Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

1 Malaysia KL Family Fair @ MaTiC | Special Merdeka Day



Assalammualaikum,

Apa aktiviti korang bila cuti hari sabtu eh? Melepak kat rumah, merayau , atau ukur jalan . Heeee, nie YY nak kasi korang idea tempat boleh lepak santai dengan keluarga dan sahabat handai. Korang tau tak Matic ?? Alah, Pusat Pelancongan kat KL nie.


Matic Jalan Ampang  100



Untuk pengetahuan korang lah, setiap Sabtu memang ada pelbagai aktiviti santai di Perkarangan tempat letak kereta di Matic Jalan Ampang. Kebetulan baru – baru nie Sambutan Hari Kemerdekaan kita jatuh pada hari Sabtu.



IMG_7006IMG_7007IMG_7008IMG_7133

Merdeka Hunt, Aktiviti Pagi di Matic.




So, pelbagai aktiviti istimewa yang pihak Matic lakukan. Merdeka! Merdeka! @ MaTiC menyediakan aktiviti seperti Merdeka Hunt untuk dewasa dan Pertandingan Mewarna untuk kanak – kanak di waktu siang. YY memang tak berkesempatan datang siang tue, tapi malam YY enjoy dengan pelbagai aktiviti di Matic.




Matic Jalan Ampang  102



Sebenarnya 1Malaysia KL Family Fair @ MaTiC dah 2 tahun di laksanakan setiap hari Sabtu dari 4petang hingga 11 malam. Cuma Kebetulan yang YY pergi baru nie, jatuh pada hari Kemerdekaan. So, aktiviti nya lebih lah sikit.



Matic Jalan Ampang  119Matic Jalan Ampang  120Matic Jalan Ampang  121Matic Jalan Ampang  122

Persembahan Tarian Tradisional.




Matic Jalan Ampang  115

YY dan Kelly , happy sambut Merdeka di Matic




Matic Jalan Ampang  104Matic Jalan Ampang  105
Matic Jalan Ampang  110Matic Jalan Ampang  126
Matic Jalan Ampang  127Matic Jalan Ampang  125

Matic Jalan Ampang  123



Makanan pun sedap – sedap yang di jual di perkarangan tempat letak kereta Matic nie. YY try semua uolsss, paling sedap sate dan mee soto. Memang kena sangat dengan tekak YY. Agak2 teragak nak makan lagi, boleh arr ke Matic setiap Sabtu.



Matic Jalan Ampang  103Matic Jalan Ampang  111



Malam tue jugak ada Pertandingan Menyanyikan Lagu Patriotik, Persembahan tarian tradisional , dan juga karaoke. Termasuk jualan perbagai barangan seperti baju , aksesori wanita , car boot sales , cenderamata dan macam – macam lagi .





Matic Jalan Ampang  128



YY juga sempat berbual dengan orang kuat di sebalik tabir yang membuat segala aktiviti di Matic nie. Idea aktiviti nie sangat bagus sebab pelancong memang suka bila dapat melihat persembahan pelbagai budaya secara live . Ini dapat menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.





Malaysia Tourism Center (MaTiC)

No. 109, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur, Malaysia

 
Maklumat Lanjut :
MaTiC Facebook Page: https://www.facebook.com/PPMMaTiC
MaTiC Website: http://www.matic.gov.my







5 comments:

  1. Best kan, Yana, tempat ni...I suka sangat tengok aktiviti aktiviti kat situ...tapi yang paling best satay dia la...hahahah...syok giler, gemuk-gemuk dagingnya! Hahahaha!

    ReplyDelete
  2. seronoknyaaaaa bila tengok truly Malaysia ada kat situ!

    ReplyDelete
  3. macam best je..nak terjah lah sekali nanti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah