Assalammualaikum,
Kereta idaman, harus lah semua orang ada kete idaman kan. YY nie xde lah pandai sangat bab kete nie, tapi YY memang suka kete yang x berbentuk kete. Alaaah, korang faham kan. Maksud YY kete yang tinggi, kete kompak sebab YY nie tak berapa nak tinggi, agak tak puas nak bawak kete rendah2 nie.
We are ready to go with Honda Hybrid : Picture ehsan Shakiddo
So, kebetulan YY berpeluang memandu uji kereta Honda Jazz Hybrid , itu adalah peluang keemasan. Memandu uji Honda Jazz Hybrid dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak. Teruja dan seronok sangat. YY satu kereta dengan blogger Innanie Ariffin seorang bakal peguam yang comel . Sedang elok lah kan berdua, bak kata orang berdua lebih baik . Gitueee . Boleh kami tukar-tukar drive kalau rasa penat.
Tempat di tuju , Tesco Taman Teh Teng Seng Ipoh, sebab kat situ lah diakan road tour “The Honda Hybrid Family Road Trip 2013 “ . Sebelum nie diorang dah meronda ke beberapa negeri lain . Pepagi lagi kitaorang dah berkumpul di RnR Rawang maklum lah xtau jalan sangat ke Ipoh, so better kita convoy kan. Ada 3 jenis kete yang dipandu uji iaitu Honda Jazz, Honda CR-Z (manual), Honda CR-Z (automatic) dan Honda Civic .
Dah sampai Tesco Ipoh.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan di sepanjang road tour nie. Pengalaman memandu uji sendiri Honda Hybrid tak patut dilepaskan jika korang mencari kereta yang menjimatkan minyak . Korang faham tak kereta Hybrid nie camne . Kelebihan Honda Hybrid ini berbanding dengan sistem hybrid yang lain kerana ringkas dan menjimatkan petrol. Fungsi eco-scoring yang terdapat di dalam kereta Honda Hybrid banyak membantu pemandu memandu dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
Carta aktiviti yang patut dilalui pengalaman nya.
Zon Penemuan Hybrid
Aktiviti berbasikal untuk menguji Kelebihan Hybrid
Bila sorang jer yg mengayuh ibarat bekerja seorang, banyak tenaga di perlukan.
Bila 2 orang kayuh, ibarat 2 punca kuasa, enjin petrol menggunakan tenaga lebih rendah. Itu lah Hybrid.
Menguji cara pemanduan dalam usaha menjimatkan minyak.
Bagaimana Hybrid berfungsi.
Bila buat aktiviti nie baru YY faham apa itu Hybrid, Hybrid nie menggunakan kuasa Petrol dan Batery, Jadi pemanduan kita lagi menjimatkan minyak. Senang citer camginie lah, bila kita memandu dengan kelajuan yang maintain, lampu pada meter menunjukkan hijau, korang sedang menggunakan kuasa batery, dan sekiranya korang memandu dan lampu biru di paparkan, itu korang tengah guna kuasa petrol.
Nampak tak ? Kalau pemeanduan kita betul . Petrol dapat dijimatkan , Bila Kuasa batery digunakan.
Meter menunjukkan kuasa Petrol digunakan, dan batery sedang di charge.
So, korang faham lah kan tentang Hybrid nie. Sambung citer balik pasal Honday Hybrid Road Trip . Masa nie lah korang berpeluang melihat dan memandu uji Honda Hybrid seperti Honda Jazz , Honday Civic dan Honda C-RZ .
Honda C-RZ , merah menyala uolsss
Ramai pengunjung yang berminat nak kenal apa itu Honda Hybrid
Ada Game Booth jugak. dan pelbagai jualan di Road Trip nie.
Aktiviti untuk anak – anak pun ada.
Honda Jazz Hybrid ada ciri – ciri yang menarik dan menawan. Paling best bila seat nya boleh di lipat – lipat jika korang nak bawak banyak barang. Dan bonet pun leh tahan besar. Seuai untuk di jadikan family car.
Tempat duduk asal
Lipat seat ke atas
Lipat seat ke depan
Luas kan ??
