi lebih hebat dari Minyak Kelapa Dara . Kajian menunjukkan bahawa NEUTRAX mengandungi ASID LAURIK yang tinggi dalam membantu meningkatkan tahap tenaga dan imuniti , mengawal atur hormon , menstabilkan kadar gula dan meningkatkan proses penyembuhan sel . 




Kebaikan NEUTRAX Original

Neutrax Dari FWC


1. Anti Microbial
* Membunuh Virus , Bakteria fungus dan Yis.

2. Anti Oxidant
* Melindungi badan dari radikal bebas yang berbahaya dan pengoksidaan .

3. Anti Imflammatory
* Mengurangkan keradangan dan bengkak .

4. Active Immunity
* Meningkatkan jangka hayat dan pertumbuhan sel badan manusia .

5. Active Lipid
* Mengurangkan kesan rantai sederhana trigliserida dan mencegah pengoksidaan lipid .




NEUTRAX THERAPY OIL


Sama kandungan seperti NEUTRAX ORIGINAL cuma dalam Neutrax Therapy Oil ada Geranium Essential Oil . Bau bunga yang menyenangkan . Kegunaan Neutrax Therapy Oil untuk melindungi bahagian luaran kulit . Mudah digunakan , cuma sapu jer setiap pagi dan petang di tempat yang bermasalah . Urut dibahagian kulit dengan lembut secara bulatan . Kalau korang ada masalah ekzema , boleh sangat guna Neutrax Therapy Oil .




Kelebihan NEUTRAX THERAPY OIL

Neutrax Dari FWC



1. Active Protect
* Melindungi kulit terhadap pencemaran dan tekanan persekitaran .

2. Active Control
* Mengawal dan membetulkan pengeluaran sebum – mengawal jerawat , kulit berpigmen dan terengsa .

3. Active Nutrition.
* Memelihara dan melembabkan dermis untuk kulit bersinar dan sihat .

4. Active Healing.
* Menggalakkan penyembuhan kesan parut dan terbakar , memperbaharui dan memulihkan sel .

5. Anti – Aging
* Mengawal proses penuaan dan menggalakkan pertumbuhan sel .




So, sekarang YY memang tengah makan NEUTRAX Original 2 kali sehari dan gunakan NEUTRAX Therapy Oil untuk diri sendiri dan Qaireen . Kebetulan pulak , now kat perut Qaireen ada macam kulit mengelupas dan bijik – bijik . Nak kata ruam macam bukan . Jadi , untuk buktikan yang bagusnya NEUTRAX kena lah kita gunakan .



Neutrax Dari FWC

Nampak tak , perut Qaireen yang naik bebijik tue . So, sekarang memang YY sapu NEUTRAX Therapy Oil . Nanti kita tengok perubahannya yer.



Neutrax Dari FWC


Neutrax Dari FWC

Neutrax Dari FWC  Neutrax Dari FWC

Neutrax Dari FWC

Jernih jer , rasa sedap . bau macam minyak kelapa .




Now , sejak ada Qaireen . YY selalu jer ngantuk time keje . Kekadang tue tak pasal kena buat keje merayau sana sini sebab nak hilang kan mengantuk . Bukan YY mengeluh bila dah ada anak , tapi biasa lah . Qaireen bangun kerap jugak menyusu awal pagi . So, comfirm lah YY  memang cukup tido kan . Harapan dengan mengamalkan Neutrax Original buat YY lebih bertenaga .



Neutrax Dari FWC

Terima Kasih FWC sebab bagi YY mencuba Neutrax .




YY pun sapu jugak Neutrax Therapay Oil di muka setiap kali sebelum tido . Semuanya sebab nak wajah lebih segar dan lembut . YY memang ada masalah kulit tak sekata , parut jerawat pun banyak . Hope ada perubahan lepas guna Neutrax Therapy Oil .



Nie YY tepek sikit gambar di event Blogger Brunch With Neutrax .

Neutrax Dari FWC


Neutrax Dari FWC

- Kami -



Neutrax Dari FWC

Penerangan dari pihak FWC berkenaan NEUTRAX .




Neutrax Dari FWC

Diantara produk keluaran FWC.



Nanti YY citer ngan korang eh , apa jadi setelah sebulan amalkan Neutrax . Berkesan ke tidak . Bagus ke tidak . Semua YY akan citer ok . Boleh jugak kalau korang nak tengok Testimoni Pengguna Neutrax kat SINI .



Tungguuuuuuuuuuu.



Facebook : Felda Wellness Corporation

Careline: 1-800-222-FWC (392)




P/S : Neutrax Keajaiban Semulajadi .



**** TESTIMONI SELEPAS SEBULAN GUNA BACA SINI ****





Maternity & Children Expo is Comingggggggg !!!!!!!!!!


