Assalammualaikum ,
Selamat Hari Isnin buat korang semuaaa. Macam lama sungguh YY tak buat entry Personel. Dah rasa macam blogger pencen pun yer jugak . Sampai kan janji YY nak bercerita kisah Perkahwinan pun x kesampaian. Semua nyer gegara mood menaip ke laut , dan kemalasan terlampau melanda.
Sebenarnya kan,.. kan... YY nak bagitau korang sesuatu. Haissh tapi macam segan plak. Hurrmmm, sebenarnya kan.. kan... Dengan lafaz Bismillah YY nak umumkan bahawasanya YY sekarang sedang hamil . Iyerrr , YY sedang mengandungkan #ShahYanaJr. Sungguh memang YY tak sangka begitu cepat Allah bagi rezki . Alhamdulillah, YY bersyukur sangat .
YY sekarang dah masuk 13 minggu . Syukur YY tidak mengalami sebarang alahan atau mabuk . Cuma YY mengalami masalah asik lapar , tgh makan pun YY pun rasa lapar lagi . Teruk betul nafsu makan YY. Memang ramai kata ibu mengandung mudah lapar . So, redha jer lah nasib kuat makan sekarang . Dah macam di pam pam tau . so far badan dah naik 4kg. Nampak , kembang kan.
Lagi satu yang YY perasan, YY cepat marah dan cepat jugak nangis. Ada sesaje benda yang buat YY nak marah, lepas tue nangis. Sensitif melampau - lampau sangat . Cam biasa yang jadi mangsa En. Suami . Memula mengandung , berperang jugak lah. Tapi lelama baru lah En. Suami faham, bahawa ini semua adalah gangguan emosi yang YY alami ketika mengandung .
Moga Perhubungan kami kekal hingga ke Jannah.
Macam mana YY tahu mengandung ??
Lepas Majlis Perkahwinan YY bulan 1 , YY rasa macam x sedap badan. So, secara senyap tanpa bagitahu En. Suami , YY beli pregnancy test . Test kat rumah, First time nak buat test, terus kuar double line tapi line ke dua macam kabur . Memang ada tertulis yang kalau kabur kandungan masih baru . Dalam hati macam tak percaya. Sungguh kah nie, bayang kan First Time test terus kuar double Line.
YY bukan tak percaya sebab tak nak baby, tapi sebab kan dugaan yang macam - macam sebelum kawin, dengan YY memang ada masalah PMS . Jadi, memang YY duk fikir keadaan diri YY macam tak mengizinkan untuk dapat baby seawal ini. YY bersyukur kerana ujian yang datang , memang ada hikmah nya .
YY tunggu lagi seminggu , dan beli lagi 2 jenis pregnancy test . Kali nie YY test kedua - duanya . Dan ternyata hasil nya adalah double line jugak. Masa nie tak tau nak gambar kan perasaan camne. Nak lompat ke, nak jerit ke. Ntah, memang macam tak cayer. Baru sebulan bertukar status sebagai isteri Allah dah bagi rezki. Ada lah yang kata Bunting Pelamin, #EHYe Ke ??
Masa nie YY masih tak citer lagi dengan En. Suami. Nak pergi keje, sampai kat Kem YY sungguh suami tunggu jap, jangan kuar kete. YY tunjuk kan pregnancy test yang YY dah buat . Memula tue muka En. Suami macam terkejut, past tue terus teruja nak nangis. YY plak masa tue macam risau kot prengnacy test tue silap ke, YY suh En. Suami jangan teruja sangat . Sebab YY nak g Hospital untuk comfirm kan dulu .
Untuk pengesahan YY telah ke Hospital Kg baru yang sekarang lebih di kenali sebagai Hospital Al-Islam . Dengan ujian yang di lakukan , sah lah YY telah mengandung 5 minggu . Syukur sangat , Alhamdulillah Allah bagi rezki awal.
Scan masa 5 minggu , tak faham sangat nak tengok .
Bukan YY taknak hebah kan awal kisah YY mengandung nie, tapi yer lah kandungan masih awal . Kita plak x tau apa akan jadi . So, sekarang dah 3 bulan, baru YY berani nak berkongsi kisah gembira nie dengan korang semua . Doakan semua nye selamat yer. Tahun 2014 moga membawa kabar bahagia, 2014 menjadi isteri dan bakal menjadi ibu.
P/S : teruja bila scan 12minggu , #ShahYanaJr duk menari. Ya Allah, geram tengok.
No comments:
Post a Comment