Assalammualaikum,
Bahawasanya, fahami lah yang ibu mengandung apabila berat semakin bertambah akan mengalami sakit tumit , dan lenguh kaki terlampau apabila berjalan . Bila dah berjalan sakan , En. Suami lah yang menjadi mangsa mengurut kaki Puan isteri . Nampak mengada jer kan , nak urut kaki bagai padahal memang sakit giler , sampai rasa nak merangkak sambil berjalan.
Masalah bagi YY bila berat berlebihan adalah disebabkan kaki YY agak kechik untuk menampung berat badan jika berlebihan . Kalau korang nak tahu , YY nie badan jer besar tapi kaki kechik . Genetik sebenarnya, ikut kaki arwah nenek belah ayah YY , kaki dia memang comel . Bayangkan badan YY yang gemokss nie boleh pakai kasut atau sandal saiz 4 atau 5. Ikut patern kasut lah kan . Makchik YY selalu bising tak bagi YY gemokss sebab tgk kaki kechik, kang takleh bawak badan .
Sekali tue duk bebel lah kat group wassap BFF . Datang lah cadangan dari Kak B suh YY cari kasut jenama Scholl , katanya sesuai untuk perempuan mengandung . Katanya dalam banyak – banyak brand yang dia pernah cuba masa mengandung Scholl adalah yang terbaik . Hush Puppies pun xleh lawan kebagusan nya .
Bila dengar tue YY dah bayang kan , huissshhh mahai nya nak beli kasut Scholl . Sebenarnya YY tak pernah beli kasut brand Scholl nie, sebab YY tgk patern macam kasut orang tua jer, jadi tak pernah lah skodeng kasut kat Scholl. Nak jadi citer , sekali tu YY jengkalan kat Sunway Piramid , so YY google lah kot kat Sunway Piramid ada Scholl, eh ada lah . Mari menerjah .
Akhirnya, niat nak usha jer dulu telah brtukar kepada terbeli . Sebab kaki memang sakit dah x leh tahan , jadi mari lah melabur untuk menggunakan kaki lebih lama . Muhahhahaa, ayat tak leh blah kan . Bila pergi Scholl , baru YY tahu ada banyak kategori untuk kasut Scholl ni. Semuanya bagi menjaga kaki kita . Bila YY tanya perunding kat Scholl tue, katanya paling sesuai untuk perempuan mengandung adalah “memory cushion”.
Jadi ini lah sandal yang menjadi pilihan YY . Mungkin akan menjadi sandal YY sepanjang proses mengandung nie . Setakat nie pakai memang selesa dan dah x sakit sangat tumit . Memang macam berjalan atas cushion . Gitueeeee kan perasaan dia .
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Amik warna pink , ada 2 color jer kuning dan pink .
Tapak yang tak bertumit , sedap pakai sebab feel macam cushion . Lembut jer .
Diantara jenis kasut sandal di Scholl :
Buat korang yang mengandung , pi lah Scholl untuk cari Sandal yang bersesuai . Ini YY share pendapat YY selepas menggunakan Sandal Scholl . Ini bukan Sponsor Post tau . Hhahahaha, kang ada plak yang kata YY dapat Free Sandal. Ingatkan semua kasut dan Sandal kat Scholl nie mahal , sebenarnya takde lah mahai bebenor . Sandal YY nie cuma RM 138.00 . Ok lah kan , janji leh pakai lama dan selesa . Now Scholl xde diskaun plak, kalau x mesti murah lagi kot. Lagi pun yang YY beli nie New Arrival , usha kat JJ pun belum ada patern nie . Memang lah takde diskaun kan .
P/S : Dah mula rasa ‘geli-geli kat perut .
Hai!! i pun suka pakai Scholl sandal masa pregnant!! :)
ReplyDeletecome visit my blog. I sometimes write about how I became a work at home mummy through my online Shaklee business. work at home mummy like me
Thank you!
gambar last tu sungguh colorful.. ;))
ReplyDelete