Assalammulaikum ,
Bermula lah kisah hari yang dinantikan . Hai anak , ibu x sabar nak lihat awk lahir ke dunia . Last appoinment dengan Mizan , doc memang dah bagi date yang sepatutnya YY kena warded . 38 minggu dah cukup matang bagi baby untuk lahir kedunia . Doc memang x bagi YY tunggu sampai 40minggu sebab baby agak besar . Scan masa 35minggu pun dah 2.9kg. Tanjat gegurl tau .
6.10.14
Pepagi dah bangun sesiap nak g spital . Orang lain masih mood raya , tapi YY dah kena masuk ward . Kalau ikutkan , kena masuk pepagi tapi YY tekak macam teringin nak makan roti canai sardin . Ajak ler En. Suami singgah bekpes dulu kat mamak . Memang mamak jer lah bukak pun , kedai melayu semua tutup masih mood raya haji . Puas hati dapat makan roti sardin , then singgah plak Kem sebab nak amik GL . Nasib ler cuti pun opis En Suami ada yang keje . Baru lah melaporkan diri di ward .
Bila sampai , cam biasa lah tukar baju pink . Then doc pun dtg buat pemeriksaan . Past tue doc kata nak check jalan , aiyooo masa nie dah nebes . Sebab first time kan nak check bukaan . Dah ler banyak org kata cam sakit . Lepas doc check , katanya masih belum ada bukaan dan YY xde lah rasa sakit sangat . Cuma macam terkejut jer .
Tak sampai 15 minit , datang plak doctor pakar. Masa nie , YY plak tengah buat CTG . Terpaksa berenti kan sekejap , sebab doc pakar plak nak check . Then , sekali lagi kena seluk . Kali nie lama sikit sebab Doc bak check sekali tulang pinggul boleh bukak ke tidak . Hoiii yang nie memang rasa sesuatu , x sakit tapi macam rasa nak terberak pun ada . Mana tak nya , duk korek3 sebab nak check jalan dan tulang pinggul . Pun doc kata xde bukaan dan kepala baby jauh lagi . Kalau tgk perut pun , memang x jatuh lagi , maknanya macam belum masa gitueee . Tapi doc dah kata , kul 10mlm akan masuk ubat untuk induce .
Pukul 8.30mlm , lagi sekali buat CTG . Dah 15 minit , sekali tgk baby tido plak . Tak pasal kena kaco bagi dia bangun , baru bacaan cantik . Settle CTG , pukul 10mlm standby nak masuk ubat . Fuhhh !!! Nebes gilerrr . Dah macam2 bacaan dan zikir yang YY baca . Lepas masuk ubat , ok fineeee xde rasa apa2 pun. So, YY belasah lah berjalan dalam ward, siap buat ketuk ketampi nak bagi jalan bukak .
7.10.2014
Then pukul 6.00pagi sekali lagi doctor datang seluk , stil takde bukaan. So, Doc akan masuk kan ubat kedua . Siap doc pesan suh puasa . YY menurut perintah jer. Masa nie takde plak tanya napa kena posa . Bermula lah aktiviti berjalan keliling ward dan ketuk ketampi lagi , lagi dan lagi . Masa nie dah start rasa sakit . Sakit yang macam payah sikit nak gambar kan . Rasa macam senggugut tapi lagi sakit kot . YY siap dah nangis2 atas katil , xleh tahan oi.
Pukul 1.00ptg Doc datang seluk lagi, still xde bukaan . Kepala baby tinggi kata doctor. So, doctor taknak amik risiko, sebab dah masuk ubat 2 kali dan langsung xde bukaan, YY akan di bedah . Masa nie, dengan rasa sakit yang YY rasa, memang takleh nak fikir apa dah . YY relakan ajer. Dalam hati memang xsabar dah nak tengok anak, plus sakit sangat sampai YY memang tak sabar nak baby keluar . Patut lah Doc dah suh YY puasa, ngupernya Doc buat persediaan kalau2 YY kena bedah, so takde lah menunggu lama lagi . YY nie kategori di bedah secara kecemasan.
Pukul 2.15petang YY telah ditolak ke dewan bedah. En. Suami dan ibu mengiringi YY ke dewan bedah . Fikiran masa nie, memang kosong . Xtau nak fikir apa. Dengan harapan semua selamat jer . Selepas di bius separuh badan, bermula lah operasi di bedah . Pembedahan di lakukan oleh Dr. Amira dan Dr Najwa. Memula masa operasi bermula, YY boleh nampak oooo aktiviti yang sedang di lakukan melalui lampu kat katil bedah tue. Punya lah seriau . Mata YY kejap tengok kat lampu , kejap tengok kat lain . Tak sanggup plak nak tengok diri sendiri di kerat . Agaknya, pakar bius terperasan kot YY macam nampak apa yang jadi , jadi di tolak nya lampu ke dalam sikit . Huh !! lega sikit . YY dah x nampak apa , cuma rasa badan duk gegar2 sebab nak keluar kan baby .
Masa nie, sejuk nya jangan cakap lah. Badan siap menggigil lagi . Selepas beberapa gegaran dan tekan2 kat perut, YY rasa cam perut kosong jer . Tapi takde plak dengar suara baby . YY cuma dengar cam bunyi sedutan then dengar lah tangisan baby yg pertama . Masa nie, airmata YY pun mengalir sama dengan tangisan baby . Ya Allah, Syukur alhamdulillah. Kini YY telah bergelar ibu . Syukur , Syukur sangat . Lepas tue YY rasa perut di tekan - tekan dengan kuat . Katil siap gegar lagi, rupanya operasi nak keluarkan uri plak.
Sesambil proses pembedahan belum selesai, Nurse Wawa datang kat YY tanya nak tengok baby tak. Dah tentu lah nak tengok kan. Ya Allah, indahnya kurniaan mu . Baby ini lah yang duduk di rahim ku selama sembilan bulan . Kini berada di depan mata ku . Cium baby buat pertama kali, air mata mengalir lagi . Then Wawa tanya , nak tau jantina tak ? Mesti lah nak tau kan . Sebab sepanjang mengandung memang tak dapat comfirmation jantina baby . Ada jer ragam baby tak bagi ibu tengok jantina awak . Wawa bukak bedung , dan tunjuk . Memula YY tak nampak, then Wawa bukak luas sikit bedung baby. Dan , Alhamdulillah YY di kurniakan baby perempuan . Memang idaman YY dan En. Suami nak baby perempuan. Syukur sangat.
Akhirnya , lahir lah anak pertama YY seorang perempuan pada 7.10.2014 dengan berat 3.16kg pada pukul 3.19petang . Walaupun pelbagai dugaan dan ujian yang YY alami sepanjang mengandung, alhamdulillah semuanya selamat walaupun berlaku sedikit masalah pendarahan ketika pembedahan. Patut lah YY rasa cam lama jer nak selesai. Tapi semua nya dapat di atasi , dan YY takdelah sampai kena masuk darah .
Ok , ini pengalaman yang YY tak kan lupa sepanjang hayat . Dedulu memang suka sangat tengok perempuan mengandung , sampai terdetik kat hati, adakah YY akan merasai pengalaman itu. Syukur, Allah izinkan YY merasa pengalaman itu .
Terima Kasih kepada Dr Chelvi , Dr. Amira , Dr Najwa , Dr. Shazni dan jururawat di ward bersalin Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan yang merawat YY sepanjang mengandung . Jasa dan budi kalian akan dikenang sampai bebila .
P/S : Banyak lagi nak citer , tapi kena tunggu baby tak meragam lah ek.