Assalammualaikum,
Buffet Ramadan di Dorsett Grand Subang tahun nie menyediakan 3 pakej Istimewa berbuka puasa. Ramadan International Cuisine di Terazza Brasserie , Warna Warni Ramadan di Melati dan Buka Puasa set di The Emperor . Lebih daripada 80 jenis makanan tempatan dan antarabangsa Muslim yang disediakan sepanjang ramadan tahun nie.
Pelbagai hidangan terdapat di Buffet Ramadan Dorsett Grand Subang . Antaranya hidangan paling istimewa iaitu Sup Gearbox yang menjadi trademark dan pilihan utama pengunjung . Tidak ketinggalan menu seperti Briayni Gam , Mee Hoon Goreng Siam , Rendang Ayam kampung , Rusuk Kambing Vindalo , Roasted Beef with Mushroom Sauce , Chilie Crab dan banyak lagi .
Sup Gearbox
Kambing Panggang
Roasted baby lamb with Arabic Rice
Ketam Bunga Chilie
Asam Pedas Ikan Tenggiri
Dalca Sayur
Assorted Braise Vegetables
Bukan setakat menu utama , appetizers seperti kerabu mangga , Kerabu Daging ala Thai , Jeruk Betik , Jeruk mangga dan banyak lagi mampu membangkitkan selera berbuka korang .
Kerabu
Ulaman dan Sambal Belacan
Pencuci mulut pun ada pelbagai pilihan seperti Puding Roti , Badak Berendam , Onde – Onde Bubur Pulut Hitam , Penget Keledek dan pelbagai pilihan Jeli Buah - Buahan .
Kuih Muih
Buah – Buahan
Puding roti
Sambil berbuka , pengunjung akan di hiburkan oleh selebriti terkenal Jaafar Onn dan Haiza . Dengan tema warna – warni Malay Cuisine , 2 selebriti ini memang bertepatan dengan tema tahun nie. Pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah . Mana nak carik, makan boleh menang hadiah kan . Di Grand Dorsett lah tempat nya .
YY tembam dan Jaafar Onn
Sedapnyaaa Sup Gearbox
Bagi menu berbuka di The Emperor adalah menu masakan chinese . Diantara nya Stir-Fried Shrimp with Medan Style , Stir-Fried Diced Chicken with Dry Chili dan Cashew Nuts dan Tom Yam Chicken Sup . Termasuk pelbagai kuih – muih .
Chinese Cuisine di The Emperor
Promosi Ramadan Buffet di Dorsett Grand Subang bermula 6.00pm hingga 9.30pm dari 29 Jun 2014 hingga 25 July 2014. Boleh buat tempahan awal untuk mendapatkan diskaun sehingga 25% . Kanak – Kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan warga emas turut mendapat potongan harga 50%.
Harga Buffet Ramadan di Grand Dorsett Subang :
Ramadan International Cuisine @ TERAZZA : RM 120++ per person
Untuk tempahan : 03 – 50316060 ext 1912
Warna Warni Ramadan @ Melati : RM 110++ per person
Untuk Tempahan : 03 – 50316060 ext 3032
Buka Puasa @ The Emperor ( Chinese Cuisine ) : RM 100++ per person ( minimum 2 pax )
Untuk Tempahan : 03 – 50316060 ext 1954
Maklumat Lanjut :
Email : info.subang@dorsetthotels.com
Website : www.dorsetthotels.com/malaysia/subang
P/S : Apa menu berbuka kegemaran korang .