Assalammualaikum,
Sebenarnya YY sejak awal mengandung lagi dah duk usha Kelas Antenatal nie. Sebab banyak yang YY baca , sesuai buat first time parents . Bila google, banyak jugak spital yang memang buat Kelas Antenatal untuk ibu mengandung nie . Cuma bila tengok masa , ada yang buat weekend dan ada jugak yang buat weekdays.
Masa kandungan baru 5 bulan, YY ada lah cuba call PPUM tapi sayang masa tue Kelas dah penuh . Jadi, diorang akan email bila akan ada kelas nanti . Lagi pun, masa tue kandungan pun awal lagi jadi x kisah sangat lah menunggu lagi . So, dalam bulan 8 camgitue dapat email dari PPUM ada kelas bulan 9 nanti . Kebetulan kan memang En. Suami tengah MC , so boleh sangat lah nak pi , lagi pun Kelas nanti hari Sabtu memang cuti kan .
So, pepagi lagi pada hari kejadian YY dah kejutkan En. Suami . Memang YY nak sangat En. Suami ikut sama , lagi pun kelas nie memang kena datang berpasangan . Maklum lah , En. Suami anak bongsu , so banyak benda yang dia tak tahu , sama lah macam YY kansss walaupun anak sulung .
Kelas bermula pukul 8.00pagi sehingga pukul 3.00 petang . Makan pagi , tengahari dan minum petang disediakan . Bayaran hanya RM150 untuk dua orang . Memang sesuai kalau dapat bawak En. Suami, sebab sesama boleh belajar . Tapi kalau ada yang suami tak boleh ikut , angkut lah sesapa yang boleh temankan yaaa .
Pendaftaran Kelas Antenatal
Jadual Kelas Antenatal | Kelas Pendidikan Kesihatan Ibu Mengandung .
Semua Kelas memang sangat best dan ilmu yang di beri memang sangat berguna untuk YY dan En. Suami sebagai orang yang baru nak jadi ibu dan abah nie . Penyampaian dalam bahasa melayu tau , kot – kot lah ada yang tertanya – tanya kan . Sebab ada jugak Hospital yang buat dalam Bahasa English tau .
Pemakanan Ibu semasa Hamil dan Selepas Bersalin.
Topik nie menarik gak , kita belajar apa makanan yang boleh makan dan tak boleh makan. Termasuk lah kuantiti makanan . Susu wajib minum yerr. Segala vitamin dan ubat yang doctor suruh makan, sila lah makan yerr. Jangan korang nak jadi doctor sendiri . Bak kata penceramah , vitamin yang doctor bagi dah memadai , tak perlu nak tambah suplement sendiri . Cuma kena lah ikut nasihat doctor yerr.
Penyusuan Ibu , Mandikan Bayi dan Penjagaan Tali Pusat .
Bab Penyusuan ibu , memang YY ada lah bertekad nak nyusu kan selama yang mungkin . Kalau dapat sampai 2 tahun lah kan . Itu yang lebih baik . Dalam masa 6 bulan, seeloknya hanya di beri susu ibu . Jangan gatal – gatal bagi makanan pejal eh, perut baby kecik sesangat bersaiz duit 20sen , jadi susu ibu sebenarnya dah cukup untuk baby . Cuma kena bagi kerap lah untuk bagi baby kenyang . Bukan setakat belajar cara menyusu , cara nak mandikan dan dukung bayi , sampaikan cara nak bedung baby pun di ajar .
Macam YY yang bekerja , turut di ajar cara nak menyusukan baby bila bekerja nanti . Macam mana nak simpan susu , siap ada jadual untuk menyusu lagi . Diharap ibu kuat lah yerr #ShahYanaJr nak menyusukan awak . Doa sangat susu ibu tak mengecewakan ibu .
Susu Ibu kalau nak Simpan , mampu bertahan jika :
Di Bahagian Deep Freezer : 6 Bulan
Di Bahagian pembeku ( peti 2 pintu ) : 3 Bulan
Di Bahagian Sejuk ( bawah ) : 8 Hari
Di dalam suhu bilik : 4 Jam.
Bintang : Susu Perahan
4 segi : Bayi menyusu terus dari Ibu
Senaman Semasa Hamil dan Selepas Bersalin
Yang nie memang nest jugak . Sebab diajar secara praktikal . Kita siap buat senaman bersama dengan En. Suami . Di ajar cara pernafasan ketika kontraksi . Amalan senaman seperti kagel jugak di ajar . Elok untuk kita orang perempuan senaman nie . Urutan untuk isteri pun ada diajar, so senang lah suami nak urut isteri lepas nie.
Bersedia nak belajar bersenam
Bila baring tue memang lega dan best . Muhahahaha.
memikirkan diri yang akan memegang title abah .
Proses Bersalin dan Perancang Keluarga .
Ini Topik yang best jugak, bila doctor secara real nya menunjukan gambar ibu yang bersalin secara normal dan pembedahan . Ya Ampuunnn, bila tengok tue, rasa seriau gak . Ada yang siap menjerit , tutup muka lagi . Maklumlah lah, semua pestime. Cuak tue lebih sikit . Tak pasal ada suami yang kena tenang kan isteri . Siap di tunjukkan alat – alat yang di gunakan untuk bersalin .
Bila En. Suami tengok sendiri camne baby keluar secara normal , keluar lah ayat “ Susah jugak orang nak bersalin kan” . Apa lagi , YY pun kuar ayat, “ Tau takpe , ingat senang ke nak bersalin”. YY berharap sangat dapat bersalin secara normal, supaya En. Suami dapat tengok sendiri anaknya di lahirkan .
Bab perancang keluarga , Doctor terangkan secara detail pelbagai cara untuk merancang keluarga . Ada yang boleh dilakukan secara semula jadi atau ada yang perlu menggunakan ubatan atau pembedahan . Pilihan di tangan memasing .
Tamatlah kelas Antenatal yang YY dan En. Suami hadiri . Korang kalau berminat boleh lah google memana Hospital yang memang menyediakan Kelas camginie . Kalau nak pi PPUM macam yang YY pi nie . Boleh lah call sendiri yerr. Setiap bulan akan ada satu kelas .
Kelas Antenatal PPUM
03-79493965 – Cik Nadia
03 – 79492045 – Puan Noor Malla
03 – 79493172 – Unit Laktasi PPUM
Bayaran : RM 150 ( Pasangan Suami Isteri )
Makan Pagi , Makan Trengahari dan Minum Petang di sediakan .
P/S : makin berkobar nak tunggu baby lahir .
teringin pula nak pergi kelas macam ni...
ReplyDeleteDah la murah dan penuh dengan pengisian pula tue...
ReplyDeletetahniah ye sis sebab bakal menjadi ibu tak lama lagi...
ReplyDelete