Assalammualaikum,
Sikit hari lagi dah nak masuk Ramadan kan . Korang mesti ada yang tercari – cari tempat nak berbuka puasa secara Buffet kan. Ya lah kot nak berbuka beramai – ramai atau ada event berbuka puasa . Nie YY nak citer ngan korang Buffet Ramadan 2014 di Eastin Hotel Petaling Jaya . Di “Swez Brasserie” Buffet Berbuka Puasa tahun ini bertemakan “1001 Rasa Selera Kampung” istimewa sempena bulan Ramadan.
Buffet Dinner Bulan Ramadan nie Swez Brasserie menydiakan lebih dari 200 jenis makanan traditional Melayu , Timur Tengah , Makanan Jepun dan Makanan Barat termasuk pilihan kesukaan makanan tempatan seperti Ikan Patin Masak Lemak Cili Tempoyak, Daging Salai Bercili , Pais Ketam Bunga , Kuzi Roasted Lamb dengan Nasi Arab dan banyak lagi .
Kambing Panggang dan Nasi Arab
Ikan Bakar
Kari kepala Ikan
Ikan patin Masak Lemak Tempoyak
Sambal Udang
Telor Itik Masak Lemak Cili Api
Ada jugak pilihan makanan seperti Ayam Percik , Daging dan Lamb satay ( skewers ) , traditional fish , srunding ayam dan daging dengan sos istimewa .
Air Batu Campur Filipina Style
Pelbagai jenis Buah – Buahan
Kalau yang suka pencuci mulut yang manis dan sedap – sedap belaka . Disediakan hidangan Desert Counter siap ada Durian Buffet kalau yang sangat suka dengan Raja buah nie. Siap ada pelbagai lagi pilihan Desert berasaskan Durian seperti Buah durian , Durian Cream Puff , Baked Durian Chees Cake , Durian Paradise ( Crepe Cake ) , Durian Cream Brule , Durian Swiss Roll , Bubur Durian , Durian Goreng dan banyak lagi . Durian Buffet berada di Tingkat 2 bersebelah dengan Poolside .
Pinjam Adam ( anak Ruby.My ) Posing sebelum menjamu selera
Buffet Ramadhan Eastin Hotel PJ bermula dari
29 June 2014 - 27 Julai 2014.
Harga untuk seorang dewasa RM 98++ dan untuk kanak-kanak RM 49++ pada minggu pertama Ramadhan. Pada minggu kedua hingga ke minggu keempat harga untuk seorang dewasa RM 110++ dan untuk kanak-kanak RM 55++.
Untuk tempahan korang boleh hubungi Swez Brasserie 03-7655 1111 ext 183
P/S : X sabar nak tunggu Ramadan
No comments:
Post a Comment