Assalammualaikum,
Selamat bercuti sekolah uolsss, yang sekolah ler. Cam YY yang dah lebih 15 tahun tinggal kan sekolah pun rasa seronok gak bila ampai cuti sekolah. Sebab nya jalan tak sesak bila pepagi nak g keje. Leh arr kuar rumah lambat sikit bila g keje.
Bebel pulak kan, sebenarnya YY nak citer pasal Buffet Marathon sempena Krismas di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur . Dengan tema “A Glittering Christmas”, inilah masa korang nak lepak dengan yang tersayang sambil makan besar . Bertempat kat Chatz Brasserie pelbagai hidangan yang boleh korang nikmati.
Christmas Day Marathon Buffet Menu boleh di nikmati dari pukul 12.30pm – 10.00pm dengan bayaran RM108++/dewasa dan RM54++ / Kanak – kanak. Kira korang boleh makan, keluar gi jengjalan then sambung makan lagi. With in masa yang di berikan. See, memang terbaikk lah. Makan tanpa henti gituee.
Pelbagai jenis makanan yang ada, bukan setakat ayam turkey . Ada juga pilihan makanan Melayu , Cina , Dim Sum dan western . Desert pun semua enak – enak belaka. Baked Cheese Cake memang favourite YY lah.
Ada jugak disediakan makanan panas, macam Char Kueh Tiaw , Waffle Corner , Nasi Ayam dan Noodle Station. Pilihan air pun pelbagai antaranya Air Janda Pulang , Air mata kuching , Bandung Soya Bean dan Jus Mangga .
Ayam Belanda wajib masa krismas
Nampak, cam best jer , cam sedap jer. Memang sedap uolss. Nie baru sikit korang dah terliuq. So apa lagi, terjah lah Hotel Park Royal Krismas nie. Boleh makan sampai lebam tau.
Pilihan desert yang ada
Chef turun padang uolsss
A Glittering Christmas
Hotel Park Royal Kuala Lumpur
25 December 2013
12.30pm – 10.00pm
RM108++/dewasa
RM54++ /Kanak – kanak
Sebarang Maklumat Lanjut dan tempahan boleh hubungi talian 03-21470088
P/S : ini lah masa sesuai nak lepak ngan yang tersayang
uiii makanannn...
ReplyDeleteair janda pulang..
sesuatu sangat namenye kan..
kalu kat k.pilah pun glemer
air ni.. tapi sebutannya lain..
"air jando pulang" hahahaha..