Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pameran Pengantin Malaysia anjuran Urban Vibe


Assalammualaikum,


Dedulu masa nak buat persiapan kawin , memang YY rajin bebenor ke Pameran Pengantin , or karnival yang melibatkan kawin – kawin nie. Maklum lah , senang kan semua benda ada dalam satu bumbung . Tak yah pepening nak fikir . Tambahan banyak jugak pakej jimat dan menarik .



So, untuk Majlis Kawin akan datang . Eh, bukan YY yang nak kawin lagik,  Tapi In Sha Allah, adik YY yang akan melangsungkan perkahwinan tahun depan . Biasalah, bila nak kawin persiapan kena awal. Setahun sebelum gitueee. Senang nak buat budget dan kumpul duit apa yang patut lah .



Kebetulan baru – baru nie ada pameran pengantin kat Mid Valley . YY apa lagik, sebagai kakak yang sulung pun terhegeh – hegeh lah nak ikut . En. Suami pulak kena keje, tak kan nak duk umah kan . Mari kita angkut Qaireen sekali . Kita jengjalan kat MidValley .



Pameran Pengantin

Qaireen seronok tido dalam stroller



Apa yang dihajat kat Pameran Pengantin , terlaksana sudah . Adik YY amik Full Pakej terus , dah ada All in . Pakej dari CT3 Catering & Canopy . Nie Catering yang sama YY gunakan perkhidmatannya masa Majlis Kawin YY dulu . Senang gunakan perkhidmatan orang yang kita dah kenal . Cuma masa YY amik Catering jer , tang adik YY nie amik semua, takyah nak fikir banyak dah .




Pakej Murah Kawin

Full Package Majlis Perkahwinan Khemah or Dewan




Masa YY kat Pameran Pengantin , ada ceramah dari Ustaz Don berkenaan perkahwinan . Respek giler YY dengan Ustaz Don , sambil ceramah siap dukung anak lagi . Then , bila dia nak balik , YY tengok semua barang dia pegang . Dah ler dukung anak , barang baby pun dia yang bawak . Wife dia bawak badan ngan handbag jer . Salute arrr, memang gentlemen habis .




Pakej Perkahwinan Murah

Ustaz Don & Soal Jawab Berkenaan Perkahwinan




Sebelum balik, kitaorang singgah lah kat Aeon Big, konon nak beli air. Kitaorang memang dah kenyang sebab sebelum ke MidValley siap makan kat Kampung Baru . Tapi , setelah ternampak orang kat meja sebelah makan Mee Goreng nampak sedap , kenyang pun kitaorang order gak satu . Nak rasa katanya . Sepinggan share 4 orang . Mesraaa gituee. tapi memang sedap pun Mee Goreng kat Aeon Big nie, di masak panas – panas kan . Jangan korang tak tau , now kat dalam Aeon Big dah ada tempat korang boleh makan tau , bukan setakat shopping jer .



Mee Goreng Sedap

Mee Goreng di Aeon Big – RM 5.90





p/s : Tik Tok Tik Tok dah nak setahun YY di alam rumahtangga.





Geran Kereta Hilang



Assalammualaikum,



Bila kereta excident , banyak lah benda yang nak kena uruskan . Tambahan plak YY nak claim insurance . Sebabnya , kereta vios yang di langgar tue memang nak claim insurance YY walaupun keretanya tak berapa nak cedera parah . Tapi nak buat camne, dah memang salah YY kan, pi cium bontot kete dia sape suruh.



So, urusan nak claim insurance nie, kena ada copy ic , copy lesen , cover note insurance dan salinan geran kereta . Nak jadi citer , geran kereta boleh hilang pulak . Lupa sudah letak mana. Salinan yang ada pada YY plak, ada belah depan jer . Side belakang xde copy . Memang terbantut lah urusan nak claim insurance .



Nak tak nak kena lah menerjah ke JPJ untuk buat geran baru . Rupanya senang bebenor nak dapatkan geran baru . Cuma masa diperlukan untuk buat urusan.



Dokumen yang diperlukan untuk membuat Geran Kereta yang Hilang di JPJ .


  1. Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  3. Kad Pengenalan diri asal dan Salinan Pemilik .
  4. Bayaran yang telah ditetapkan ( RM50 untuk kereta )

Pergi jer memana JPJ , tak kira lah Ibu Pejabat Utama atau UTC . Tapi nasihat YY, Kalau korang pi UTC, Pastikan pegawai tertinggi diorang ada . Jadi macam kes YY , beria nie pergi kat UTC Sentul . Punya lama tunggu , sekali takleh nak buat sebab pegawai atasan takde nak sign borang . Ce bagi tau awal – awal atau tampal kat pintu bagitau yang ada urusan tertentu yang tak dapat diuruskan . Takde lah kita nie menunggu lama, tapi sia – sia tak leh nak buat urusan .


Nasib baik lah sempat berkejaran ke JPJ Wangsa Maju . Sebab YY memang tak leh nak tangguh lagi , selagi takde salinan geran , kereta tak leh nak buat . Patah kaki wooo kete takde . banyak urusan tergendala .



Eh Jap , nak bagitau korang etika berpakaian buat urusan di JPJ. Tak leh pakai seluar pendek atas dari lutut , baju takde lengan dan Selipar Bodoh . Sure korang tak leh masuk nanti . Pakaian kena sopan dan bersesuaian . Nak jadi citer , time YY pergi ada sorang lelaki nie mengamok sebab tak dapat masuk . Dia pakai seluar pendek . Kemain Mak Cik Rela yang jaga pintu masuk tue , garang uolsss. Lelaki tue bising – bising , mak cik rela nak report polis .


Alah, mana – mana pejabat kerajaan kalau nak buat urusan , memang kena ada etika berpakaian . jangan main redah jer .



P/S : past nie, simpan geran lek lok eh .




Blog O’Rama Libur buat Blogger Suka Melancong


Assalammualaikum,



Semua orang suka travel kan . YY pun sama , suka sangat kalau dapat berjalan . Tengok negeri orang , budaya orang , makanan orang . Setiap tempat ada kisah tersendiri . Seronok berganda kalau dapat travel merata .



Now, cerita travel korang tidak perlu di pendam dan di simpan sendiri . Majalah Libur akan mewujudkan satu kolum khas yang di beri nama Blog O’Rama . Blog O' Rama merupakan kolum khas untuk memperkenalkan penulis-penulis blog yang aktif dalam menyediakan informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan yang menarik serta platfom penulisan blog yang berasaskan ' Pelancongan & Gaya Hidup’.



Blog O Rama Libur




Bermula pada Januari 2015, pihak editorial LIBUR akan memilih dua blog yang menarik untuk diperkenalkan kepada pembaca, sekaligus menjadi Blog 0' Rama pilihan Majalah LIBUR. Pengisian sebanyak 16 muka surat untuk ruangan ini meliputi rebiu blog-blog yang menarik, artikel percutian yang disumbangkan blogger dan temubual bersama blogger.



Blog O Rama Libur




Objektif Blog O’Rama adalah sebagai platform untuk blogger mengasah bakat penulisan secara secara formal. Bukan sahaja mengetengahkan blogger-blogger ‘otai’ dan juga bakat-bakat baru, mereka yang terpilih dalam Blog O’ Rama LIBUR juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama Majalah LIBUR.




Blog O Rama Libur



Terima Kasih Team Libur kerana memberikan cenderahati sempena pelancaran kolum Blog O’Rama . Moga kita akan dapat bekerjasama suatu hari nanti .



Blog O Rama Libur



Mereka yang terpilih juga berpeluang untuk berkongsi artikel-artikel yang menarik di dalam majalah LIBUR, menyertai pelbagai aktiviti anjuran Majalah LIBUR bersama blogger seperti bengkel fotografi dan penulisan.




IMG_6204[1]




Jika korang ingin menjadi sebahagian daripada BLOG O’ RAMA pilihan LIBUR, hantarkan penyertaan dan pautan blog korang kepada ahmad.syahir@karangkraf.com



p/s : Tahun depan nak melancong ngan anak pulak .




Baby Wrap Cara Senang Bawak Baby Berjalan


Assalammualaikum,



Bila dah ada baby nie, ada masa kita perlu berfikir secara pantas untuk menyelesaikan satu-satu hal . Contohnya bila kena pergo shopping barang dapur berdua dengan Qaireen . Mana nak tolak stroller , mana nak tolak troli shopping . Agak kepayahan di situ yerrr.



Kebetulan pulak kakak ipar memang ada belikan baby carrier , cuma YY x sampai hati nak bawak Qaireen sebab peringkat usia dia Baby Carrier tue kena bawak secara baring. Jadi , YY berkenan sungguh dengan baby wrap . Gigih mencarik baby wrap yang mampu dimiliki .




baby-carriers-lifestyle

Contoh Gambar Ehsan Google bawak cara baby baring.




Survey punya survey , YY berkenan nak beli Boba Baby Wrap . Ada beberapa pilihan warna , so YY beli color hijau . Macam sesuai color tue dengan kerjaya En. Suami . Eh, apa kena – mengena ngan abah kan , padahal ibu yang nak kendong awak nanti. Nampak, ibu pun drama gak macam awak Qaireen .



Boba Baby Wrap

Nampak, Qaireen kalau dalam Baby Wrap dia bantai tido jer .





Bila ada baby wrap nie senang lah YY nak buat keje sambil kendong Qaireen . Ada sekali tue, YY nak pi pasar malam , cam biasa xde sape nak jaga Qaireen. Kena lah angkut sekali . Kebetulan plak Qaireen tido, x sampai hati plak takut terjaga . Qaireen pulak kalau duduk dalam Baby Wrap, memang tido sesaja. Kemain nyenyak , mybe dia rasa cam duk dalam perut lagi kot .




Boba Baby Wrap

Adik YY Kendong Qaireen




Bukan setakat YY , ibu pun kalau nak g melepak ngan geng surau dia, bawak Qaireen memang guna baby wrap lah. Yang suweeet nya bila orang ingat ibu mengandung , sebab memang nampak macam tue pun, tapi bila nampak kepala baby, semua terkejut . Muhahhahaha. Eh, ada baby laaaaah . Adik YY , Kak Lang pun suka kendong Qaireen dengan Boba Baby Wrap . Selesa katanya , siap pi makan kat kedai yang super busy dengan panas lagi relax jer kendong Qaireen yang nyenyak tido .




Boba Baby Wrap

Kitaorang nak berdating jap




Harga Boba Baby Wrap nie RM 170. Senang nak pakai . Baby pun nyenyak jer tido . Nak g shopping lepas nie pun mudah .





p/s : Baby Wrap nie memula macam susah jer nak pakai, lelama nanti ok lah .







Yuen Steamboat Makan Besar Sebelum Bersalin


Assalammualaikum,



Citer nie beberapa hari sebelum YY bersalin  . Tetiba baru rasa nak citer.  YY kan memang suka makan steamboat , so BFF dah plan nak melantak sampai lebam sebelum YY bersalin di Yuen Steamboat . Sebelum nie Yuen kat Bandar Sunway , tapi sejak dah pindah kat Belakang Paradigm Mall memang YY tak pernah pi lagi .



Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall

Tembam nya YY , Masa nie dah tunggu hari



Plan nya hari keje sebab weekend memasing bz. Lepas keje , semua janji kat Yuen terus . Senang memasing dari opis kan . Kebetulan YY ngan Ayu sampai dulu . Tempat memang Kak B dah book awal – awal . Maklum lah , dia macam ada share ngan Yuen nie, pelanggan setia kot . Sampai semua staff Yuen dah kenal dia . Tambahan plak, Kak B memang expert giler bab kejar Chicken Wings. Maklum lah, disediakan panas- panas , bila chicken wing keluar jer , memang customer dah menunggu . Kak B pakar dalam berebut dulu. Muhahahhaha.



Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall

Tengah kusyuk makan




Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall

Muka terkejut Ani bawak bunga




Bila semua dah sampai , mula lah sessi makan sampai lebam . Kat Yuen YY paling suka Chicken Wing dengan tauhu kering bulat2 dia . Tauhu tue, bila dah di steamboat kan , memang sedap uolsssss. Kebanyakan steamboat yang YY pi , memang takde Tauhu bulat2 tue . Ani cam biasa datang lambat sikit , busy women katakan . Tapi lambat dia dengan surprise . Siap bawak bunga uolsss, kebetulan masa tue kan bulan Oktober . Jatuh besday Angah Nanie ngan Acu Faz . Kitaorang yang tak dapat bunga pun teruja sama .



Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall

nampak tak yang bulat – bulat tue, itu lah tauhu kering yang sedap giler tueee.




Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall

Acu Faz ( 21.10. ) dan Angah Nanie ( 1.10.)




Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall

Apa kes Faizal menyorok pulak tuee.


Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall

Selamat hari Lahir Acu






Bukan setakat kejutan bunga tau , Kak B plak bawak kek . Besday gurl malu – malu plak bila kitaorang nyanyi beria , siap suh tiup lilin lagi. Sedar tak sedar dah berejam kitaorang lepak kat Yuen Steamboat sambil boraking dan gosiping . Masa untuk balik , dah malam bebenor uolsss.  Yang pasti , kitaorang akan terjah Yuen lagi selepas nie .



Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall  Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall

kemain memasing happy face




Yuen Steamboat Zenith Corporate Park Paradigm Mall

Gambar atas di Yuen Steamboat Bandar Sunway –2013


Gambar bawah di Yuen Steamboat Paradigm Mall - 2014



Bab terknak lemak memang kitaorang suka bebenor . Makan macam takde hari esok dah . Korang kalau suka makan steamboat boleh terjah Yuen Steamboat . Memang terbaik . Kalau guna waze , korang taip jer Yuen Steamboat, comfirm sampai . Sebab masa pi , memang YY guna waze, sebab x pernah sampai yang kat Paradigm nie. Yang best nya, masa guna waze nie, dia boleh bawak ke jalan yang tak jem . Siap lalu kawasan perumahan lagi . Bayangkan , YY dari KL lalu LDP boleh sampai dulu dari yang duk keje dekat PJ . Semuanya kerana Waze. 




Price (Tidak termasuk CHINESE TEA / WATER)

RM29.50 – For Adults/Children above 150cm height

RM15.00 – For Children between 131cm and 150cm

RM8.00 – For Children between 96cm and 130cm




Yuen Steamboat

8G, Block A, (same row as Cosway at the car park entrance),

Zenith Corporate Park (behind Paradigm Mall),

Jalan SS7/26 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya

GPS Coordinates: 3.104922, 101.592366



Untuk Tempahan : 012-2998463 or 016-2086678




P/S : Puas hati dapat makan besar sebelum bersalin





Diari Seorang Ibu : Dah pandai membebel ,…


Assalammualaikum,


En. Suami sekarang outstation lebih kurang seminggu . Tinggal lah YY berdua dengan Qaireen . Sebabkan teknologi dah canggih , bila free jer En. Suami mesti buat video call. Nak borak ngan anak, ngan ibunya tak heran pun . Sentap tau . Gedixs lah nak sentap bagai kan .



Video call

 Bla,...Blaaaa,... Blaaa...



Kemain tau Qaireen dah pandai borak . Membebel bahasa baby . Yang Abah nya melayan jer lah . YY memang dah hari – hari duk melayan dia . Ada jer benda nak borak , sampai muncung – muncung bibir. Alahai, bijak sungguh anak ibu ngan abah kan . Kekadang borak sampai gaduh- gaduh . Hahhahaha, nampak ibu plak drama queen . Konon tak puas hati ngan citer Qaireen . Korang kena faham , bergaduh dengan bahasa baby sangat lah mencabar . Kita buat - buat faham jer lah tengok reaksi muka dia . 




P/S : Seronok tengok ragam anak .




Excident daaaa,…


Assalammualaikum,



Last week YY ada Food Review kat Shah Alam yang nak kena attend . Food Review kul 12.30tgh, so dalam pukul 11.00pagi YY keluar rumah . Bawak ibu ngan Qaireen . Masa keluar Qaireen tido, so ibu pakai Baby Wrap untuk Qaireen .



Dalam perjalanan, lalu Federal Highway benda yang tak di jangka jadi . YY excident langgar kereta depan . Masa tue terkejut giler. YY terus tengok anak kat sebelah . Nasib lah Qaireen dalam bedung ibu . Semua gegara kete depan break emergency , YY plak tak sempat nak break habis cium bontot kete Vios. Ya Allah, masa nie YY siap menggigil kot . Terkejut giler . Dah ler kat lane paling kanan . Jadi dari  berbincang kat tgh jalan dalam panas, kitaorang decide ke bus stop kat stesen LRT Putra Universiti .



YY bawak gak kete dengan berbunyi bagai sebab bumper terlekat kat tayar masa nak ke bus stop tue . Jadi bila bawak kete tue ada bunyi kuat gak lah . Lepas bincang kitaorang decide nak buat report jer , tapi dedua blur nak pi balai mana . Oh lupa nak citer , kete Vios yang YY langgar tue seorang perempuan Cina . Lebih kurang baya YY jer . Dia siap call kenalan nak tanya pi balai mana . Dan YY pun tanya pegawai kat opis nak pi balai mana. Semua duk cakap pi  balai PJ. Tapi YY macam was – was plak nak ke balai PJ, rasa cam jauh plak . Lagi satu kang tak memasal kena pi sana sini kalau silap tempat.



Kemalangan Claim Insurance

Kereta yang YY langgar



Yang geramnya, saat genting nie lah call En. Suami tak angkat . Haissshhh, time camnie pulak dia x dapat dikesan . Lepas sejam camtuee, baru En. Suami call balik. Punya lah dia terkejut , tapi awal – awal lagi YY dah bagitau semua selamat , kereta jer teruk . Bila YY tanya nak kena g balai mana , En. Suami pun tak sure. Then pemilik Vios kata bukan PJ, dia dapat info kena pi balai kat KL. Cuma dia tak pasti kat mana.



Kemalangan Claim Insurance

Nak tertanggal dah bumper



Kemalangan Claim Insurance

Part nie yang melekat kat tayar tue.



Tak lama lepas tue, En. Suami call balik bagitau abang ipar bagi tau suh g Balai Polis Trafik Jalan Bandar . Allah, punya lah sengal YY boleh tak terfikir balai Jalan Bandar tue. Tapi, nak pi camne sebab bumper melekat kat tayar . YY berusaha duk tarik tapi kederat perempuan mana nak daya . YY call pakcik mintak tolong. Sebab dia tak jauh pun dari tempat kejadian . Dia datang , kepak kan bumper sekejap jer dah ok x melekat dah .




Then kitaorang sesama pi Balai Jalan Bandar buat report . Kalau ikut kes , comfirm lah YY yang salah sebab langgar belakang kan . Nak buat camne, benda dah nak jadi . Nasib kami tak apa – apa . Kereta jer lah nak kena hantar bengkel . Nasib lah ada dapat kete ganti sementara kete di repair . Kalau tak , mahu patah kaki . Sebab itu jer lah kenderaan kami laki bini .



Tak jadi lah YY ke Food review , tapi sempat lagi YY ke Event lain yang YY dah janji lepas tue . Tak sangka ramai betul peminat masa kat Balai Trafik . Orang insurance , Orang Bengkel duk ikut jer YY . Semua nak offer service memasing . Sampai kan YY ke Toilet pun diorang sanggup tunggu depan toilet . Seriau gak . 





P/S : Lepas Excident , macam ada risau bila bawak kete .



Diari Seorang Ibu : Qaireen Drama Queen


Assalammualaikum,



Kejap jer rasa Nur Qaireen Iman dah masuk 2 bulan setengah . X lama dah ibu dia nak naik keje dah . Memula rasa cam lama jer cuti bersalin 3 bulan . Tapi sebenarnya kejap bebenor . Sebenarnya nak citer pasal cucuk 2 bulan . Qaireen dah mula dengan perangai drama queen nya.



Ok, dulu cucuk sebulan buat kat KK Kajang. Maklum lah berpantang kat sana kan . So, bila cucuk 2 bulan nie kena buat kat KK Sri Rampai  sebab dah balik ke pangkal jalan . Dapat appoinment kul 10.00pagi . Oleh sebab abahnya Outstation, YY angkut ibu temankan . Sampai jer , kena lah daftar dulu . Sekali kaunter daftar tanya surat beranak . Alamak , masalah tul . YY lupa bawak . So, balik rumah kejap tinggal kan Qaireen ngan ibu untuk amik Surat Beranak . Maklum lah, My Kid tak siap lagi .



Cam biasa lah, kalau kat KK . Appoinment jer kata jer 10.00pagi . Pukul 12.30tgh baru nama Qaireen di panggil untuk timbang . 2 Bulan berat Qaireen 4.9kg. Ok lah tue kan , naik sekilo dari timbang sebulan dulu . Lepas tue tunggu lagi . Dalam setengah jam camtue baru jumpa nurse. Bila dah di interbiu semua, maklum lah pestime kat KK Sri Rampai , so banyak lah soalan kan baru nak cucuk.



Cucuk Baby 1 2 3 bulan di Klinik  Cucuk Baby 1 2 3 bulan di Klinik

kemain mengadu apa lah tue, tau lah abah baru balik keje.



Sebelum cucuk , nurse check suhu dulu . Sebab dah di beri amaran awal  yang cucuk 2 bulan akan buat baby demam. Jadi, xnak lah baby yang demam, di cucuk kang melarat pulak . Nak jadi citer suhu Qaireen 37.2 . Suhu tue dah tanda – tanda demam. Kesimpulan nya tak boleh lah nak cucuk . Nurse bagi date lagi 2 minggu untuk datang cucuk sahaja . So, tarikh untuk cucuk 3 bulan terpaksa lewat sikit lah kan .



Balik rumah memang YY x puas hati lah kan . Sebab rasa nya macam Qaireen tak demam . Dah ler nurse siap bagi ubat demam, tak berani pulak YY nak bagi Qaireen minum . So, YY check balik suhu Qaireen .Dan hasilnya 36 . Amboiii, drama sangat kan anak ibu . Punya takut nak kena cucuk sampai suhu naik . Nak tak nak , terpaksa lah tunggu lagi 2 minggu untuk di cucuk . Harap masa tue , Qaireen sihat .



Cucuk Baby 1 2 3 bulan di Klinik  Cucuk Baby 1 2 3 bulan di Klinik

Gaya bebas , tido pun kemain lasak.



Memang Qaireen sekarang banyak lakonan . Antara nya nangis kuat – kuat sebab nak kita angkat dia . Bila pegang kemain lagi diam, siap boleh gelak – gelak lagi . Now YY memang dah boleh baca tangisan drama dia atau memang betul – betul sedih . Ragam Qaireen memang buat YY senyum, macam tengok diri sendiri plak. Hahhahahaha.





P/S : Ye ke cucuk 2 bulan baby akan demam ??





Diari seorang ibu : Tahnik @ Belah Mulut Qaireen


Assalammualaikum,


Korang tau tak apa tue Tahnik . Bahasa kampungnya belah mulut . YY memula tak tau gak , tapi lepas dengar ceramah baru YY tahu apa itu Tahnik . Tahnik ataupun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Nabi saw yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir.


Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan akan disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam . Ia boleh dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan, kerana anak-anak yang lahir di zaman Nabi Muhammad saw membawa anak-anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh baginda.

Di antara hikmahnya ialah:-

  • menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu.
  • dan dapat mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah-mudahan kanak-kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa.

Ia sunat dilakukan dengan buah kurma kerana mengikut amalan Nabi saw dan jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan-makanan lembut yang manis. Elakkan menggunakan makanan yang dimasak.



Tahnik @ Belah Mulut

BFF yang datang ke Majlis Kesyukuran untuk Qaireen



So, YY memang dah berniat nak buat Tahnik bila baby dah lahir . Alang – alang ibu nak buat kenduri , tumpang lah sekali . Lagi pun , ibu yang tak tau pasal tahnik beria citer kat YY ada ustaz nak Tahnik kan Qaireen . Eh, macam tau – tau jer . Ibu siap tanya YY lagi tahnik tue apa , maklum lah zaman kitaorang kekechik dulu mana nak ada .




Masa ustaz duk tahnik kan Qaireen , ramai betul penonton. Rupanya ramai dikalangan jiran – jiran dan sedara – mara sendiri tak pernah tgk amalan Tahnik nie . YY pun teruja gak . Dengan menggunakan kurma , madu dan air zam – zam yang di masukkan ke dalam mulut baby . Sambil tue ada lah doa yang ustaz baca , siap sebut nama baby lagi .



Video ustaz Tahnik kan Nur Qaireen Iman


Abah lah yang pegang Qaireen, di tonton oleh pakcik – pakcik cilik Qaireen



Tahnik nie seelok-eloknya dilakukan oleh orang alim atau ustaz . Lagi bagus kalau tak merokok . Yer lah , kalau korang tengok video yang YY rakam masa Qaireen di Tahnik, mesti korang faham maksud YY . Lepas Tahnik kan Qaireen, ada beberapa pakcik mintak ustaz buatkan pada cucu diorang . Kebetulan pulak kawasan rumah YY memang ramai gak yang baru bersalin .



Tahnik @ Belah Mulut



Masa YY kat ward masa lepas bersalin kan Qaireen , orang katil depan YY awal – awal lagi dah tahnik kan baby nya . Ada sorang Ustaz nie siap datang kat hospital lagi . So, lepas nie boleh lah korang tahnik kan baby korang kan .




Tahnik @ Belah Mulut

Adik Bongsu YY , First Time dukung Baby Smile




p/s : adakah sebab bertahnik, Qaireen kuat betul membebel sekarang . Walaupun x faham bahasa baby .

Kit Kat Rubies Cair di Mulut , Lekat di Hati .


Assalammualaikum,


Baru – Baru nie YY berpeluang join aktiviti lepaking dengan team dari Nestle Malaysia . Kira macam sessi berkenalan di antara pihak Nestle dan Blogger . Kebetulan plak En. Suami pun cuti . YY angkut lah sekali , siap bawak Baby NQI .



Kit kat Rubies



Kit Kat Rubies

Kreatif kan slide tu, ada header setiap blogger yang join lepaking nie.

Kit Kat Rubies
Barisan blogger boboi

Kit Kat Rubies
kita Makan duluuuu

Secara eksklusif nya kitaorang menjadi orang pertama yang merasa Coklat Terbaru Kit Kat iaitu Kit kat Rubies . Tengok kotak pun dah terpesona . Apatah lagi rasa nya kan . Sape yang tak suka coklat kan . Kelainan yang terdapat pada Kit Kat Rubies adalah krim trufel coklat yang dihasilkan daripada beberapa ramuan bahan terbaik yang didatangkan khas dari Sepanyol .

Kit Kat Rubies

Setiap kotak ada 11.2gram x 20 biji Kit Kat Rubies . Kotak yang menarik , sesuai sangat kalau korang nak bagi hadiah kat kengkawan . Nak buat hantaran tunang or kawin pun boleh sangat .

Kit Kat Rubies

Kit Kat Rubies

Kit Kat Rubies berinti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang rangup, dan kepingan-kepingan kacang hazel yang disalut dalam gilapan coklat susu yang halus.

Kit Kat Rubies

Bakal berada dipasaran hujung Disember 2014 , dengan harga RM 35.90 . Korang wajib beli bila dah jual nanti eh . Terima Kasih kepada pihak Nestle Malaysia sebab bagi YY jadi orang terawal yang dapat merasa Kit Kat Rubies . Seronok dapat jumpa kengkawan selepas cuti lama gak dalam dunia blogging kerana berpantang .

Kit Kat Rubies
Kifli Mally , Yuyu Zulaikha , Kak Red Mummy , YY

Kit Kat Rubies  Kit Kat Rubies
YY bersama Cik Lily Putih dan Kak Red Mummy

Kit Kat Rubies
Baby Habib bersama Ibu nya Yuyu Zulaikha
Habib dan Qaireen sebaya . Beza 3 hari jer usia diorang . Sok leh sesama jadi blogger gak eh .

Kit Kat Rubies
credit picture to : Tiancad

Terima Kasih Nestle Malaysia .

Kit Kat Rubies


P/S : Makan coklat hati ceria.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah