Assalammualaikum,
Eheeem, Kalau lah YY ada 10 Tempat Percuma Air Asia , YY akan ke Langkawi dan bawak bersama 9 ahli keluarga iaitu ibu , suami , 3 orang adik , adik ipar dan anak – anak buah bercuti bersama .
Sebab ??
Penerbangan YY ke Langkawi atas urusan kerja dedulu.
Pulau Langkawi memang sangat indah , YY setiap tahun pasti akan ke Langkawi atas urusan kerja . Tapi kali nie, YY nak bercuti dan angkut sekali semua ahli keluarga . Banyak Destinasi menarik di Pulau Langkawi yang harus di lawati , seperti Pulau Dayang Bunting , Pulau Beras Basah dan Langkawi Geopark .
Lagi pun , Pulau Langkawi memang terkenal dengan barangan Bebas Cukai . Pasti Ibu YY suka giler , maklumlah ibu YY memang suka kalau dapat beli barang cecantik dan murah nie. Tempat macam Idaman Suri , RAM dan Ismail Group ada lah wajib pergi kalau ke Langkawi . Pasti seronok kalau tengok ibu YY shopping segala macam barangan rumah nanti . Adik – adik dan anak buah pasti seronok kalau dapat shopping bermacam jenis coklat . Coklat import kat Langkawi murah weiiiii .
Coklat Murah
Makan plak, kat Langkawi memang heaven. Laksa memang thorbaik . Bila ke Langkawi , setiap kali makan mesti YY teringat kat keluarga . Alangkah seronok nya kalau kitaorang dapat lepak sesama dan menjamu selera dengan keenakan makanan di Langkawi .
Laksa Sedap dekat dengan Airport Langkawi .
Sebahagian dari ahli keluarga YY
Ini jugak lah masa nya , kami sekeluarga merapatkan lagi ikatan silaturahim . Dah ler hari – hari yang dilalui sibuk dengan kerjaya memasing , bukan senang nak berkumpul dan bercuti bersama . Kalau beraya pun kekadang tak cukup semua ahli keluarga . Di harap , dengan impian ini dapatlah YY dan keluarga bercuti dan berseronok .
YY di Makam Mahsuri
Promosi Air Asia Free Seats sedang berlangsung dari 25 - 31 Ogos 2014 untuk penerbangan bermula1 Mac 2015 sehingga 24 Oktober 2015 . Kemana destinasi impian percutian korang ???? Sebelum nie YY dah ke Korea , Beijing , Bandung dan beberapa destinasi lain dengan Air Asia . Syukur semuanya selamat dan perkhidmatan pun bagus .
Terima Kasih Air Asia : airasia.com