Assalammualaikum,



Sharing is Caring . Ada Maternity & Children Expo yang akan datang . Kali nie kat Mid Valley . Bila bab expo camginie lah semua nak pi . Memang murah - murah gak arrr barang untuk anak - anak termasuk baby . 



maternity & Baby Expo




Save the date . Jangan lupa simpan duit sesiap . Baru boleh shopping sakan . X seronok kan shopping xde budget . YY dah pernah g masa peknen dulu . Sakan uolsss dari pagi , petang baru balik . Nak tercabut kaki rasa . Penat gilossss, tapi puas hati . Jalan sengsorang dengan bawak perut . Selumberrrr jer . Muhahahaha. Bak kata En. Abah . Berjalan x penat , balik umah baru rasa  penat . :)




P/S : Misi Simpan duit untuk shopping :)




Pastry Crown Pizza Blogger Party 2015


Assalammualaikum,



Pastry Crown Pizza Blogger Party 2015 . Amboii , kemain ko berparty bagai . Siap angkut anak dara Qaireen lagi . Yo lah , dah abah nyer keje . Keluar berdua jer lah ngan anak . Bertempat di Quill Mall . First Time sampai . Memang dah pasan hari tue Mall nie , cuma tak sempat lagi nak menjengah . Bila dapat jemputan dari Pizza Hut nie , memang seronok lah dapat berjalan .




Pastry Crown Pizza Hut



Pastry Crown Pizza Hut




Sempena Tahun Baru Cina , Pizza Hut menampilkan Pizza terbaru iaitu Pastry Crown Pizza  yang ditampilkan dengan kombinasi rasa Itali dengan pastri mentega garing . Keunikan Pizza ini terletak pada kombinasi lapisan inti manis dan lazat beserta kerak keju tiga rasa yang dilapisi mentega garing keemasan . Dengan gabungan limpahan topping ketulan meatloaf ayam , bawang , nenas , kapsicum merah , keju mozarella dan sos istimewa BBQ Tennesse .



Pastry Crown Pizza Hut

Pastry Crown Pizza




Pastry Crown Pizza Hut

Topping yang penuh .




Pastry Crown Pizza Hut

Nampak tak keliling Pizza tue tembam kan . Dalam tue penuh Cheesse kooo, Yummeeh .




Sedap wei pizza baru nie . YY suka tang kerak keju kat keliling Pizza tue . Sedikit manis , tapi sangat cheesy . dap nyaaa , dap nyaaa . Siap makan berulang tue . Muhahahha, kelaut nak diet .



Pastry Crown Pizza Hut

Ibu sibuk makan , Anak dara buat hal sendirik .




Pastry Crown Pizza Hut

Akhirnya tidooooo . Senang keje ibu bawak awak gi event .




Siap ada penampilan istimewa dari Marsha Milan sebagai selebriti Pizza Hut . Kemain happening . Siap ada Games . Alhamdulillah , YY menang untuk contest instagram . Dapat Voucher uolsss . Boleh arrr past nie g Pizza Hut lagi .



Pastry Crown Pizza Hut  

Gambor kat Instagram yang YY menang Voucher tueee.




Pastry Crown Pizza Hut

Terkejut orang menjerit suka , anak dara buat drama nangis . Ingat orang marah dia . 
Hahhahaha. Tq picture From Food Blogger Malaysia

Bukan setakat Pizza , kitaorang dihidangkan jugak dengan Sharing Platter dan desert yang sedap gilossss . Then , kitaorang semua ber Yee Sang version Pizza Hut . Kemain meriah lagi .



Pastry Crown Pizza Hut

Sharing Platter



Pastry Crown Pizza Hut

Desert Aiscream , yang bawah tue biskut . Sedap wei .



Pastry Crown Pizza Hut

Yee Sang Version Pizza Hut 


Pastry Crown Pizza Hut



Terima Kasih Pizza Hut Malaysia sebab sudi jemput YY merasa Pizza Hut baru nie . Korang kalau teringin bebenor , boleh lah menerjah ke mana – mana Pizza Hut . Pizza Pastry Crown boleh didapati bermula 28 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015 . Boleh makan di Restoran , di bawa pulang atau khidmat penghantaran .



Pastry Crown Pizza Hut

JOMMMMM , PIZZA HUT .




Dengan tambahan hanya RM 6.00 , korang berpeluang untuk menikmati hidangan Piza Pastry Crown ini melalui kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box . Korang boleh jugak menikmati Big New Year Box ( sesuai untuk 3 hingga 4 orang ) pada harga istimewa iaitu RM 47.90 ( jimat RM 11.80 ).


Pastry Crown Pizza Hut

Piza Pastry Crown ( saiz biasa ) , 6 ketul drummet New Orleans , Roti Bawang Putih , 6 Ketul Spicy Chicken fingers dan 2 Sup Cendawan  = RM 47.90





Pastry Crown Pizza Hut

Para Blogger yang Happy dapat berparty dengan Pizza Hut .




Pastry Crown Pizza Hut

Marsha : eh , saya salah pandang lah .



Pastry Crown Pizza Hut

Penutup : Kita bagi selfie satuuuuuu.





Facebook : Pizza Hut Malaysia

Instagram : Pizza Hut Malaysia






P/S : Nak Pizza Hut Lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Smile






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah