Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Sakit hati jer !!!


Assalammualaikum,



Huh !! petang2 ahad nie buat YY sakit hati jer . Menyumpah tak habis . Mana tak nya , geram tengok isteri kena buli dengan suami . Siap suami nak kawin lain , cerai kan isteri, ada hati lagi duk kikis duit bekas isteri . Hissshhhh , memang melampau tau . Dapat mak mertua drama queen sangat . Tak habis - habis reka cerita , buat fitnah . Sanggup tengok rumahtangga anak sendiri runtuh semata sebab tak suka dengan menantu . Kalau dah jodoh , apa nak di larang . Konon tak sama taraf , amboiiiii tinggi sangat ke taraf awak tueee . 




Nampak tak YY emo, emosi sangat niee... semuanya gegara menonton "RAMADAN JANGAN PERGI" ,  alah drma kat slot samarinda di TV3 setiap selasa hingga khamis pukul 10mlm - 11mlm. Memula memang YY dah plan nak tengok, sebab dari production Sheila Rusly JS Picture selalu nya citer mesti best , tapi apa kan daya takde kesempatan . 




So, hari nie takde apa nak buat . YY pun tengok lah ulangan di tonton.com.my  . Nasib baru ada 5 episod, takde lah banyak benor nak mengadap . Akhirnya, bila dah menonton sakit hati sendiri . Kuang ajar betul laki si Farah ( Siti Saleha ) , dah ler cerai kan bini guna nota . Past tue nak hidup senang dengan mengikis duit bekas isteri . Dah ler asik bersumpah dan berjanji tak habis - habis . Memang buat YY emo betul . 



Nak tenangkan hati , YY kena fikir yang itu semua lakonan dan ikut skrip . Kalau tak , rasa nak lempang - lempang jer laki camgitue . 






Sinopsis RAMADAN JANGAN PERGI 


Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.









TAJUK : Ramadhan Jangan Pergi
EPISOD : 15
TARIKH :  25 Jun 2014 (Selasa - Khamis / 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jinggo, Azman Hai Yahya
SKRIP : Sofia J.Rhyland / Sheila Rusly
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Firdaus Rahman, Siti Saleha, Lufya Lulu, Sheila Rusly, Watie Sadali, Datuk Eizlan Yusuf, Catriona Ross, Muntazar Ghani



Tak sabar nak tunggu episod 6 dan seterusnya . Tak sabar nak tengok balasan kepada yang jahat . Tapi tue lah kan , citer melayu nie. Selalu nya yang teraniaya kemain panjang episod, sekali balasan untuk yang jahat kejap jer dah habis . Tak puas betul lah . Ce buat balasan tue panjang sikit , sama banyak dengan yang dizalimi , baru lah best . 







Yang pasti , citer RAMADAN JANGAN PERGI memang banyak pengajaran dan lakonan semua menjadi . Kalau tak , takde lah sakit hati melampau . Good Job untuk semua team Ramadan Jangan Pergi . 




P/S : Korang biasa tak tengok TV past tue emosi . 








3 comments:

  1. kira sesame emo la kan kite ni ek... hahahhahahha.. geram benau dengan mak johan tu lah..

    ReplyDelete
  2. betul² emo ibu mengandung tu .. hihihihi

    ReplyDelete
  3. betul, mmg sakit hati tgk cite ni..geram jer dekat bekas laki si farah tu. nasib hnya lakonan jer kann

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah