Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Diari Seorang Ibu : Buka Akaun Tabung Haji


Assalammualaikum,


Diam tak diam Nur Qaireen Iman dah masuk 2 bulan . So, lagi sebulan jer YY akan bercuti . Past tue dah naik keje. Alahaaaaai, mesti cam malas nak keje kan . Dengan duk fikir anak hantar kat pengasuh lagi . Alhamdulillah, dah ada yang akan menjaga Baby NQI sepanjang YY dan En. Suami bekerja .



Sebenarnya, YY nak citer perihal bukak akaun untuk Baby NQI . Semua sumbangan untuk Baby NQI memang YY simpan . Itu semua untuk masa depan dia . So, YY memang dah berniat nak bukak akuan untuk Baby NQI . Kebetulan adik YY memang cuti , so merempit lah kita ke Tabung Haji . Baby NQI tinggal kejap dengan Mak Tok nya . Nah cara buka akuan Tabung Haji untuk baby .



Buka Akuan Tabung Haji untuk Anak Baby


Senang giler nak bukak akaun Tabung haji . Cepat pulak tue, tak yah nak tunggu lama pun. Lagi pun syarat bukak akaun pun simple.



Terma & Syarat Kelayakan untuk membuka akuan Tabung Haji :

  • Individu beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Tiada had umur





Dokumen yang diperlukan untuk buka Akuan Tabung Haji Baby

1. Kad Pengenalan Ibu sebagai Penjaga .

2. Surat beranak atau My Kid Baby .

3. Yuran Bukak akaun , minima RM2 .




Buka Akuan Tabung Haji untuk Anak Baby


Memula isi borang dulu, ada 3 jenis borang yang korang kena isi .

1. Borang masukkan duit

2. Borang buka akaun

3. Borang pewaris .


Buka Akuan Tabung Haji untuk Anak Baby  Buka Akuan Tabung Haji untuk Anak Baby  Buka Akuan Tabung Haji untuk Anak Baby



Then , urusan di kaunter tak sampai 10 minit pun. Memang pantas sungguh . Alhamdulillah, Baby NQI sekarang dah ada buku akaun sendiri . YY hanya pemegang amanah sementara menunggu Baby NQI cukup umur . Moga simpanan nie akan dapat membantu Baby NQI pada masa hadapan . Amin .




Buka Akuan Tabung Haji untuk Anak Baby




Eh jap , lupa nak habaq. Bab namakan pewaris tue wajib tau . Kita tak tau masa depan camne. Jadi , kalau jadi apa – apa , sebagai pewaris boleh lah lakukan sesuatu pada akuan kita . Sebenarnya YY bukak akaun Tabung Haji sebab lagi senang nak buat potongan gaji tiap bulan untuk Baby NQI berbanding bukak akaun maybank , sebab YY sendiri buat potongan gaji bulanan ke Tabung Haji untuk akuan sendiri dan ibu . X banyak pun , tapi sikit- sikit lelama jadi bukit .




P/S : Sekarang semua benda fikir pun untuk anak kan .





3 comments:

  1. Ash pun ada akaun simpanan tabung haji dan juga lagi satu khas untuk education dia.... Insurance belum settle lagi ni...

    ReplyDelete
  2. Elok kecil-kecil dibuka akaun untuk menambung. Kalau lahir di Selangor dapat RM1500 tetapi perlu berdaftar dengan Tawas sebelu tempuh umur setahun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah