Assalammualaikum,
Hei korang peminat steamboat. Korang ada plan tak nak buka puasa kat memana steamboat bulan posa nie. Haaaa, nie nak citer kat korang pasal Pak John Steamboat & Yong Tau Foo. Sesungguhnya, bahawasanya YY adalah seorang yang sangat fanatik dengan steamboat . En. Suami yang baru hidup dengan YY pun dah faham sangat dengan kesukaan ini .
So, YY berkesempatan ke Food Review Pak John Steamboat & Yong Tau Foo di e-Curev Damansara . Haruslah bawak En. Suami sekali sebab x best lah makan sengsorang kan . Tak Yah citer panjang lah , meh korang tengok sendiri apa menu istimewa sepanjang ramadan nanti di Pak John Steamboat & Yong Tau Foo.
Nasi Goreng Tomato . Sedaaaap untuk korang yang memang nak nasi ketika berbuka .
Kepak Ayam yang dimasak dengan kicap dan air Coke .
Menu istimewa nie, YY pun tak pernah rasa Kepak Ayam yang di masak dengan Coke.
Dim Sum inti telor ikan , ini pun favourite YY .
Rendang Daging dan Rendang Ayam
Nasi Pulut Sumbat – Dalam ada sambal udang .
Ini pun menu ciptaan Chef Pak John Steamboat .
Tempura Sayuran – Sedap .
Desert – Bubur ramadan ( campuran betik dan pisang )
Bukan setakat makanan utama nie, macam – macam lagi makanan yang ada . Kata Buffet kan, tentu lah pilihan makanan kena meriah .
Ada beberapa jenis Sup stemaboat yang disediakan .
1. Sup Kari
2. Sup Tomyam
3. Sup Miso
4. Sup Daging
5. Sup Ayam
6. Soup Udang . ( recommended )
Pilihan untuk Grill
1. Smoke Duck ( recommended ) – Sedap
2. Beef Slice
3. Lamb Slice
4. Abalone Slice
Banyak lagi pilihan untuk Grill yang ada .
Ada 8 pilihan sos yang memang sedap dan sesuai untuk steamboat mahupun Grill .
Bila dah makan memacam , mesti lah nak pemanis mulut kan . Pilihan untuk desert pun ada pelbagai . X rugi lah kalau korang nak berbuka kat Pak John Steamboat & Yong Tau Foo tahun ni .
Pelbagai Perisa Aiscream .
Jagung rebus dan Asicream buatan sendiri Pak John.
Serius Aiscream nie memang sedap gilerrr.
Waffle, YY sajer letak aiscream atas tue. Terliuq, terbayang kesedapannyaaa.
Air sejuk dan panas juga termasuk dalam buffet .
Buffet di Pak John Steamboat dan Yong Tau Foo akan bermula dari 28 Jun 2014 sehingga 29 Julai 2014 dari 6.30 petang sehingga 11.00 malam . Kalau nak mudahkan korang , better buat tempahan dulu. Kang gigih sampai tapi tempat penuh plak . Nangis korang berbuka telan air liuq .
Harga : RM 39 ++ ( Boleh mula tempahan sekarang )
017-6981336 or 03-77333913 untuk tempahan berbuka puasa SEKARANG !!!
Terima Kasih Pak John Steamboat & Yong Tau Foo
Pak John Steamboat & Yong Tau Foo
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor,
E-curve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya, Malaysia
Laman Web :
Facebook :
P/S : Pak John ada cawangan di E-Curve Damansara dan Wangsa Walk Mall , Wangsa Maju.
No comments:
Post a Comment