Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Lu Gua Bro | Review & Sinopsis & Trailer



Assalammualaikum,



Hai korang , macam lama dah YY tak buat review Filem kan. Sejak dah jadi Puan nie, macam xde kesempatan lagi nak pi reviiew filem terbaru . So, bebaru nie YY sempat lah ke Malam Prebiu Filem Lu Gua Bro . Filem yang ke 90 terbitan MIG merupakan filem bergenre komedi yang diarahkan oleh pengarah Ismail Bob Hashim. Gandingan dua pelakon komedi iaitu Zalif Sidek dan Epy Kodiang dan turut di bantu oleh Nina Iskandar , Eddy Rauf , Rahim R2 , Hamid Gurkha , Lan Zailan dan Kathy Azean .



Review Filem Lu Gua Bro


Sinopsis :


Lu , Gua Bro ! menceritakan perjalanan itu, turun naik kehidupan dua kawan baik, Yu dan Mi berasal dari kampung yang sama dan telah dilahirkan pada hari yang sama. Dari zaman kanak-kanak umur sekolah , umur remaja umur dewasa , mereka kekal bersama-sama walaupun apa-apa kesan . Impian mereka adalah untuk menjadi dasar yang , lebih-lebih lagi kedua-dua bapa mereka mahu mereka menjadi polisi.
 
Lu Gua Bro MIG Filem 105

 
Lu Gua Bro MIG Filem 111

 
Cerita ini bermula apabila Yu & Mi bertemu di sebuah kilang penapisan di mana Mi bekerja sebagai keselamatan selepas setahun tidak bertemu anda menikmati kerja Mi di Bandar meninggalkan rumah. Yu yang melarikan diri dari para peniaga mencari Mi di kedai kilang . Kilang penapisan Mi itu nampaknya menjalankan pengedaran sindeket dadah. Yu dan Mi Cuba melaporkan perkara itu kepada polis, tetapi dilarang oleh peniaga tersebut. Pertempuran Yu & Mi sehingga ke peringkat tertinggi penapisan bangunan untuk menyelamatkan diri. Sedang berlari , Yu tergelincir tiang bangunan kaki dan disambut oleh Mi. Yu hampir putus asa telah ditenangkan oleh Mi dengan kata-kata sehingga baik ke dalam semangat masa lalu menceritakan kisah mereka bagaimana mereka kedua-duanya teruja urusan dengan segera dan menghalang muka cabaran selama ini.


 
Lu Gua Bro MIG Filem 100

 
Lu Gua Bro MIG Filem 146

 
Itulah di mana kisah persahabatan antara Yu & Mi dari zaman kanak-kanak hingga kini. Mereka akhirnya berjumpa dengan 2 orang polis,salah satunya Eve, rakan sekelas mereka di sekolah kerana itu. Polis mengucapkan terima kasih kepada mereka secara tidak sengaja telah menumpaskan sindiket di kilang penapisan.
 



Lu Gua Bro MIG Filem 139


 
Trailer:




 
Review :

Dengan Tagline Biar Hilang Awek , Jangan Hilang Member pun dah agak kan cier nie pasal kawan baik . Memang kelakar bila kisah nie banyak flashback dari zaman kekanak sampai lah besor panjang. Dari awal citer dah buat YY tergelak besar . Memang kelakar bila diorang nie macam bodoh – bodoh alang . Sampai ada scene satu kampung leh jadi sengal macam diorang .

 
Bagi YY , kalau korang nak tgk Filem yang tak berat , sekadar nak gelak3 . Lu Gua Bro memang boleh layan . Kosong kan fikiran , duk dalam panggung . Makan popcorn dan layan. Memang ada jugak pengajaran dalam citer nie, macam mana kita akan backup kawan kita kalau sesuatu terjadi termasuk kalau kawan kita di hina .  Walaupun kisah lawak , tetap ada pengajaran .
 

Boleh menonton bermula 27 Mac 2014 di panggung berhampiran korang  . Ajak lah mak pak , nenek , atok , adik badik terjah panggung erk.

 
 
Bintang 4/5

 
*************************************************
 
Sekitar Malam Preview Filem Lu Gua Bro .


 
Lu Gua Bro MIG Filem 104

Pengarah Ismail Bob Hashim


Lu Gua Bro MIG Filem 108

(M) David teo bersama Talent MIG


Lu Gua Bro MIG Filem 120

Para Pelakon Lu Gua Bro .



