Assalammualaikum,
Sebelum nie kan YY ada citer kat korang pasal Drama siri terbaru yang bakal di tayangkan di Astro bertajuk SELUDUP . Bukan setakat pelakon yang memang dah pemes dan dikenali ramai ada dalam Drama Siri nie, tapi ada jugak contest untuk mencari pelakon dengan ujibakat yang telah di buat . Sesungguhnya pemenang telah di umumkan . Huntunglahhhh, tahniah pemenang .
Walaupun YY join, tapi kalau dah macam kayu , mana lah layak nak jadi pemenang kan . Ada lebih 100 video uolsss, sape yang bebetul layak jer boleh jadi pemenang tau .
Pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ telah pun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat. Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah bintiZulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpurtelahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim,Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.
Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan,keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia.
Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini didalam fasa kedua penggambaran. Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.
“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.
Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.
Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup
P/S : Tahniah pemenang , selangkah impian jadi pelakon dah tercapai .
No comments:
Post a Comment