Banyak lagi – ciri – ciri elegan yang terdapat kat Honda Jazz Hybrid. Menarik nya, bila guna sistem Hybrid, bila korang berenti kan kete, korang akan rasa cam enjin mati. Masa memula bawak cuak gak YY ingat enjin mati, tapi itu lah kelebihan Hybrid sebab masa berenti batery akan dicharge dan petrol di jimatkan. Bila korang tekan minyak, lepas break secara auto kete akan hidup kembali.
Butang Hijau ECON kena ON kalau nak aktif kan kuasa Hybrid
Korang nampak yang bentuk bunga tuee, itu lah level bagi pemanduan kita dengan ECO di ON , so YY berjaya dapat 4.5 , payah jugak nak capai sampai 5 markah penuh.
Dashboard atas bawah ada, banyak barang boleh letak.
Untuk Adjust Cermin sisi kiri dan kanan .
Bila dah sampai Ipoh, mari lah kita berjalan – jalan mencari makanan yang menjadi trademark buat warga Ipoh. YY memang awal – awal lagi nak ke Nasi Vanggey , yang menjadi makanan wajib cuba bagi sesape yang dah sampai Ipoh . Sedap weeei.
Punya ramai yang beratur nak Makan Nasi Vanggey
Sambal sebelah timun tue yg sedap sangat.
Nasi Vanggey – Yummeeeeeehhh
Kemain ramai makan kat Vanggey, beratur panjang.
Bukan setakat makan yang menarik kat Ipoh , ada jugak tempat yang sangat tenang yang korang boleh lawat dan lepaking di Ipoh. Taman Rekreasi Gunung Lang menjadi pilihan YY menghabiskan waktu petang di Ipoh. Korang boleh naik Bot x sampai 5 minit pn menyeberang tasik. Harga tiket bot cuma RM 3.00 dewasa.
Happy Face nak menerjah Keindahan Alam di Gunung Lang. Sinonim dengan Honda Hybrid Eco Sistem.
Bot yang disediakan untuk menyeberangi Tasik
Ready To Go
Seronok betul dapat jengjalan dan memandu Honda Jazz Hybrid. Sebenarnya korang pun berpeluang melakukan benda yang sama. Sebenarnya Honda Hybrid Road Trip diadakan selain untuk memperkenalkan secara lebih dekat sistem Honda Hybrid, ia juga menawarkan kepada yang berminat untuk membawa pulang kereta Honda Hybrid pilihan hati selama 3 hari 2 malam untuk diuji secara PINJAMAN.
Giler tak gilerr, boleh pinjam kete selama 3 hari. Korang boleh plan bercuti dengan yang tersayang. Pilih antara 3 keta Hybrid yang di sediakan. Semua detail ada kat Laman Web Honda Hybrid .
Terima Kasih Honda Malaysia kerna bagi peluang YY merasa sendiri pengalaman memandu uji kereta Hybrid. Ini pengalaman pertama YY memandu kereta yang ada Eco Sistem. Pemanduan lebih lancar dan menjimatkan.
YY dan Innanie seronok memandu Honda Jazz Hybrid.
LIKE FANPAGE HONDA MALAYSIA
Kalau nak tengok video di sepanjang Test Drive nie,
Boleh Jenguk ke InstaVideo YY
Kalau nak tengok video di sepanjang Test Drive nie,
Boleh Jenguk ke InstaVideo YY
P/S : Jom korang , rasai pengalaman pandu uji Honda Hybrid.
Memang terbaik lah!!! Suka dengan hybrid ni..
ReplyDeleteJimat minyak dan dapat kurang memberi kesan kepada alam sekitar.
ReplyDeletePeluang untuk menyakin bakal pembeli baru bahawa bukan retorik didalam katalog.
jimat minyak & kereta pun power :) the last time i drive honda jazz hybrid awesome
ReplyDeleteOOh. yang ni best. Saya dapat kereta Honda CR-Z, dapat guna 3 hari 2 malam. Memang lenjan kereta tu kena kerjakan hahah puas hati :)
ReplyDeletememang Honda Hybrid jimat minyakkkkk
ReplyDelete