Lu Gua Bro MIG Filem 131




Selfie bersama Pelakon Muda baru MIG @MusalRahman dan Blogger Deqnor , Bro Framestone


 

Selfie dengan monopod Azhar , Gedixsss kan .  
 
 
P/S : Sama – sama kita doakan untuk semua yang terlibat dengan MH370 . Al-Fatihah.



Milo Malaysia Breakfast Day untuk Tenaga Positif



Assalammualaikum,


Hai korang , Sihat ke hari nie ? Korang breakfast apa hari nie ? Hari nie YY nak citer ngan korang pasal breakfast yang wajib ambil sebenarnya , tapi kan dedulu YY selalu abaikan.  


Then , one day YY sakit perut tau . Doctor marah sebab YY tak breakfast sebab tue sakit perut. Maklumlah, bila dah mula keje , memang YY lupa nak makan . Kebetulan pulak perut x lapar jadi YY anggap tak breakfast pun xpe lah. Tapi rupanya tanggapan YY salah, breakfast sangat penting untuk memulakan hari . Breakfast memberi tenaga untuk sepanjang hari . Baru kita rasa lebih bertenaga nak buat sesuatu bila perut tak kosong.


Now, YY dah mulakan hari dengan breakfast . WAJIB tau . Gigih setiap pagi pergi cafe untuk cari makanan untuk sarapan . Minum ? Semestinya lah MILO . YY dari dulu memang addicted ngan MILO . Dari sekolah lagi, memang kat mulut selalu duk nyanyi " Minum MILO anda jadi sihat dan kuat " . Pengaruh iklan MILO sangat . 



Mr. Ho Hau Chieh, Executive Director, Dairy Business Unit of Nestle Malaysia dengan gimik "MILO Tarik"



Baru - baru nie kan, MILO ada lancarkan MILO@Breakfast Day untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan breakfast . Kempen "Kempen Malaysia Breakfast Day " ini adalah kesinambungan program pada 2013 . Tahun ini , MILO memperkenalkan kelebihan "Positive Energy " yang terdapat dari nisbah kesempurnaan nutrien yang terdiri daripada protein , karbohidrat dan lemak untuk menyediakan badan kita dengan tenaga yang amat diperlukan untuk cabaran fizikal dan mental setiap hari.



Nestle MILO® team menyajikan sarapan yang sihat disertai dengan cawan berkhasiat MILO

( Dari kiri ke kanan )

Mr Kerwin Lim – Sports Marketing Executive, MILO®
Ms Cher Siew Wei – Corporate Wellness Manager, Nestle Malaysia
Ms Ng Su Yen – Consumer Marketing Manager, MILO®
Mr Ho Hau Chieh – Executive Director, Dairy Business Unit, Nestle Malaysia
Ms Jasmmine Wong – Business Executive Manager, Nestle Liquid Drinks
Mr Ng Ping Loong – Sports Marketing Manager, MILO®
Ms Ivy Tan – Senior Brand Manager, MILO®
Mr Ahmad Fadhly – Sampling & Events Executive, Nestle Malaysia



Menurut Ho Hau Chieh , Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Tenusu , Produk Nestlé , " Berbekalkan keazaman dan motivasi untuk menyokong rakyat Malaysia mengenai kepentingan sarapan yang seimbang MILO ® ' s , Malaysia Breakfast Day adalah sebahagian daripada kempen pemakanan di seluruh negara yang bertemakan - 'Positive Energy For Champions' yang bertujuan untuk mengekalkan momentum sebagai tabiat sarapan yang sihat dan perlu diguna pakai secara aktif dan bukan hanya pada musim panas ini ketika ini , " katanya.



Tahun  nie acara gilang - gemilang ini akan diadakan di DATARAN PUTRAJAYA pada 20 April, 2014 bermula dari 7:00 pagi. Acara ini menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama sebagai sebuah keluarga untuk menikmati hidangan yang paling penting hari ini dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal bersama-sama.



MILO® Positive Energy Squad  membuat penampilan istimewa 
di pelancaran MILO@Malaysia Breakfast Day



Selain daripada 8- km dan 3 km berjalan , akan ada makanan sarapan kepada semua pelari dan hadirin semasa menjalankan pelbagai aktiviti sukan interaktif yang akan memberikan tenaga untuk seluruh keluarga.



So, jom lah kita menjoinkan diri ke program yang pasti seronok dan bertenaga nie bersama keluarga . Kita kena amalkan gaya hidup sihat . Jangan lupa breakfast tau . Walaupun setakat roti dan MILO , itu pun dah cukup untuk mulakan hari dengan lebih bertenaga . 







Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Breakfast Day dan aktivitinya, 

The Crescent Online Shop SALE "PINK WEEK" ( buat peminat pink )


Assalammualaikum,



SALE ,... SALE,... SALE,...


Haaa, korang mesti suka kalau dengar pasal SALE kan. Nak habaq kat korang nie , yang THE CRESCENT sekrang tengah buat SALE 20% bagi semua produk yang ada kena mengena ngan PINK. Amboiiii, seronok lah sesape yang suka giler dengan warna gegurl PINK kan. Ini dinamakan sebagai "PINK WEEK" . Jualan SALE sebanyak 20% ini bermula 5 Mac 2014 sehingga 23 Mac 2014. 



Sebelum citer lanjut, korang tau ke apa itu The Crescent ??




Nie nak story mory sikit. The Crescent adalah satu Online Shop yang menjual barang - barang seperti Baju , Tudung , Barangan Muslimah , Barangan Kecantikan dan memacam lagi lah . Senang citer lebih kepada barangan muslimah yang menepati Lifestyle masakini. 







Senang giler nak view online shop nie, korang boleh tengok setiap kategori dengan mudah . Barangan sentiasa terkini dan susunan pun kemas, kira nak shopping pun sedap mata memandang . 


Bukan setakat menjual barangan, ada jugak pelbagai tips menarik seperti  :


Spiritual / Kerohanian  : Boleh dapat kan pengetahuan dalam Islam dengan bantuan dari Panel Ulama yang disediakan.


Fesyen  : Dapat melihat Trend dan gaya Fesyen Muslimah yang terkini.


Kesihatan : Dapatkan tips kesihatan dan nasihat untuk kesejahteraan hidup yang lebih lengkap .

Lifestyle / Gaya hidup  : Dengan panduan gaya hidup yang lengkap membantu menghadapi cabaran hidup masakini.


Shop / Kedai   : One- stop-shop untuk semua keperluan Muslim.



Membeli - belah di The Crescent adalah selamat. Barangan akan di hantar terus ke alamat korang . Penghantaran pun cepat di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak . 



Cara Mudah membuat sebarang pembelian :


1. Pilih kategori barangan yang korang nak .


2. Kemudian Pilih barang yang dikehendaki untuk di masuk kan ke dalam troli korang .


3. Then boleh checkout.


4. Pembayaran boleh dilakukan dengan pelbagai cara dengan selamat .


5. Setelah pembayaran di buat , korang akan menerima email pengesahan status pembelian .


6. Bila pesanan korang dihantar , korang akan menerima nombor pengesanan untuk mengesan dengan cepat dan mudah status penghantaran.


7. Tunggu barang sampai. Simple kan.











Nak daftar pun mudah jer, korang cuma masuk kan id , email dan password. Past tue dah boleh shopping. 



Senang giler nak register di The Crescent .





Tunggu apa lagi, Jom shopping di The Crescent . Ada SALE,.... SALE,.... SALE,....!!!!!!!!!!!!!!




P/S : Ada dah berkenan niee, nak shopping gaaaaak :)








Live Well untuk ibu kaki shopping :P


Assalammualaikum,

Hai korang. Sihat hari nie ? Kalau rasa tak siat tue cecepat lah jumpa doctor yer. Now memang musim orang tak sihat. Cuaca panas dan kering. Kena bebanyak minum air masak eh. Ramai yang sakit sebab cuaca yang tak menentu sekarang niee.


Haaa, YY bukan sesaje tanya pasal kesihatan korang . Nie nak habaq mai citer pasal ibu YY yang ada masalah dengan kesihatan jugak . Sape yang kenal ngan ibu YY, memang jenis yang tak duduk diam. Ada jer keje yang dia nak buat. Bukan setakat keje , berjalan pun rajin gak . Bila cuti jer, ada jer lah agenda yang kitaorg plan. Macam window shopping ke , tengok wayang ke , lepak taman ke, janji ada jer aktiviti kan.


So, one day nie ibu selalu complaint sakit lutut. YY ingat kan sebab faktor usia dan ibu kan kuat keje dan berjalan. Tapi makin hari YY tengok macam makin teruk jer. Sian plak tengok ibu selalu jer mengadu sakit lutut bila berjalan. Bila dah sakit, banyak lah aktiviti yang terbatas dan payah nak buat . Ibu macam jadi malas nak bergerak. Kalau boleh nak duduk jer, sebab sakit kan. Alaaah, kalau kita sakit pun mesti kita jadi malas nak buat apa2. Feel tue YY dah pernah rasa . Jadi macam kesian sangat kat ibu, sebab banyak benda yang terbatas akibat dari sakit lutut. Bak kata orang “ minyak lutut habis tue “ , bahasa org bukan dari bidang perubatan.



CIMG2074

Ibu Happy , boleh jalan sakan.



Eh , lupa plak . Bukan setakat sakit lutut tau . Bahu pun ibu rasa sakit gak. Maybe lah sebab ibu kan buat kuih untuk kantin sekolah. Ini aktiviti yang memang kitaorg adik badik larang ibu buat, tapi dia nak buat gak lepas arwah ayah meninggal . Macam biasa, ibu degil x reti duduk diam. Now dah sakit lutut dan sakit bahu baru lah rasa nak rest kan. Bab berjalan time cuti2 memang jadi terbatas habis. Nak berjalan pun boleh kejap-kejap jer sebab sakit . Naik tangga lagi lah, makan masa sangat sebab naik jap, berenti , naik jap berenti sampai ibu macam fobia nak naik tangga. Angkat berat pun x boleh , hishhh senang kata sebab kan sakit lutut dan bahu banyak keje dah x boleh buat.



Then apa lagi pi farmasi lah, cari ubat yang sesuai dengan apa yang ibu sedang alami. Jadi Farmasi cadangkan gunakan produk Live Well - OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN . Nak baik punya pasal, mari ikut kata farmasi . Bak kata Pakar farmasi Live Well memang sesuai sangat dengan masalah yang ibu sedang alami. Jadi , mari kita cuba dulu.



So, hasil nya selepas 2 bulan ibu menggunakan Live Well . Segala masalah kesakitan ibu di lutut dan bahu menjadi semakin hilang. Ibu dah boleh senyum lebar sebab past nie dah boleh mulakan balik aktiviti yang tergendala akibat daripada sakit lutut dan bahu . Kebetulan lagi 2 minggu memang YY nak bawak ibu berjalan ke Bandung untuk shopping, arghhh tak sabar nya. Terima Kasih banyak kat Live Well - OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN sebab selesaikan masalah kesakitan ibu YY . Syukur , alhamdulillah dengan izin Allah semua nya ok.






Haa, korang nak tahu apa kelebihan Live Well - OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN . 

Diantaranya :

* Melegakan sakit sendi
* merawat osteoartritis
* mengurangkan kekejangan
* mengurangkan keradangan
* Membina semula dan pembaikan tulang rawan
* Melincirkan pergerakan sendi
* Menggalakkan kesihatan sendi
* Meningkatkan mobiliti
* Meningkatkan fleksibiliti



See, banyak kan kelebihan yang ada pada produk Live Well nie. Cara makan pun senang jer
Untuk Osteoartritis ringan:
1 kapsul dua kali sehari (sekurang-kurangnya 2-3 bulan), 15 minit sebelum makan



Untuk sederhana ke Osteoartritis teruk:
2 kapsul dua kali sehari (sekurang-kurangnya 2-3 bulan), 15 minit sebelum makan



Untuk penjagaan sepanjang masa ( maintain ):
1 kapsul dua kali sehari, 15 minit sebelum makan



Mana nak dapat ? alaaah banyak farmasi ada jual produk Live Well nie . Antaranya di :




Haaaa, muka Ibu YY ada senyum . Dah tak sabar – sabar tue nak bershopping di Bandung nanti. Maklum lah lutut ngan bahu dah baik kan. Now , ibu still maintain makan Live Well untuk penjagaan sepanjang masa . Tak nak sejarah berulang , gitueee . Bila sape yang pernah rasa kesakitan, amat lah menghargai masa sihat kan.



P/S : Macam YY pun dah kena makan supplement untuk kesihatan lah .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah