Assalammualaikum,
Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) , sape tau ??? Korang mesti pernah dengar kan . Kalau dalam Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud “tangas = ~ kangkang nasi panas yg dikangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami ” . Jadi dari makna pun korang tau lah yang amalan nie memang tak baik dan syirik .
Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) merupakan filem ke 95 terbitan Metrowealth . Filem bergenre seram nie berinspirasikan dari kisah benar yang berlaku di dalam masyarakat hai ini . Di arahkan oleh pengarah tersohor Hashim Rejab dan membariskan pelakon – pelakon generasi muda yang terdiri daripada Adiba Yunus , Azwan Kombos , Shima Anuar dan Along Eyzendy . Pelakon berpengalaman seperti Herman Tino , Delimawati dan juga Den Wahab turut sama membantu menjayakan filem yang mana lokasinya dijalankan di sekitar lembah klang .
Sinopsis .
Hairi ( Azwan Kombos ) dan Fatin ( Shima Anuar ) merupakan sahabat baik dari universiti lagi . Keakraban mereka membawa mereka sehingga ke alam pekerjaan dimana mereka bersama – sama membuka sebuah restoran dan mengusahakan restoran tersebut hingga berjaya . Pada masa yang sama , Hairi mempunyai seorang teman wanita , Mira ( Adiba yunus ) .
Persahabatan Hairi dan Fatin seringkali menimbulkan rasa negatif di hati Mira kerana Fatin lebih memahami dan mengenali Hairi melebihi dirinya . Akhirnya , Hairi mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Mira dan hal ini dikemukakan kepada Fatin . Walaupun , ianya adalah keputusan yang tidak di duga namun Fatin dengan rela hati menerima keputusan Hairi tersebut .
Setelah berkahwin , kehidupan rumahtangga Hairi dan Mira sangat bahagia namun perkara lain pula yang timbul apabila kedua- duanya sering diganggu . Bukan itu saja , Fatin dan Mira juga mempunyai perasaan yang berbeza . Adakah Mira tidak dapat mengatasi rasa cemburunya terhadap persahabtan Hairi dan Fatin atau apakah fatin yang sebenarnya tidak pernah menganggap Hairi sebagai kawan biasa ?
Trailer :
Review :
YY nie menonton masa kandungan nak masuk 9 bulan dah. Semua duk bising kata mengandung takleh tengok . Tapi sebab kan citer nie YY pasti banyak pengajaran , tetap nak tengok gak . Memang Filem nie bergenre seram , biasa lah bab terkejut kan . Ya lah , kombinasi Nasi Kangkang amalan sihir dan membela saka . Memang lah menakutkan .
Rupanya amat menjijikan macam mana Nasi kangkang di hasilkan . Euwwww , memang geli giler lah . X sanggup kot nak bagi laki makan benda kotor . Kalau nak tau camne cara nak buat siap dengan jampi serapah , itu korang kena tengok sendiri .
Tapi biasalah , kotor dan berdosa camne pun amalan Nasi Kangkang dan saka nie . Kalau akal jadi tak waras , perasaan dengki dan marah menguasai apa pun orang sanggup buatkan . YY xpernah terfikir dan x tercapai dek akal nak buat semua amalan syirik nie. Jalan citer pun terbaik dan tak bosan . Kira senang faham dan banyak pengajaran tau . Filem yang boleh di tonton , gitueeeeeewwww.
4 / 5 Bintang .
*************************************************************************************
Sekitar Malam Pra – Tonton Nasi Tangas ( Nasi Kangkang )
Mejar ( K ) David Teo bersama MIG Talent .
Azwan Kombos Pelakon utama Nasi Tangas ( Nasi Kangkang )
Pelakon Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) Along Eyzendy
Sebelum Tayangan bermula , jom selfieeee . Eh sape kat belakang kita tueee .
Terima Kasih MIG jemput YY ke Majlis Pra Tonton .
Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) di pawagam bermula 18 September 2014 .
P/S : Minta di jauhkan dengan perbuatan Syirik .
Cuma peringatan dari orang tua sahaja jangan tengok cerita seram ketika mengandung...sebenarnya takut kita lemah semangat...hahaha saya pun suka tengok horror movie ketika pregnant
ReplyDeletehttp://www.lovehutladyvitamin.com
Dahsyat juga penangan nasi kangkang ni kan
ReplyDeleteMacam menarik je...
ReplyDeleteSaya tidak berani menonton film horor
ReplyDelete