Assalammualaikum,
Citer nie beberapa hari sebelum YY bersalin . Tetiba baru rasa nak citer. YY kan memang suka makan steamboat , so BFF dah plan nak melantak sampai lebam sebelum YY bersalin di Yuen Steamboat . Sebelum nie Yuen kat Bandar Sunway , tapi sejak dah pindah kat Belakang Paradigm Mall memang YY tak pernah pi lagi .
Tembam nya YY , Masa nie dah tunggu hari
Plan nya hari keje sebab weekend memasing bz. Lepas keje , semua janji kat Yuen terus . Senang memasing dari opis kan . Kebetulan YY ngan Ayu sampai dulu . Tempat memang Kak B dah book awal – awal . Maklum lah , dia macam ada share ngan Yuen nie, pelanggan setia kot . Sampai semua staff Yuen dah kenal dia . Tambahan plak, Kak B memang expert giler bab kejar Chicken Wings. Maklum lah, disediakan panas- panas , bila chicken wing keluar jer , memang customer dah menunggu . Kak B pakar dalam berebut dulu. Muhahahhaha.
Tengah kusyuk makan
Muka terkejut Ani bawak bunga
Bila semua dah sampai , mula lah sessi makan sampai lebam . Kat Yuen YY paling suka Chicken Wing dengan tauhu kering bulat2 dia . Tauhu tue, bila dah di steamboat kan , memang sedap uolsssss. Kebanyakan steamboat yang YY pi , memang takde Tauhu bulat2 tue . Ani cam biasa datang lambat sikit , busy women katakan . Tapi lambat dia dengan surprise . Siap bawak bunga uolsss, kebetulan masa tue kan bulan Oktober . Jatuh besday Angah Nanie ngan Acu Faz . Kitaorang yang tak dapat bunga pun teruja sama .
nampak tak yang bulat – bulat tue, itu lah tauhu kering yang sedap giler tueee.
Acu Faz ( 21.10. ) dan Angah Nanie ( 1.10.)
Apa kes Faizal menyorok pulak tuee.
Selamat hari Lahir Acu
Bukan setakat kejutan bunga tau , Kak B plak bawak kek . Besday gurl malu – malu plak bila kitaorang nyanyi beria , siap suh tiup lilin lagi. Sedar tak sedar dah berejam kitaorang lepak kat Yuen Steamboat sambil boraking dan gosiping . Masa untuk balik , dah malam bebenor uolsss. Yang pasti , kitaorang akan terjah Yuen lagi selepas nie .
kemain memasing happy face
Gambar atas di Yuen Steamboat Bandar Sunway –2013
Gambar bawah di Yuen Steamboat Paradigm Mall - 2014
Bab terknak lemak memang kitaorang suka bebenor . Makan macam takde hari esok dah . Korang kalau suka makan steamboat boleh terjah Yuen Steamboat . Memang terbaik . Kalau guna waze , korang taip jer Yuen Steamboat, comfirm sampai . Sebab masa pi , memang YY guna waze, sebab x pernah sampai yang kat Paradigm nie. Yang best nya, masa guna waze nie, dia boleh bawak ke jalan yang tak jem . Siap lalu kawasan perumahan lagi . Bayangkan , YY dari KL lalu LDP boleh sampai dulu dari yang duk keje dekat PJ . Semuanya kerana Waze.
Price (Tidak termasuk CHINESE TEA / WATER)
RM29.50 – For Adults/Children above 150cm height
RM15.00 – For Children between 131cm and 150cm
RM8.00 – For Children between 96cm and 130cm
Yuen Steamboat
8G, Block A, (same row as Cosway at the car park entrance),
Zenith Corporate Park (behind Paradigm Mall),
Jalan SS7/26 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
GPS Coordinates: 3.104922, 101.592366
Untuk Tempahan : 012-2998463 or 016-2086678
P/S : Puas hati dapat makan besar sebelum bersalin
No comments:
Post a Comment