Assalammualaikum,
Baru – Baru nie YY berkesempatan menghadirkan diri ke ‘Mitsubishi Electric Product Seminar For Bloggers’ anjuran Mitsubishi Electric Malaysia . Bertempat di Mitsubishi Electric Petaling Jaya, ramai jugak geng blogger yang sesama teruja nak tau pasal produk terbaru dari Mitsubishi . Diantara barangan elektrik yang diperkenalkan seperti alat penghawa dingin (aircond), Jet Towel, kipas, ventilation fan dan peti sejuk.
Selfie dulu sebelum menimba ilmu di Mitsubishi Electric Product Seminar For Bloggers
Bila citer bab barang letrik , mesti korang nak cari yang menjimatkan dan mesra pengguna . Tak nak bil melambung tinggi , nak yang senang di selenggara . Korang tak perlu risau , sebab sekarang barangan elektrik kat Malaysia telah ditetapkan Perlabelan Kecekapan Tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga . Mesti korang pernah nampak kan , kalau pi kat bahagian elektrik , ada logo merah siap dengan bintang . Minimum 2 bintang dan maksimum 5 bintang . Lagi tinggi bintang, barang elektrik berkenaan lebih penjimatan elektrik . So, jadilah pengguna bijak .
Penghawa Dingin Mitsubishi Eletric
Bila nak pakai penghawa dingin , mesti korang fikir banyak lah bil elektrik nanti . YY pun fikir camtue gak , tapi bila dapat ilmu berkenaan betapa bagus nya penghawa dingin dari Mitsubishi nie . Penghawa dingin Inverter Super Deluxe Mitsubishi memang berkuasa dan cekap pengunaan tenaga. Di lengkapi dengan sistem 3D i-see sensor yang boleh mengawal suhu .
Penghawa Dingin Mitsubishi
Bila citer bab membersihkan , memang mudah giler . Senang citer easy clean gituee. Bagi kita orang pompuan yang selalu rasa cam susahnya nak bersihkan habuk , bila dah tengok sendiri macam mana nak buat , memang senang giler . Rasa nak bersihkan penghawa dingin selalu .
Penerangan tentang mudahnya bersihkan penghawa dingin Mitsubishi
Penghawa Dingin Mesra Pengguna, mudah di bersihkan .
Alat Pengering Tangan Jet Air Tower Mitsubishi
Biasanya kalau korang pergi ke tandas awam, mesti korang akan jumpa Jet Towel nie . Jet Towel adalah , alat pengiring tangan yang menggunakan kuasa angin yang tinggi . Hanya memerlukan masa yang sangat singkat iaitu 5 – 6 saat sahaja untuk mengeringkan tangan . Senyap pulak tue . Mudah dicuci , dan menjimatkan penggunaan kertas tisu .
Picture kredit Aku Biomed .
Meh kita uji , betul kah Jet Towel mengeringkan tangan dengan pantas .
Celop jari jemari kedalam semangkuk air
Keringkan tangan dalam masa 10 saat
Tekap tangan pada kertas tisu , nampaaaaak tisu x basah pun .
Bukan setakat kat tandas awam, kalau korang berkenan pun boleh pasang kat rumah . Cepat dan mudah mengeringkan tangan .
Ventilation Fan Mitsubishi dan Kipas angin Tatami Fan Mitsubishi
Prinsip YY , dalam sebuah rumah . Kalau takde dapur pun xpe, janji ada kipas . YY memang tak leh hidup tanpa kipas wooo. Kalau panas hati tak tenang , nak tido pun tak nyenyak . YY memang jatuh cinta dengan kipas angin Tatami Fan Mitsubishi . Mempunyai 16″/18″ bilah yang agak besar . So, comfirm lah kipas nya laju kan .
Kipas Angin Tatami
Grrrrrrrr, kemain laju kipas angin Tatami Fan Mitsubishi
Ventilation Fan Mitsubishi merupakan kipas yang digunakan untuk memperbaiki aliran udara dan menurunkan suhu. Kipas dan ventilation fan ini mempunyai jaminan “The 3 years motor warranty for fan and vent products is given from Mitsubishi Electric”.
Ventilation Fan Mitsubishi
Mempunyai ciri – ciri yang selamat seperti menggunakan bahan tidak mudah terbakar , pelindung besi keselamatan , dan double fius protection yang akan bertindak memutuskan litar sekiranya suhu motor terlalu tinggi .
Peti Sejuk Mitsubishi Electric
Sape tak suka peti sejuk besar kan . Tambah pulak dah jadi ibu nie, memang YY teruja kalau dapat peti sejuk besar . Macam – macam boleh simpan . Dilengkapi dengan sistem anti bakteria, nyah bau dan ‘vitamin factory’ untuk menempatkan pelbagai barangan makanan agar sentiasa dalam keadaan segar dan terjamin khasiatnya dan 'door alarm' jika pintu tidak di tutup lebih dari 1 minit .
Puasa hati dengan kebesaran Pat Sejuk Mitsubishi
Peti Sejuk Inverter Mitsubishi
Mitsubishi L4Grande
Kalau lah dapat peti ais besar gedabak nie, percaya lah . Makin rajin lah YY masak . Percayaaaaaaaalaaaaahhhh , padahal pemalas .
Aplikasi Mobile Mitsubishi Electric
Aplikasi yang sangat bagus dan bersesuai untuk korang yang nak beli barang elektrik . Dengan aplikasi nie, korang boleh buat anggaran saiz dan tempat yang bersesuai untuk meletakkan barang elektrik korang . Ibarat macam korang mendeco rumah dengan menggunakan Aplikasi nie.
Apps ini boleh dimuat turunkan bermula:
- Versi android pada pertengahan Januari 2015.
- Versi iOs pada penghujung Januari 2015.
So, kalau korang nak cari barang elektrik , memang YY boleh cadangkan jenama Mitsubishi nie . Memang berbaloi dari segi penyelenggaraan dan mesra pengguna . Sesuai lah dengan tagline Mitsubishi Electric Mitsubishi Electric – Changes for the Better .
Maklumat lanjut tentang produk Mitsubishi Electric : http://www.mitsubishielectricmalaysia.com/products
P/S : Memang tengah usha peti ais untuk rumah baru nieeee.
No comments:
Post a Comment