Assalammualaikum,
Wacaaaaa, hiyaaaak meh berkungfu . Dah kenapa YY nak ajak berkungfu pulak kan . Nie nak citer pasal Kungfu Bake Rice . Satu lagi tempat makan yang korang boleh lepaking sambil menjamu selera . Kungfu Bake Rice asal nya kat Food Court KLCC , now dah bukak cawangan ke dua kat Aeon Big Subang Jaya . Alah, yang dulu lebih dikenali sebagai Carefour .
Terletak di LG Aeon Bog Subang Jaya , berdepan dengan KFC . Senang bebenor kalau nak cari . Ada Screen LCD besor kalau korang nak tengok segala menu yang ada . Kungfu Bake Rice menyediakan Nasi yang di bakar bersama 3 jenis sos yang sangat yummeh . Ada Tomato Sos , Cream Sos dan Japanese Curry Sos originally from jepun .
Selain itu baked rice turut disediakan dengan pelengkap hidangan seperti daging , cendawan , potongan isi ayam , fish fillet dan banyak lagi . Di tambah pulak dengan mozzarella cheese yang menjadikan hidangan korang sangat menyelerakan .
The Duo Master ( Fish fillet & Chicken Chop ) - RM 16.90
Disediakan dengan 2 jenis sos iaiu Cream Sos dan Tomato Sos. Kalau korang nak sos yang sama pun boleh . Bagitau jer selera korang camne, Kungfu Bake Rice akan sediakan .
Bukan ada Kunfu Baked Rice jer , ada jugak pilihan makanan Asian seperti Kungfu Burger yang telah di tendergrill bersama dengan Kung Pao Sos dan Japanese Black Paper Curry Chicken . Rasa manis dan pedas buat Kungfu Burger lebih lazat .
Kungfu Burger – RM 7.90
Paling best adalah Tom Yum Soup . Serius , ini memang menu yang paling YY suka . Pedas dan masam memang baut tekak berselera sungguh . Boleh dimakan bersama bihun atau nasi . Nak pedas , Nak lebih masam . Semua korang boleh pilih , Kungfu Bake Rice akan menyediakan mengikut kehendak korang . Sambil cerita nie pun dah terliuq duk ingat sedapnya Tom Yum Soup Kungfu Bake Rice .
Tom Yum Soup with Rice / Mee Hoon – RM 15.90
Japanese Blackpaper Curry Chicken Rice – RM 15.90
Satu lagi must try di Kungfu bake Rice adalah Garlic Mashed Potato . Memang sangat berbeza rasanya dengan Mashed Potato yang YY biasa makan . Rasa yang sukar digambar kan . Eceeeeeh , kemain ayat kan . Betul , tak tipu memang sedap . Dah makan , siap YY bungkus lagi bawak balik . Potion yang agak banyak , dengan harga yang sangat berpatutan . Dah ler sedap . Memang puas hati . Sama gak dengan Kungfu French Toast , pun sedap gilerrr. Slurrrrppp.
Kungfu French Toast ( with peanut butter ) – RM 5.90
Kalau dah makan , kena lah ada minuman kan . YY bagi cadangan kat korang untuk peminat coffee supaya try Iced Stylo Coffee .
Iced Stylo Coffee – RM 6.90
Banyak lagi menu menarik yang terdapat di Kungfu Baked Rice . Kalau dah dekat area Subang tue , apa lagi singgah lah .
makan , makan , makan ,.
Kungfu Bake Rice
Lot G-04 & G-13 Aeon Big Subang Jaya,
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tel : 03 – 5612 7667
Maklumat lanjut : www.paradisefnb.com.my
Facebook : Paradise Group Malaysia
P/S : Kalau nak buat tempahan untuk jamuan pun boleh dengan Kungfu Bake Rice.
No comments:
Post a Comment