Assalammualaikum,
Hai para wanita yang suka kan kecantikan. Nak cerita pasal AVON nie. AVON dah bertapak lama sehingga 127 tahun dan di Malaysia telah menarik ramai wanita selama 36 tahun . AVON merupakan syarikat wanita untuk wanita yang menjadi syarikat kecantikan global terbesar.
Dan kini AVON mencipta Koleksi Mekap Terbaru , menampilkan rona – rona baru yang berekspresi . Direka khas unruk setiap tona kulit, rangkaian makeup Baru ini menampikan warna berpigmen tinggi dengan teknologi color True agar warna pada solekan korang adalah sama menghiasi bibir dan mata.
Avon bukan sekadar mencantikkan luaran, tetapi kecantikan dalaman, meningkat kan keyakinan diri dan membantu dalam menjana pendapatan. Korang mesti ingat AVON nie pasal nak cantik jer, sebenarnya tidaaaaaak. Ramai wanita yang berjaya dengan AVON. Sempena kempen “YOU MAKE IT BEAUTIFUL TOUR” , aktiviti Road Tour ke beberapa lokasi dilakukan. YY berkesempatan ke Road Tour di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Seronok uolss, memacam aktiviti ada. Terdapat 8 lokasi terpilih yang akan AVON Malaysia jelajahi.
Di sepanjang road tour, terdapat “beauty caravan’ yang akan mencantikkan kan korang dengan barangan AVON dengan setiap pembelian sebanyak RM50 keatas. Fuhhh !! bab nie lah yang YY suka, di solek dan dicantikkan. Maklum lah, perempuan mana boleh lari dari kecantikan kan.
Muka comot , nak makeup jap ngan produk AVON
Dimakeup oleh June, Jurumakeup AVON
Terima Kasih June dan AVON
Diantara koleksi kosmetik AVON yang terbaru :
ULTRA COLOR RICH LIPSTICK
Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri memberi warna terang yang kekal dan sejati . Ia menutrisi bibir dengan Shea Butter , Minyak Omega , Beri Arktik dan Vitamin # yang menjadikan bibir licin dan lembap serta – merta. Direka untuk pelbagai rona kulit. 16 rona baru dalam bekas elegan dengan tetingkap jernih.
ULTRA GLAZEWEAR LIP GLOSS
Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri meluncurkan kilauan tinggi berona mewah berserta kebaikan formula melembap yang sama dengan gincu AVON. Tersedia dalam bekas moden dengan 8 rona berkemasan krim , kilau dan sinar.
TRUE COLOR EYE SHADOW QUAD.
Warnakan mengikut nombor. Quad dengan Teknologi Pure Revealing memberi warna mewah berpigmen tinggi yang kekal sejati di mata seperti palet . Warna kekal tulen, tanpa retak atau merekah di mata. 6 quad baru dalam bekas rekaan terkini dengan langkah penggayaan bernombor.
ULTRA GLIMMERSTICKS LIP & EYE LINER
Menggaris dengan warna kekal sejati . Gayakan bersama solekan terang atau lembut tanpa masalah comot atau berkeping . Tersedia dalam 4 rona.
Kosmetik yang June gunakan untuk Makeup YY.
Eh,, mari sambung cerita di Sungei Wang. Bukan setakat ada aktiviti makeup , ada jugak kuiz sesenang yang boleh menang barangan AVON, turut di adakan Majlis Potong reben dari orang – orang kuat di dalam AVON.
Majlis potong riben di lakukan oleh Ms Aspalin Hj Sirat , Head of Digital Marcom Malaysia , Puan Safirah Harudin ( Pengidap Kanser Payu Dara dan pengedar AVON ) , Azlina Abdullah ( Ketua Jualan AVON ) dan Maggie Goh ( Pemilik Butik AVON ) yang mewakili wanita Malaysia yang berjaya dengan AVON.
Acara melepaskan Belon,
Para Penari yang membuat persembahan selepas acara potong riben.
Road Tour nie akan di adakan sepanjang September. Dengan setiap pembelian RM30 dan keatas barangan AVON korang berpeluang untuk mendapat hadiah cabutan bertuah seperti Samsung S4 dan berpeluang bercuti ke BALI dan setiap pembelian RM50 dan keatas, korang boleh dapat makeover dan sessi bergambar dengan jurugambar profesional.
Maklumat lanjut boleh ke www.facebook.com.AvonMy atau call 1-800-22-AVON ( 2866 )
wow seronoknya...
ReplyDeletecantik bila dah dimekapkan tu.. look so gojess
ReplyDelete