Assalammualaikum,
Kisahnya, walaupun mengandung tapi memang YY jenis tak reti nak duduk diam. Ada jer benda nak buat. Kekadang En. Suami sampai bising. Yer lah, lampu rumah terbakaq pun YY boleh panjat sendiri tukar, x nyempat nak tunggu En. Suami balik keje. Muhahahhaa, mana lah tak bising dan kena bebel .
Nak dijadikan citer , masa usia kandungan masuk 7 bulan 2 minggu nama YY naik untuk ke Seminar di Langkawi . Semua kengkawan duk ingat YY xkan pergi , tapi awal- awal lagi YY dah setuju nak pi . Lagi pun, YY bukan ada masalah besar, En. Suami pun beri keizinan. Kalau x pi sekarang, nanti – nanti kena pi gak . Di buat masa tue dah ada anak, ke payah kan. Mana nak fikir anak lagi, nak fikir seminar lagi . Sementara anak duk dalam perut dediam, baik lah kita pergi eh . Padahal , bulan januari 2014 baru jer YY ke Langkawi dengan En. Suami .
Memula tue, YY terfikir gak nak naik flight. Dah survey dah tiket flight tapi bila fikir YY sengsorang, tak berani lah plak. Yang lelain kan naik bus yang disediakan . Siap YY dah amik surat dari Hospital Mizan oleh doctor untuk kelayakan naik flight. Kot lah kalau korang tak tau, kalau mengandung, usia kandungan dah masuk 7 bulan nak naik flight memang kena ada surat doctor yer. Kalau x, memang tak lepas lah kalau korang nak naik .
Seminar nie 4 hari jer , isnin sampai khamis. Pepagi Isnin En. Suami dah hantar YY ke Opis untuk naik bus bersama rerakan untuk ke Langkawi . Lepas tue , En. Suami pulang ke Seremban, sebab dia kan tengah mood MC 3 bulan sebab operate lutut masa posa hari tue . Bosan ler duk umah sengsorang, baik dia melepak kat seremban .
Bila naik bus, gerak kul 7 pagi . Pukul 3 petang baru sampai Jetty Kuala Perlis. Pukul 6.00 petang baru sampai destinasi iaitu Pulapol Langkawi . Ini lah tempat Seminar YY selama 4 hari . Ntah mana silapnya, YY yang mengadung nie dapat bilik kat tingkat 1 , katanya urusetia x terima apa – apa info cakap ada yang mengandung . Nasib ler tingkat 1 , gagah lagi YY naik tangga .
Xyah citer bab seminar lah , kita citer bab berjalan dan shopping. Alah, macam tak tau memang Langkawi kan syurga membeli belah . Di tambah plak dengan tempat – tempat menarik kat Langkawi . Semua ahli seminar seramai 120 orang di bawa naik 3 bus untuk aktiviti lawatan dan membeli belah .
Ce cari mana YY .
Memula kitaorang semua di bawa ke Cable Car. Tempat wajib pi tue kalau sampai Langkawi . YY pun , memang dah beberapa kali naik Cable Car nie . Kali nie, naik dengan bawak #ShahYanaJr sekali . Memula ada yang kata mengandung tak leh naik , YY x kisah sangat pun . Sebab dah pernah naik kan . Tapi kalau boleh , memang lah nak naik lagi . Feel dia mana nak sama setiap kali naik . Tambahan plak kali nie dengan anak dalam perut . Bila urusetia bagi tiket , semuanya di sponsor yerrr. YY sendiri tanya kat kaunter boleh ke mengandung naik , orang kaunter tue kata boleh jer takde masalah . So, apa lagi jangan lepaskan peluang . Mari kita naik Cable Car yer anak .
Lepas naik Cable Car, aktiviti shopping lah plak . Tempat – tempat Shopping yang wajib pi Ismail Group , Idaman Suri dan RAM . Eh , lupa plak. Kitaorang siap di bawa ke Galeri Perdana yang menceritakan kisah Tun Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia .
Apa yang YY shopping ?? Tak banyak pun . Coklat pun YY beli untuk ole – ole opis jer . Coklat yang pi bulan 1 pun x habis ada lagi dalam peti ais. Takde yang nak makan . YY beli kuali non-stick , kukus yang memang dah lama plan nak beli dan sudip . Muhahahhaa, benda wajib beli setiap kali pi Langkawi . Macam – macam patern dan saiz dah YY ada , semua dari Langkawi. Saje kumpul koleksi , senang sikit .
Galeri Perdana
berlatar belakangkan kereta yang pernah jadi milik Tun Mahathir
Bengkak sudah kaki iolsss, penangan kandungan dah 7 bulan .
Malam terakhir, mesti lah ada malam mesra kan . Ada persembahan , cabutan bertuah dan on the floor . Seminar nie , di sertai oleh satu Malaysia punya staff . Jadi setiap formasi memang di wajib kan membuat satu persembahan . Formasi YY buat persembahan nyanyian dan fesyen show ala-ala lawak gitue . YY memang tak join lah, maklumlah berjalan sakan punya pasal sampai bengkak kaki. YY ingatkan bengkak kaki masa mengandung nie sakit, rupanya tidak. Sampai YY x perasan kaki bengkak . Bila ada orang tegur, then YY baru pasan kaki dah ikut corak kasut . Nampak tak , berjalan sakan tak hengat , sampai tak sedar kaki dah bengkak .
Malam Mesra Seminar .
Masa untuk On The Floor
Hari terakhir, khamis lepas majlis penutup gerak lah balik ke KL . dari datang satu beg troly sahaja , balik pun still satu beg lagi . Tak beranak pun macam orang lain . Tapi , bertambah satu kotak kukus yang YY beli . Gigih mengangkat barang , tapi nasib ramai yang nak tolong bantu mak buyung nie . Alhamdulillah , syukur . The Best part, bila YY duk sebut nak Laksa, tapi xde kesempatan nak dapat. Kedai yang YY pi semua Laksa dah habis, ada lah sorang kakak nie sanggup suh urusetia pi beli , sebab mak buyung duk sebut kan . Laksa ada lah menu wajib kalau pi Langkawi . Terima Kasih kakak dan ursetia yang memenuhi permintaan tekak iolsss.
Bersama Ketua Urusetia dan MC malam Mesra.
Surprise Birthday untuk Dato’di malam mesra.
Sampai KL 2 pagi , past tue pagi jumaat tue jugak masuk keje . Nampak tak kegigihan mak buyung kat situ . Harap nanti anak ibu kuat jugak macam ibu eh . Silap – silap kaki jalan macam ibu jugak . Itu lah kisah YY berseminar dengan berbadan dua . Nanti bila #ShahYanaJr besar sikit, YY pasti akan bawak dia ke Langkawi . Tempat yang dia dah pergi masa dalam perut lagi .
P/S : Setiap tahun pi Langkawi pun memang tak muak.
sy pn penah pegi Langkawi masa pegnen 6bulan....xpyh beratur pon, p rileks kat tempat duduk..dh dekat dgn turn, bru terhegeh2 p beratur hehehe
ReplyDeletesaya pun senang je bengkak kaki kalau jalan time pregnant ni...seronoknya pergi langkawi..saya entah bila nak ke sana
ReplyDelete