Assalammualaikum,
Orang Malaysia memang tak leh lari dari Nasi kan . Tambahan plak Nasi lemak . Memang menu yang menjadi kegemaran semua . Yer daaak . Tak kira sarapan ke , makan tengahari ke , malam pun orang boleh makan nasi lemak .
Haaaa, nie nak citer kat korang satu lagi restoran yang ada Nasi Lemak sedap . Terletak di Mid Valley , Restoran yang di beri nama MyNasi ada Nasi Lemak yang sedap dan beberapa menu yang boleh menjadi pilihan korang untuk menjamu selera .
Citer banyak tak guna , meh korang layan cuci mata melihat apa menu yang ada di Restoran My Nasi .
Nasi Lemak + Ayam Goreng – RM 10.90
Mee Rebus – RM 8.00
Mee Siam – RM 8.00
My Laksa – RM8.90
Ini antara menu utama yang terdapat di My Nasi . Yang menjadi pilihan utama YY adalah Nasi Lemak dan My Laksa . Nasi Lemak dengan ayam goreng yang di goreng rangup, then besar plak tue . Puasa hati makan . My Laksa plak , rasa laksa yang agak berlainan . Dalam Laksa ada kerang , tahu kering , telor , dan sambal . Sekali imbas nampak cam Mee Kari, tapi Laksa sebenarnya . Rasa lemak kuah memang sedap lah . Korang kena try kalau ke My Nasi .
Nasi Lemak plak ada banyak pilihan yang korang boleh letak . Bukan setakat Ayam goreng . Ada jugak pilihan seperti Chicken Wing , Otak – Otak Muar , Chicken Luncheon Meat , Breaded Fish , Chicken Sausage atau Fried Kuning Fish .
Pelbagai pilihan yang boleh di makan dengan Nasi Lemak
Chicken Wing
Harga semua menu agak berpatutan . Rasa pun sedap . Kalau korang jengjalan kat Mid Valley boleh arr singgah ke My Nasi . Selain tue ada gak otak – otak dan Tauhu Telur yang memang sedap dan menjadi pilihan YY . Otak – Otak rasa sedikit pedas , x macam seperti otak – otak yang biasa YY makan sedikit manis. Tauhu Telur jugak adalah menu yang wajib korang rasa bila ke My Nasi . Tauhu Jepun yang di salut dengan telur dadar . Disediakan dengan hirisan timun dan carrot . Yummeeeeeh, rasa tak puas kalau makan satu je .
Tauhu Telur – RM 7.90
Muar Otak - Otak – RM 6.90 ( 6psc )
My Nasi , adalah satu restoran yang sesuai dikunjungi kalau korang nak cari menu Makanan Malaysia dengan pelbagai rasa . Mee Rebus yang manis , Mee Siam yang Masam , My Laksa yang lemak dan Nasi Lemak dengan ayam yang rangup .
Diantara Blogger yang sesama lepak di My Nasi
Terima Kasih My Nasi dari YY sekeluarga .
My Nasi, Mid Valley Megamall
Lot LG074A, Lower Ground Floor
T: +603 2202 3099
Operation hours – 8am – 10pm
Delivery Disediakan untuk sekitar MidValley sahaja .
P/S : Food review pertama yang YY pergi selepas berpantang. Siap angkut Qaireen sekali .
sedapnya laksa&me rebus tu
ReplyDeleteNasib baiklah sebelum solat Jumaat sudah makan tadi. :)
ReplyDeletewahh dah update (^_~)
ReplyDeletebest smlm
tp iena smp lambat (^_~)
mahal juga makananye..nasi lemak je dah lebih rm10. otak-otak tu lagilah..hehe
ReplyDeletenampk sedap semuanya..btw comelnye baby..hehe
ReplyDeletebro framestone yang bawa saya ke sini..hahaha
ReplyDeleteHabis pantang, terus pantang nampak makanan kan he..23x
ReplyDeleteOh my MyNasi, nasi lemak + ayam goreng RM10.90 ... manyak m*h*l
ReplyDeletewahh... tmpt pon menarik..
ReplyDeleteinshaAllah kalo ke Mid Valley boleh menyinggh nie
otak -otak tu nampak menarik.
ReplyDeleteyg lain mungkin dh biasa makan nampak biasa je.
hehe.
comel Qaireen ;)
ReplyDeleteWouwww,,sedapnyaa,,saya pingin coba mee rebus dan mee siam
ReplyDelete