Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Deco Rak Buruk Bagi Berseri

Assalaammualaikum,



Citer pindah rumah . Penat wei pindah nie , YY sepanjang hidup baru 2 kali pindah rumah . Dedulu dari pekeliling kitaorang di suh pindah ke setapak , now YY pindah duk sendiri pulak . Gilerr , penat takde rehat . Maklumlah, ada baby. Jadi urusan selalu kena ikut mood Qaireen . Kalau time dia ok, banyak gak benda leh settle . Kalau mood Qaireen ke laut , jawabnya simpan niat ajer lah nak mengemas .




Bila pindah , memang banyak budget terkeluar . Tambahan pulak selama nie YY duk ngan family , so bila pindah banyak ler benda yang kena beli sebab memang takde kan . Yang ada pun hak milik rumah keluarga . So, ada lah satu rak nie yang memang YY guna dah lama . Asal nya, YY letak buku masa kat rumah family . Jadi, bila pindah memang YY angkut sekali .




Benda pulak macam dah buruk sikit . Dah ada bahagian yang kembang berlubang , belum lagi bab dah naik kotoran macam taik lalat tue . Dah sental pun xleh nak hilang . So, nak jimat punya pasal. Datang lah idea nak lakukan sesuatu pada rak yang dah uzur nie . Niatnya bila dah lawa , nak letak barang – barang Qaireen.




Kebetulan pulak Qaireen baik malam yang YY nak buat operasi tue . Dah bagi nyusu , Qaireen tido . Ibu apa lagi , buat operasi lah . Sampai sakit-sakit pinggang duduk lama bebenor . Tapi , alhamdulillah . Puas hati dengan hasil sendiri . Ecehhhhh, poyo puji diri sendiri kan .




Deco rak buruk dengan wallpaper



Deco rak buruk dengan wallpaper  
Deco rak buruk dengan wallpaper
Dah berlobang dan bertaik lalat



selepas bekerja keras , ini lah hasilnyaaaaaaa


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Taraaaaaaaaaaa Smile



*Deco rak buruk dengan wallpaper




Kemain gigih tau YY duk tampal wallpaper . Beli kat kaison jer . Sebelum nie YY ada citer pasal pasang wallpaper kat dapur . Nie tampal kat rak pulak . Jadi lah , dari kusam dah nampak menarik sikit . Takde lah nak bazirkan duit beli baru kan . Nak Pasang wallpaper nie memang senang bebenor , sebab dah ada pelekat kat belakang . koyak dan tampal jer . Puas hati kerja tangan sendiri . pitam . YY guna tak habis pun segulung ( 10 meter )  . Ada balance lagi , duk pikir nak tampal kat mana pulok .




Deco rak buruk dengan wallpaper

bersepah dengan pelekat wallpaper




Settle sudah masalah mana nak letak barang Qaireen . Tak padan ngan kecik, boleh tahan gak menimbun . Salah sape tueeee, pandang muka sendiri kat cermin lah jawapannya. Hahahhahaha, pantang nampak cantik, ibu takleh tahan hati lah .




p/s : Kain baju masih bersepah , sape nak tolong kemas . Angkat keninggggg .





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah