Assalammualaikum,
Sape tak kenal dengan dato’ Khadijah Ibrahim. Selain menjadi penyanyi tersohor, beliau juga menceburi bidang makanan dengan membuka restoran. Restoran pertamanya dibuka pada 2008 dengan di beri nama Khadijah’s Kitchen yang terletak di Jalan Bukit, Petaling Jaya. Semua menu yang disediakan adalah resepi peribadi Dato’ Khadijah Ibrahim dan yang lebih menarik beliau sendiri yang memasak .
Kejutan di hari pelancaran Restoran oleh cucu-cucu Dato’ Khatty
Hasil dari penat lelah dan usha gigih , Dato’ Khadjah Ibrahim kini membuka sebuah lagi cawangan Khadijah’s Kitchen yang beroperasi di Jalan Genting Klang, setapak. Lebih dari 20 resepi boleh menjadi pilihan dan antara yang menjadi bualan adalah tauhu telor , Daging salai masak lemak Cili Api , Asam Pedas , Laksa Johor , Bubur pengat Durian dan bermacam – macam lagi .
Laksa Johor
Daging salai masak leamk cili Api
Ayam Kicap
Sotong masak hitam
Khadijah’s Kitchen juga menyediakan perkhidmatan katering yang lengkap dengan penghantaran.
Sempat YY jumpa Lagend Ahmad Nawab di Khadijah’s Kitchen
Alamat Khadijah’s Kitchen ( Cawangan Setapak )
35 G , PV 128 , Jalan Genting Klang , 53300 Setapak, Kuala Lumpur.
P/S : Laksa Johor Memang sedap gilerrr.
No comments:
Post a Comment