Assalammualaikum,
Kisah nyer bermula bila YY dapat jemputan dari Air Asia untuk menyertai Kelantan Homestay Bike Ride. Khas untuk Blogger Community Air Asia. Giler tak teruja uolsss, dapar join program Tourism. Last year memang banyak yang YY join, cuma tahun nie jer kurang sebab nak ‘simpan cuti’.
Pepagi lagi YY dah terpacak kat LCCT , urusan untuk ke Kelantan di uruskan oleh staff dari Air Asia sendiri. Terima Kasih AA sebab sponsor tiket pergi dan balik YY ke Kelantan. Sampai jer Lapangan terbang Sultan Ismail Petra, kami 8 orang media dari KL di sambut oleh Tourism Kelantan . Bermula lah 4 hari YY menjelajah Kelantan bersama Tourism Kelantan .
Sesampai jer, kami dibawa menjamu selera makan tengahari di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kampung Kraftangan Kelantan . Menu spesial di Nasi Ulam Cikgu ialah ikan patin masak asam , Ikan Keli goreng dan ayam goreng rangup. Sumpaaah tak tipu sedai wei 3 menu utama nie. Makan plak dengan budu, fuhh !!! memang mintak tambah lah gamaknya.
Budu + Tempoyak = Sedap
Ikan Patin Masak Asam
Ikan Keli Goreng
Ayam Goreng Rangup
Siap ada ulam - ulaman
Restoran Nasi Ulam Cikgu
Kampung Kraftangan,
Jalan Hilir Kota ,
Kota Bharu , Kelantan.
Tel : 019-9466665 , 018-9042345
Perut dah kenyang kan, so kitaorang pun teruslah ke Hotel Penginapan untuk malam pertama iaitu Hotel Crown Garden . Hotel budget yang agak popular buat masa kini di Kota Bharu . Menyediakan 8 jenis dari bilik standard hingga Executive Suite dengan harga antara RM 220 – RM 615 . Tarikan istimewa yang berhampiran dengan Hotel Crown Garden nie seperti Istana Balai Besar , Pasar Siti Khadijah , Perkampungan Handicraft , Bazaar Buluh Kubu , Cultural Centre , State Museum , War Museum , Royal Museum dan Masjid Al-Muhammadi .
CROWN GARDEN HOTEL
pt 302 & 303 ,
Jalan Kebun Sultan ,
15300 Kota Bharu , Kelantan .
Tel : 09 – 7432228
Website : www.crowngardenhotel.com
Lepas check in, ada sessi taklimat bersama dengan Timbalan Pengarah Tourism Kelantan . Selesai taklimat, apa lgi minum petang pulak lah. Ada pelbagai kuih tradisi kelantan disediakan.
En. Kamal Timbalan Pengarah Tourism Kelantan
memberi taklimat kepada peserta Kelantan Bike Ride
Kuih – Muih Tradisional.
Then kami menuju pulak ke Pantai Cahaya Bulan dengan menaiki combi dari Volkswagen . First Time YY naik kenderaan comel nie. YY tak sempat plak tanya nape nama nya ‘combi’ . Kat Pantai Cahaya Bulan kami mencuba plak ‘colek’ dan air kelapa. Menikmati hidangan di tepi pantai, nyaman sungguh. ‘Colek’ nie bagi YY sama macam rojak Singapore or Pasembor cuma di makan dengan mecolek sambal manis.
Menuju ke Pantai Cahaya Bulan dengan menaiki Combi
Comelkan Combi Volkwagen yang bawa kitaorang ke Pantai Cahaya Bulan
Ini lah Colek, Macam Rojak Singapore.
Nampak tak, baru beberapa jam sampai kelantan dah banyak yang YY makan. Perut rasa nak malatop dah. Dari Pantai Cahaya Bulan balik semula ke hotel untuk bersiap plak ke makan malam di Min House Camp, Kubang Kerian. Malam pertama, makan malam kami ada lah Nasi Kerabu , Pulut Ikan Masin dan yang paling unik adalah nasi tumpang . Nasi Tumpang adalah nasi yang di balut dengan Daun Pisang, termasuk sambal udang dan serunding. Sedap, menarik dan Unit.
Inilah Nasi Tumpang, Dibalut Daun Pisang – Bila Buka Nasi yang di gulung dengan Sambal Udang dan Serunding.
Lupa lah nama makanan nie, sape tau sila komen eh ??
Nasi Kerabu sedap gilerrr
Settle makan malam, kami di bawa ke melihat kelip – kelip dengan menaiki bot dan mendengar taklimat tentang madu tualang yang terdapat di Min House Camp. Seharian memang makan sesaje. Buat masa nie, makanan emua sedap dan boleh diterima tekak YY. Sape kata makanan Kelantan memanis, so far ada jer YY jumpa yang pedas dan tak manis pun.
X dapat nak amik gambor Kelip – Kelip, bukan leh nampak pung dalam camera .
Nie lah Kelip – Kelip , ehsan Miss Google.
Madu Lebah Kelulut
Memasing duk cuba Madu Kelulut
MIN HOUSE CAMP
Lot 1287 , Kg Pulau , Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7652440 , 013 – 9225440
Detail : www.minkem.com
Happy Face – Day 1
Hari Pertama sampai Kelantan memang makan sesaje. Esoknya bermula lah aktiviti berbasikal kami di Homestay. Kelantan Bike Ride di mulakan dengan Homestay Sertepa. Y nie x mahir sangat bawak basikal, tapi boleh lah cuba. Tang bawak tue ok lah, cuma YY ada masalah bab nak berenti. Terkial – kial sebab kaki tak sampai nak jejak tanah.
P/S : Day 1 banyak makan sebab nak guna tenaga untuk berbasikal day 2.
wah!, happyney dapat jalan2x di negeri orang.
ReplyDeleteSEPANJANG FA belajaq 3tahun kat kelantan,baru hari ni FA tahu pasal taman kelip-kelip tu.hehehe
ReplyDeleteKuih putih berkuah santan gula merah itu adalah serabai..
ReplyDeleteHa'ah serabai namanya. Kuih tu manis sangat-sangat, kuahnya berlemak guna gula melaka. Memang sedap kalau makan sejuk2 keluar dari peti ais.
ReplyDelete