Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Bencinta | Sinopsis dan Trailer



Assalammualaikum,

BENCINTA, tajuk Filem terbaru dari MIG . Filem yang bakal menggegarkan panggung berhampiran korang ini di lakonkan oleh Nora Danish dan Farid Kamil sebagai teraju utama. Dibantu oleh Fezrul Khan , Qi Razali , Angelina Tan , Zalif Sidek , Uqasha Senrose , Azlan Komeng dan pelakon kanak – kanak adik Aryana. Penggambaran dilakukan di sekitar Pulau Langkawi. Ini adalah Filem yang ke 83 MIG dan arahan Eyra Rahman yang ke 3 selepas Aku Terima Nikahnya dan Dua Kalimah.


Sinopsis :

Menceritakan tentang Fathia ( Nora Danish ) , seorang gadis cantik yang mempunyai perwatakan yang menarik dan keperibadian yang baik. Fathia merupakan seorang Chef di sebuah kafe milik sahabatnya Jane ( Angeline Tan )



Di kafe tersebut Fathia menemui Faizal ( Farid Kamil ) , seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Mereka menjalinkan hubungan cinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan, mereka menjalani kehidupan dengan gembira dan penuh kebahgiaan.



IMG_8055



IMG_5196



Kehadiran cahayamata mereka iaitu Tiara menambahkan lagi kebahagian dan kegembiraan hidup Fathia dan Faizal. Tahun silih berganti, kebahagian yang selama ini dikecapi menjadi semakin hambar apabila Faizal mula bertindak kasar dengan memukul Fathia dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Segala pembohongan Faizal terbongkar, Fathia telah menyedari bahawa perhubungan cinta antara mereka adalah pembohongan semata – mata demi kepentingan peribadi Faizal. Fathia berasa amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku dan dia telah membuat keputusan untuk membawa Tiara pergi jauh daripada hidup Faizal.




IMG_8481


IMG_7672IMG_9791IMG_9830IMG_9890



Sepanjang persembunyian Fathia dan anaknya Tiara, mereka telah dibantu oleh Shah ( Qi Razali ) , sahabat baiknya daripada kecil. Kehadiran Shah juga telah merubah hidup Fathia dan Tiara ke arah kegembiraan dan berjaya mengubah kekecewaan Fathia.



IMG_5471IMG_5504IMG_5573



IMG_6733



Mampukah Fathia dalam menghadapi Faizal yang tidak berperikemanusiaan ? Masih adakah ruang bahagia untuk diri Fathia dan Tiara ?




TRAILER







**************************************************************************





Malam Prebiu , Gambar dari Instagram YY.



REVIEW


Filem yang YY rasa Sound Effect amat menjadi bila bab babak cemas dan mendebarkan. Bayang kan tengok lelaki pukul perempuan, comfirm lah geram kan.  Bila sound effect bagus, kita leh rasa pukulan tue macam sakit sangat. Huiyooo, tak leh bayang kalau YY sendiri dapat laki garang cam Farid Kamil dalam Filem nie.



Adik Aryana sebagai pelakon cilik menjadi anak kepada pasangan Fathia dan Faizal sweet3 jer. Ada babak yang lawak jugak. Memang satu panggung terbahak dengan keletah spontan adaik Aryana . Apakah yang kelakar itu ?? haaaa, korang kena lah tgk kat panggung ya.



Babak Nora Danish sebagai ibu yang sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan anak nya dari ayah yang sangat baran dan garang touching jugak uolsss. Menjerit gak YY bila babak Fathia di kejar Faizal. Fuhhh !!! suspen sebab sound bagi suspen.



So mari menonton bermula 26 September di pawagam berhampiran korang.




4/ 5 Bintang




Semak Keputusan Peperiksaan KPSL N27


Assalammualaikum,

Semakan keputusan Peperiksaan KPSL N27 . Kebetulan tadi YY gatal duk buka web JPA . Tak sangka result dah keluar. So, cecepat masuk IC No nak tahu lah lulus ke tidok kan. Alhamdulillah, akhirnya YY dah lulus semua paper, kebetulan YY memang tengah menunggu jawapan penempatan selepas berjaya temuduga N27 KPSL baru - baru nie.





jangan tanya kenapa 2 paper jer, sebab paper B tue dah lama LULUS.



Sungguh YY bersyukur sebab segala urusan dipermudahkan. Tak sangka kerjaya YY berjalan dengan lancar.  Korang dah check keputusan KPSL N27. Good Luck Korang .




P/S : ada yang kata dah ada DIPLOMA tak yah Amik KPSL N27. Betul ke ???

Coca Cola Malaysia | #ShareMYCokeLah

 
Assalammualaikum ,

 
"Chup! Coca Cola .Refreshlah together gether" , ini adalah tagline kempen terbaru dari coca cola Malaysia . Unik wooo tin yg baru dari coca cola . Ada Hashtag lagi , perkataan yang rakyat suka sebut . Memang ciri keunikan Malaysia sungguh . 


 
Share My Coke Lah   105


 
Terkejut jugak YY pepagi sampai opis dah ada kotak merah nie atas Meja. Terima Kasih Coca Cola Malaysia yang memberikan YY Tin Unik Coca Cola nie. Teruja sungguh YY, bila melihat sendiri keunikan Tin Coca Cola dengan hashtag perkataan Malaysia yang selalu di sebut.



 
Share My Coke Lah   100Share My Coke Lah   101


 
Diantara nyer  ::
 
Share My Coke Lah   117

#macha


 
Share My Coke Lah   118

#lenglui


 
Share My Coke Lah   116

#syoknya
 


Share My Coke Lah   122

#beb


 
Share My Coke Lah   121

#fuyoh



 
Share My Coke Lah   119

#bestgiler


 
Share My Coke Lah   122

#beb .


 
Semua ada 7 Hashtag  uolsss..

 
Share My Coke Lah   113



 
Seronok bila kita dapat menikmati kesegaran Coca Cola bersama teman – teman. Sharing is Caring. Baru lah kena dengan Hashtag kempen nie #ShareMYCokeLah.
 
Rakan – rakan Sekerja YY suka minum Coca Cola.


 
Apa yang menarik dengan kempen terbaru coca cola nie ?? Apa kata korang bergambar dengan tin terbaru coca cola nie , lebih menarik di nikmati bersama rakan -rakan dan tweet or instagram dengan serta kan hashtag #shareMyCokelah . Mana tau picture fantastic korang akan di muatkan ke dalam digital billboard yang di letak kan di tempat-tempat strategik .


 
coca cola

Apps Coca Cola Malaysia di facebook. –> #ShareMYCokeLah
 
 
Nak lebih detail dan share segala moment indah korang boleh ke Coca Cola Malaysia Facebook Page ( http://apps.facebook.com/sharemycokelah )
 
 
 
P/S : seronok nyaa berkongsi :)





















































Bila salah cara dan niat dalam blogging




Assalammualaikum ,



Weee , lately nie banyak pulok kisah panas pasal blogger baru or lebih dikenali sebagai newbie . Kalau ikut YY pun baru jer blogging dari 2007 . Buat blog sesuka , sebab ikut kawan . Kawan buat blog sebagai diary , YY pun nak jugak diary online nie . Merangkak sesikit baru dapat berdiri dan bertatih . Bukan senang nak senang .



Tapi , zaman sekarang ramai blogging sebab di gula - gula kan dengan ayat "buat blog buat duit " , memang yaaa YY x nafikan buat blog nie boleh di jadikan sumber pendapatan sampingan tapi banyak yang dah salah cara blogging . Ramai yang nak naik cepat sampai hilang etika berblongging . Ada yang dah pandai demand , event memilih x bayor x nak pi . Alahai korang , YY bermula dengan kosong gak . Pi event semua percuma . Lagi kuar duit duit minyak , tol dan parking . Tapi tue semua belakang kira sebab mmg minat nak buat. Sikit - sikit baru dapat job berbayar .



seronok dapat kenal ramai kawan dalam blogging


Bila ada sesetengah blogger buat hal , demand semacam . Event dah RSVP tapi batang hidung x nampak , datang lambat Payment minta up lebih dari sepatutnya , boleh buruk kan nama blogger jugak . Bila PR duk bercerita , nama blogger melayu jugak yang tercemar . Sayang kan , padahal dunia blogging dengan yang rajin turun event nie bukan ramai pun . Pusing - pusing muka tue jugak . Jadi kalau sorang dua buat hal , mesti orang tau punya . Confirm kecoh . Plssss lah , jaga nama antara blogger .


Buat Kerja Amal dengan Bloggers.



Kalau korang bagus dalam penulisan , xyah sesusah sampai kuar ayat "Pi Event pegang PR " , helloooooo perlu ke sampai cmtue sekali cara korang nak buat duit dari blogging . Ada tue tahap sailang menyailang lagikkk . YY xde lah hebat mana dlm bloggging , picisan jer pun . Tapi saje lah nak kasi nasihat sikit buat newbie , jangan terus nak naik lift . Apa kata korang belajaq naik tangga dulu . 




Amboi kemain membebel panjang berjela . Saje lah kan , koje xde jadi kita cuba menaip via tipon jaaa . Sekian pesanan penaja "blogging untuk semua", gitueeeeee . Maaf Bagi yang terasa, xde niat nak buat ada yang terguris. Benda nie untuk perkongsian bersama , agar orang tak anggap blogger "mata duitan", tapi keja tak bagus.





P/S : YY pun masih belajaq dalam blogging nie, banyak woooo yg YY tak tahu. 





Post via i phone .


Kembara Backpackers Bersama Moji di TVi


Assalammualaikum,


Travel benda yang paling YY suka buat. Tapi xpernah lagi YY Backpackers. Maklum lah, YY tak yakin nak buat backpackers nie, bak selalu orang kata. Alah, pompuan susah lah kalau backpack nie.


So, bila YY berkesempatan ke pra tonton 2 episod dari 13 episod rancangan terbaru backpackers yang akan di siarkan di TVi setiap Ahad , pukul 11.30pagi. Waaah, seronok jugak bila lihat pengembaraan solo Moji ke beberapa negara Asia. Terima Kasih pada Blogger Mak Dara Kak Adza yang menjemput YY ke Majlis PraTonton nie.


Kembara BackPackers bersama MOJI  101

Pengarah Kembara Backpackers Bersama Moji



Kembara BackPackers bersama MOJI  103

Ramai jugak yang datang pratonton nie, ada media , ada jugak backpackers sendiri.



Bak kata Mak Dara, dia jumpa Moji kat Youtube. Memang class aarrr video Moji travel sebab dia memang pandai edit sendiri. Dan Moji adalah pemain Yo Yo dah sampai ke peringkat antarabangsa. Memang hebat lah. Dapat tgk 2 episod dah rasa tak sabar nak tgk episod seterusnya.



Kembara BackPackers bersama MOJI  114

YY bersama  blogger Mak Dara , Miss Lady dan Kak Nor Misnan



Kembara Backpackers Bersama Moji” akan ke 5 negara Asia, dan di rakam tanpa edit. Kira macam rancangan realiti gituee. Salah cakap ke, terjatuh tergolek ke semua tunjuk. Memang menarik dan kelakar lah jadi nyaa. Tak sabar nak tengok semua 13 episod.




Kembara BackPackers bersama MOJI  110

Sessi soal jawab bersama Moji.



Saksikan

Kembara Backpackers bersama Moji


Di TVi , pukul 11.30pg dan ulangan pada 2.00pg.




Kembara BackPackers bersama MOJI  116Kembara BackPackers bersama MOJI  118

Moji nie memang kelakar , u r the best lah.




Jom Layan video dari Moji. Layanssss



Banyak lagi video Moji Kat Youtube





P/S : rasa nak pi bercuti gak arrr.



ESCAPE Celcom hiburan di mana - mana


Assalammualaikum,


Hai uolsss, sape suka hiburan ?? korang nak hiburan mengikut korang kemana – mana. Haaa, nie YY nak buka citer pasal ESCAPE .


Apa itu ESCAPE ??



ESCAPE adalah dunia hiburan tidak kira di mana jua korang berada . Menikmati video terbaik , filem, berita, peristiwa dan banyak lagi, semuanya di satu tempat iaitu di telefon bimbit korang , komputer riba , tablet dan komputer.


ESCAPE buat korang berada di dalam dunia sendiri. Online movie library dengan pelbagai pilihan seperti Hollywood, Korea, Indonesia, Hindi dan filem tempatan. Korang jugak boleh menonton live event ,  konsert dan siri TV pada peranti mudah alih .


Lebih 500 filem dari hanya 80 sen sejam. Nikmati pelbagai genre filem (Aksi, thriller, komedi, drama, seram, cinta), Konsert, Red Carpet Acara dan banyak lagi. Imej hi-resolusi yang dihantar melalui teknologi penyesuaian aliran untuk kualiti video yang sangat baik di seluruh peranti.


Korang boleh muat turun aplikasi ESCAPE ke telefon bimbit secara PERCUMA. Sesuai untuk telefon pintar (IOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan Pause & Play function  korang boleh berhenti filem yang dipilih pada satu peranti dan terus menonton pada peranti lain sesuka hati korang supaya korang tidak ketinggalan menunjukkan kegemaran korang lagi.



Cara – Cara Untuk Mendaftar dan Menggunakan ESCAPE .


1. MUAT TURUN ESCAPE dari Telefon Pintar korang.

ESCAPE CELCOM  105ESCAPE CELCOM  106




2. SIGN IN untuk LOGIN ke ESCAPE – Boleh guna Facebook Acct atau register email korang di https://www.escnow.com .


ESCAPE CELCOM  107ESCAPE CELCOM  110



3. Yeaaah, Now dah pilih hiburan yang korang ingin kan.

ESCAPE CELCOM  111ESCAPE CELCOM  108ESCAPE CELCOM  109




Eh Sebelum tue, baik YY tunjuk kat korang cara nak daftar acct korang untuk ESCAPE. Korang kena lah ada no CELCOM , baru boleh jadi pengguna ESCAPE tegar.



1. Memula sila lah ke https://www.escnow.com dan KLIK Register.

ESCAPE CELCOM  100



2. Bila dah Klik Register, korang kena masuk kan code no yang akan di hantar ke no tipon yang korang dah register.

ESCAPE CELCOM  101



3. Bila dah masuk kan code no, korang kena lah verified kat email pulak. Ini untuk pastikan yang korang nie bukan fake acct.

ESCAPE CELCOM  102




4. OK DONE, acct korang dah active.

ESCAPE CELCOM  103



5. pilih lah hiburan yang korang ingin kan.

ESCAPE CELCOM  104


Waaah, settle dah. Nampak nya hidup tak akan kesunyian atau kebosanan lagi. Semua nya kerana ESCAPE aplikasi yang best dan  penting adalah PERCUMA .




Layari  www.ESCnow.com untuk maklumat lanjut. Eksklusif buat pengguna CELCOM.




Maggie Kari Ketam @Bucida Court Damansara


Assalammualaikum,


Makanan dengan YY memang tak dapat di pisah kan. Sebab tue skg gemokss kemain, beria menternak lemak. So,, bila da geng blogger ajak makan, lelaju lah YY offer diri. Ntah kemana lah diet bila dengar bab makan kan.


Maggie Kari Ketam Bucida Court  103





Sebenarnya kami geng Blooggers pakat – pakat nak serbu BUCIDA COURT . Haaa, korang tak tau. Tempat nie baru sangat, sesuai untuk chill n chat dengan kengkawan. Siap ada layar besaq. Kebetulan malam kitaorang datang tue, ada perlawanan Final Pesta Bola Merdeka antara Malaysia vs Myanmar . Apa lagikkk, sambil makan sambil menjerit arrr, plus Malaysia menang pulak tuee 2-0 . Tak sia- sia beria menjerit, menang sudah uolss.




Maggie Kari Ketam Bucida Court  167

Miss Pah Hot Pot’s



Habis citer bola, sambung balik citer makanan. Kat Bucida Court nie ada 8 gerai makanan, yang menyediakan pelbagai jenis dan citarasa. Ada western , ada citarasa kampung , ada citarasa utara dan memacam lagi lah. Citer banyak tak guna, meh korang tengok antara menu yang ada di Bucida Court.



Maggie Kari Ketam Bucida Court  137

Maggie Kari Ketam Nipah




Maggie Kari Ketam Bucida Court  133

Maggie kari Ketam Bunga.



Maggie kari Ketam nie adalah dari gerai Miss Pah Hot Pot’s , kesah nya YY dengan Miss Pah nie satu tempat belajaq dulu. Tak sangka plak dah berjaya bukak kedai makan. Harga Maggie Kari Ketam ikut harga pasaran Ketam semasa. Memang sedap melampau, dah ler memang favourite YY makan kari.



Maggie Kari Ketam Bucida Court  107

Sup Kambing


Maggie Kari Ketam Bucida Court  111

Chicken Chop



Maggie Kari Ketam Bucida Court  113

Lamb Chop



Maggie Kari Ketam Bucida Court  114

Murtabak Singapore



Maggie Kari Ketam Bucida Court  126

Nasi Ayam Bakar



Maggie Kari Ketam Bucida Court  128

Meat Ball



Maggie Kari Ketam Bucida Court  132

Nasi Goreng Kerabu




Maggie Kari Ketam Bucida Court  138

Sotong Sambal




Maggie Kari Ketam Bucida Court  139

Ikan Pari Masak Asam




Maggie Kari Ketam Bucida Court  149


Warisan Nasi Kukus




Maggie Kari Ketam Bucida Court  154

Char Kueh Tiaw




Dengan ada nyer pelbagai menu dengan harga yang berpatutan, boleh arr korang ajak kengkawan lepak di BUCIDA COURT . Memang santai sangat. Tempat pun selesa.




Maggie Kari Ketam Bucida Court  121

Maggie Kari Ketam Bucida Court  122

Gelagat Blooggers bila jumpa makanan, amik gambor penting dari makan.




Maggie Kari Ketam Bucida Court  155Maggie Kari Ketam Bucida Court  156

YY menikmati Maggie Kari Ketam Nipah yang yummeeeeeeeeeh Smile




Bukan setakat makanan pelbagai, air pun pelbagai jugak. YY memang addicted dengan Apple Asam Boi. Sedap uolsss, tengah menaip nie pun dah rasa cam nak pi blender apple plak rasa. Fuhh !!! , payah kalau citer bab makan nie, bernafsu sungguh .



Maggie Kari Ketam Bucida Court  145

Desert



Maggie Kari Ketam Bucida Court  152

Cool kan ???




Alah senang sangat nak pi BUCIDA COURT, kalau korang lalu Penchala Link, turun kek kiri nak ke OU,, korang terus himpit kiri. BUCIDA COURT nie atas bukit sikit. Nah ler, YY letak map kot-kot kalau korang teringin bebenor nak pi.




Maggie Kari Ketam Bucida Court  178

Terima Kasih Miss Pah Hot Pot’s ,
 jamu kami Blooggers dengan Maggie kari Ketam yang Lazat.




Nah layan sikit Video amatur pada malam kejadian ketam di baham.









Map untuk ke Bucida Court Damansara.

Peta Bucida Court




Bucida Court
Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
5.00 petang – 2.00 pagi
Eat . Chat . Chill .



 
 
 
P/S : Nafsu macam menggamit suh pi lagi jer niee.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah