Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Tikar Getah Murah


Assalammualaikum ,



Cerita pindah rumah . Misi mencari tikar getah . Kuaters yang YY nak masuk nie , Kuarters tentera lama , so xde lah pakai lantai cun melecun ada tiles bagai . So , kena lah kita cari tikar getah . Benda paling penting , memula adalah operasi nak mengecat dan pasang tikar getah .



Bab corak tikar getah , memula duk bayang yang corak kayu2 gitue , tapi bila sampai kedai tikar getah , mula lah rambang mata . Pergi lak sengsorang , xde orang yang nak kita tanya pendapat . Jadi , marilah kita membelek dan membayangkan setiap corak dengan rumah kita yang comel . Kena fikir bab , corak yang tak menampakkan rumah iols makin comel . Yerlah , kang sebabkan corak tikar getah yang x sesuai , rumah nampak kecik .



Tikar Getah Murah




Selepas dekat setengah jam memilih , akhirnya corak macam batu-batu menjadi pilihan . Tips membeli tikar getah , nak murah kena beli segulung . Tikar yang menjadi pilihan YY nie harga RM 9.50 semeter . Saiz tikar getah 6 kaki . So , beli sekayu ada 27.5 meter cuma RM 190 . So semeter jatuh RM 6.90 . Jimat RM 2.60 setiap meter . Murahkan .



Tikar Getah Murah

Banyak Pilihan

Tikar Getah Murah

RM 8.90 semeter – Nipis

RM 9.50 semeter – Tebal Sikit



YY dah survey , tikar getah rate memang harga antara RM 9 hingga RM 13 untuk yang tebal sikit . Kalau nipis , memang murah . Lagi murah kalau korang beli kat kedai yang YY beli nie . Kalau korang ada budget lebih , boleh amik tikar getah span . Sedap lembut jer kalau pijak . Segulung cuma RM 250 ada 25 meter . Kalau beli meter , semeter RM 13.90 .  Kira boleh tawar menawar lagi . Sebab apa boleh dapat murah bila beli sekayu , sebab kalau beli meter , ada balance sesikit nanti diorang xleh jual tikar tue . Takde orang nak beli kalau meter x cukup . Jadi , bila beli sekayu , stok habis terus . Boleh arr tokei bagi harga runtuh .



Tikar Getah Murah

Kuat betul uncle nie angkat tikar getah tue . Berat woooo .




Bila dah pasang , padahal sebelum beli dah kira sesiap saiz serumah . Boleh pulak tak cukup 27.5 meter . Sebabnya YY terlebih bijak pandai , tepuk dahi sendiri sebab g potong - potong tikar getah buat alas almari . Bijak kan , padahal x habis lagi pasang tikar untuk serumah . Dah kena g tambah beli lagi , x cukup lagi  3.5 meter jer . Haaaa , sebabkan beli bukan sekayu , kedai nie charge YY RM 8 semeter . Ok lah , ada gak diskaun dari harga asal RM 9.50 .



IMG_6416[1]

Area sini ada beberapa kedai yang jual tikar getah . Pepandai lah korang buat pilihan .



Settle bab tikar getah . Jadi kalau korang nak beli tikar getah murah , boleh arr ke Chow Kit Road . Kat belakang Hotel Brisdale , area Syarikat Menang . Memang banyak pilihan dan murah . Berbaloi – baloi.






UPDATE***** since ramai sangat yang tanya . 



Alamat:

 Soon Lee Enterprise
40 Jalan Raja Bot,
50300 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26984752





P/S : mula berangan nak pasang tiles , tapi sebab kuaters lupa kan saje niat itu .





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah