Assalammualaikum,
Sikit lagi jer nak posa dah . Ok kali nie YY nak sambung pasal Ramadan Buffet di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Tahun nie bertema kan “ Tok Wan 101 Recipes ” , selera kampung menjadi taruhan . Macam – macam makanan sedap dan menarik menjadi pilihan . Buffet ramadan nie akan bermula pada 29 Jun 2014 sehingga 27 Julai 2014 .
Seperti yang korang sedia maklum , Tok Wan adalah panggilan kepada nenek di Negeri Pahang. So, dah tentu lah citarasa Tok Wan adalah terbaik kan . Citer panjang tak guna, apa kata korang tengok apa menu menarik Buffet Ramadan Hotel Vistana Kuala Lumpur tahun nie .
Ulam – Ulaman , Sambal Belacan , Ikan Masin , Telor Masin , dan semua penambah selera .
Ulam – ulaman , ikan masin dan telor masin .
Pelbagai kerabu
Murtabak , nie pun sedap . YY suka .
Nasi Beriani
Tandoori Chicken
Asam Pedas Ikan Tenggiri
Stir Fried Squid with Dried Chili And Spring Onion
Sup Tulang
Ikan Talapia Goreng Berempah
Ada jugak kambing bakar , satay ayam dan dading termasuk ikan bakar . YY suka sangat satay daging nya , memang daging yang lembut , dan basah – basah gitue . YY x suka satay yang terlalu kering .
Ikan bakar
Kambing Bakar
Satay Ayam dan Daging
Hidangan ala – ala western pun ada seperti Macaroni Cheese , Grilled Sausage dan Pasata Marinara .
Macaroni Cheese
Grilled Sausage
Bila dah makan memacam , mesti lah kita nak desert kan . Pelbagai pemanis mulut disediakan diantaranya Kuih Muih tradisi seperti kuih talam pandan , onde – onde , seri muka , ketayap , kuih pelita dan banyak lagi . Aiscrem pun ada tau , seperti perisa vanila , coklat , peppermint dan strawbery . Eh jap, AIs kacang pun ada ek .
Buffet Ramadan di Hotel Vistana adalah di Banquet Room tingkat 3 . Disediakan tempat solat yang selesa dan mampu menampung jemaah yang ramai , ruang parking yang mencukupi dan pemandangan Kuala Lumpur di tepi Kolam Renang .
Harga Buffet Ramadan Hotel Vistana Kuala Lumpur .
RM 48++ ( Dewasa )
RM 30++ ( kanak – kanak 4 – 12 tahun )
Buffet Ramadan bermula 29 Jun 2014 sehingga 27 Julai 2014
Tempahan & Pertanyaan : 03 – 4042 8000
Maklumat Lanjut
P/S : Tengok gambor makan , lapar terusss.
Kelihatannya sedap
ReplyDeleteTerima kasih atas resepnya :D