Assalammualaikum ,
Kalau bab cantik, mesti korang nak muka cantik dulu kan . Biasalah, dari wajah turun ke hati . #EhYeKe . Tapi biasa lah , memang camtue lah selalu nya . Bila muka korang naik jerawat , or nampak kusam kemain susah hati kan . Ada jer usaha nak cantik balik .
Vila Manja Jalan Tun Razak .
So, nak wajah cantik kena lah rajin cuci muka bagi bersih selalu . Maklumlah, muka kita kan terdedah dengan cuaca dan segala kotoran bagai . YY amalkan cuci muka secara beria diwaktu pagi dan malam sebelum tido . Beria nie bersih duk tonyoh – tonyoh muka nak bagi bersih , rasa macam waaah segar dah muka iolsss dah bersih . Padahal, duk tonyoh tue lah kotoran kat muka lagi terperangkap tau .
Mari mengenali apa itu Philips VisaPure
Sebelum mendengar penerangan tentang Philips VisaPure ,
Ada sessi makan dan relaxing Massage .
Nie YY nak memperkenalkan dengan korang satu produk pembersihan muka yang sangat sesuai dan sepatutnya digunakan untuk mencuci muka . Baru – baru nie, YY berkesempatan menghadirkan diri ke sessi mencuba sendiri kehebatan Philips VisaPure . Bertempat di Villa Manja , memang sesuai sangat lah dengan tempat kan . Nyaman jer rasa . Penerangan di buat oleh pakar kecantikan dan doktor Dermatologist iaitu Dr Christina . Bila dengar penerangan , memang teruja gilerr YY nak guna produk yang best nie .
Taklimat dari Philips dan Dr. Christina
Kalau korang fikir guna jari cuci muka dah bersih , sebenarnya tidak benar sama sekali . Kalau guna jari belum tentu bersih dan bila guna Philips VisaPure segala kotoron akan benar – benar di buang dan pori – pori di muka jugak akan lebih bersih . Tengok soalan yang banyak dari blogger , di tambah dengan senyum lebar memasing memang nampak sangat memasing tengah teruja nak guna Philips VisaPure .
YY telah mencuba sendiri dengan panduan yang telah diberikan oleh beauty advisor hari tue . Tengok demo pun dah teruja semacam , belum lagi guna kat muka sendiri kan . Memang terasa sangat perbezaan pada kulit muka lepas menggunakan Philips VisaPure , diantaranya kulit rasa lebih bersih dan licin . Rasa segar jer kulit muka tau . Bila selesai mencuci dengan hanya 1 minit , korang dah boleh teruskan dengan proses lain macam letak moisturizer dan lelain sebelum korang nak makeup .
Demo penggunaan Philips VisaPure
Cara Menggunakan Philips VisaPure .
1. Letak pencuci muka di muka korang . Pastu gosok sikit bagi berbuih , cuma tak yah ler tonyoh sangat .
2. Memula gunakan di pipi sebelah kanan , dan mesin ini akan berputar selama 20 saat sebelum berhenti sebentar selama 1 saat .
3. Kemudian teruskan kepada pipi kiri 20 saat sehingga berhentgi lagi selama 1 saat .
4. Akhir sekali , bersihkan bahagian T-Zon selama 20 saat .
Dan selesai lah sessi pembersihan muka dengan Philips VisaPure . Cuma 1 minit diperlukan . Kejap sangat kan , kulit muka korang lebih bersih dan segar .
Bersihkan , rasa kulit muka lebih segar . Gitueeee .
Kelebihan Philips Visa Pure
1. Kalis Air , so korang tak yah risau nak gunakannya . Nama pun pencuci muka , mestilah waterproof kan .
2. Menggunakan batery yang boleh di recharge, macam batery handphone korang tue .
3. Cuma Charge selama 6 jam , dan boleh digunakan lebih kurang 2 minggu untuk penggunaan 2 kali sehari .
3. Mudah digunakan dengan 2 jenis setting : ‘Gentle Cleansing’ dan ‘Deep Cleansing’ untuk pembersihan yang lebih sesuai dengan kulit muka .
Ini antara kelebihan yang YY nampak baru guna sekali , nantikan penggunaan selepas sebulan . Nanti YY akan citer banyak lagi kat korang eh .
Beauty Advisor yang banyak membantu YY .
Cara Mengecas Philips Visa Pure .
Unboxing Philips VisaPure
Philips VisaPure SC5275 – RM 799
Dalam setiap kotak , terdapat 1 Philips VisaPure , 2 Berus untuk kulit normal dan kulit sensitif , Charger dan Travel Pouch . Sebenarnya Philips VisaPure mempunyai 3 jenis berus yang boleh digunakan selama 3 bulan .
Normal Skin Replacement Brush Head SC5990 – RM 59
Sensitive Skin Replacement Brush Head SC5991 – RM 65
Exfoliation Skin Replacement Brush Head SC5992 – RM 69
So, apa tunggu lagi . Korang boleh dapatkan Philips VisaPure kalau korang turut mementingkan kepentingan penjagaan wajah korang . Jimat dan berbaloi sebenarnya bila korang tak perlu nak beli produk memahal untuk mencantikkan muka kerana cara korang membersihkan muka telah banyak membantu .
Terima Kasih Philips Malaysia .
P/S : Makin rajin plak cuci muka sebab nak guna Philips VisaPure
Produk yang sangat menarik, dan tentunya akn memberikan manfaat yang luar biasa.
ReplyDelete