Assalammualaikum,
Korang mesti kekadang terfikir kan , mana tempat lepak yang happening . Yer lah , bosan jugak kalau asik lepak kat tempat sama jer kan . Mesti lah nak ada kelainan . Boleh santai lepak , makan – makan, sesambil tengok pemandangan indah kotaraya .
THE SKY ONE CITY MALL tempat yang patut korang pi . Gilerrr best, pemandangan memang dah cun. Tempat makan yang ada pun sesedap belaka . Memang happening lah tempat nie . Diantara keunikkan The SKY ialah lantai kaca ( SKY WALK ) yang korang boleh tengok dalam Mall dari ketinggian 10 tingkat . Fuhhh !!!, kalau tak biasa , memang boleh gayat tau .
Berdiri di atas SKY WALK , gayat weeeeiiiiii .
Bukan setakat lepaking dan makan – makan , kalau korang nak tempah buat private event pun boleh jugak . Macam Party Hari Jadi ke , Majlis Kawin ke , atau korang nak buat reunion pun boleh . Hidangan dari Thailand , Korea dan western yang boleh dijadikan pilihan di The Sky .
Rata - rata restoran di The Sky nie boleh memuatkan sehingga 400 pelanggan . Merangkumi bahagian dalam Restoran dan bahagian luar yang korang boleh makan sambil cuci mata melihat pemandangan kota .
Silau, panasssssss .
View dari The Sky
Terdapat 6 Tempat Lepak dan Makan – Makan yang korang boleh kunjungi kat The Sky nie :
* De House
* Hongdae-Mun ( Korean Steambot )
* Khrua Thai ( Authentic Thai Kitchen )
* Inaho Sushi
* Master Room
* The Voice
Sebabkan betapa happening dan best nya The Sky , banyak gak event besar yang pernah buat kat sini . Diantaranya Astro Worldcup Blogger Gathering , KPOP THE BOSS wrap party Fans , Movie Shoot | Battle of The Bands , Wedding Proposal dan banyak lagi .
Baru – Baru nie, The Sky One City Mall ada buat majlis pelancaran . Lebih kurang 1000 tetamu undangan yang memenuhi ruangan The Sky . Diserikan dengan persembahan yang gempak dari artis serba boleh Henley Hii, Baki Zainal, Dina Nadzir, Shawn Lee dan international illusionist, Zlwin Chew.
Acara dimulakan dengan tetamu jemputan di bawa melawat disetiap Restoran yang ada sambil manjamu selera hidangan yang di sediakan di setiap restoran .
Selain persembahan malam itu, tetamu juga telah dihiburkan dengan pelbagai permainan dan aktiviti di pembukaan besar-besaran. Semua tetamu yang dijemput untuk malam happening dapat memenangi hadiah berjumlah RM16, 000 daripada cabutan bertuah, danpenggunaan Facebook untuk mendapatkan barang-barang dagangan eksklusif dari The Sky "Belian Facebook", dalam konsep media sosial baru yang inovatif .
Pada Hari pencararan The Sky , YY berpeluang memenuhi perut dengan Food Testing dari Restoran yang terdapat di The Sky . Citer banyak tak guna, meh layan apa menu yang sedap dan buat perut YY kekenyangan sampai rasa nak malatop.
APPERTIZER
Prawn and Fish Cake Combo – Khrua Thai
Mediterraneann Caesar Salad with Quail Eggs – de House
Petite Nasi Lemak – Master Room
MAIN DISHES
Momiji Sashimi – Inaho Sushi
Yakitori Moriawase – Inaho Sushi
Charcoal Barbeque Lamb - Hongdae-Mun
Korean Fried Chicken - Hongdae-Mun
Spaghetti Aglio e Olio Vongole ( Clam ) – de House
Seafood Tom Yam – Khrua Thai
DESSERT
Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream – Master Room
Mocktail Drink
Wild Mint Temtation – The Voice
Pendapat YY , semua makanan sedap belaka . Paling YY suka adalah Momiji Sashimi dan Tom Yum . Memang kena sangat dengan tekak YY . View kat The Sky dah ler cantik , di tambah pulak dengan makanan yang lazat . Korang pun patut datang diThe Sky One City Mall.
Maklumat lanjut : Official Facebook TheSky
P/S : Nak ajak En. Abah pi lah , makan sedap