Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pregnancy 101 : Bersalin dan Rawatan di Hospital Tentera Tunku Mizan


Assalammualaikum,


Hai korang . Nak citer kisah ward Bersalin Hospital Tentera Tunku Mizan, Wangsa Maju . Sepanjang proses kehamilan YY memang mendapatkan rawatan di HATTM bukan lah sebab suami YY seorang tentera , tapi selepas YY buat survey ramai yang kata Hospital Tentera nie bagus bahagian bersalin sebab yang handle pun Doc Pakar.


Bila YY dapat tau yang YY mengandung , masa tue check up kat Spital Al Islam Kg Baru , kebetulan darah YY ada masalah masa checkup tue. So Doc Al Islam ada tanya nak refer hospital mana ,senang citer nanti nak bersalin kat mana. Sekali terkeluar kat mulut YY Hospital Tentera . So Doc buat surat refer ke Hospital Tentera dan suruh YY pergi buat appoinment di O & G kat HATTM .


Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan


Masa YY tau mengandung , kandungan dalam usia 5 minggu. Keesokkan hari nya, YY ke Hospital Tentera konon nak buat appoinment lah kan ,  sekali kena tahan ward. Punca nya darah YY tak ok, kebetulan YY kena batuk teruk dan ada jangkitan kuman di peparu. So di tahan ward selama 9 hari untuk pemantauan doc. Best doc pakar kat ward bersalin nie, senyum jer . Muka manis.. Korang jangan pelik plak sebab Doc di Hospital Tentera nie memang pakai uniform tentera tau . Segak uolssss.







Sepanjang mengandung memang YY checkup di Hospital Tunku Mizan . Sepatutnya kena pi klinik Ibu Anak sekali , tapi sebab kan kerap sangat checkup di Hospital jadi Klinik suh YY checkup kat Hospital jer. Bila dah masuk usia kandungan 7 bulan, baru YY bermula checkup di Hospital dan KKIA. 





Selesa kan Ward di Hospital Tentera nie.







Doctor Pakar pakai Baju Tentera yer uolsss

Now, Doc di Ward Bersaln Hospital Mizan semuanya perempuan . So, xde lah rasa malau or segan kalau dapat doc lelaki kan . Nak tanya soklan pun xde lah rasa segan silu . PPunya kerap YY checkup , sampai ada dikalangan ibu - ibu mengandung dah jadi kawan sebab selalu jumpa. Siap bersalin sama date lagi . 



Inai masih di jari, walaupun dah 4 bulan kawin, gegara pakai inai pokok , Ye ke ???





Salah Satu Sarapan di HATTM 



Yang Pasti , bila masuk ward sepanjang megandung kat Hospital Tentera memang selesa . Bersih . Tak serabut . Toilet cun . Nurse Ok. Doc Ok . Makan sedap . Ward dengan Labour Room sebelah jer , boleh jalan kaki sendiri tak yah nak berkerusi roda bagai masa nak pi bersalin. Maklum lah, masuk ward lama so ramai dah YY tengok yang bersalin , macam – macam ragam . Itu semua pengalaman bagi YY .


Untuk Makluman Lanjut berkenaan Hospital Tentera Tunku Mizan ::

Alamat :
Hospital Tentera Tunku Mizan
Jalan 4/27A
Seksyen 2, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Tel: +603 4145 4200


p/s : Indah nya pengalaman mengandung dan melahirkan 


2 comments:

  1. sy dah kol...diorg cakap org luar xleh bersalin kat situ melainkan suami tentera atau isteri kpd tentera...

    ReplyDelete
  2. suami pun penh warded kat situ bebaru ni... mmg agak mudah la ada hospital tentera ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah