Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Siapa tahu apa yang ALLAH aturkan untuk kita .



Assalammualaikum,


Hai korang, macam lama jer YY tak membebel kan. Tetiba rasa macam nak share kisah kerjaya. Kalau ikut sejarah, YY lepas SPM sambung belajar dalam bidang engineering. Result YY SPM nak kata bagus sangat takde lah, tapi alhamdulillah dapat  jugak sambung belajaq.



Then, habis 3 tahun belajaq, dengan sijil bertaraf Diploma, YY bekerja di BCB Bank yang sekarang di kenali sebagai CIMB Bank. Haa, masa nie korang boleh nampak. Belajaq Engineering, tapi pi keje bank. Sebenarnya kita tak leh memilih, janji rezeki halal dan kita mampu buat keje tue, kita buat jer. Ada jugak yang memilih keje, kekonon kalau ada sijil engineering, kena keje bidang engineering. Tapi , bg YY rezeki Allah nie luas, janji kita ikhlas buat sesuatu pekerjaan tue.



So, bila dah 3 tahun lebih berkhidmat dalam bidang perbankan, YY dapat pulak interview dalam sector Awam, senang citer dapat keje gomen . Memula tue hati cam sedih gak nak pi, sebab ketika itu keje kerajaan gaji permulaan cuma RM650 . Kurang banyak 3 kali ganda dari YY di bank. Bayangkan masa interview pun, dah di tanya rela ke nak keje dengan gaji yang kurang banyak. Gigih jugak lah YY nak jawab soklan tuee.



Alhamdulillah, YY dapat tawaran keje di tempat sekarang. Sebagai Pembantu Tadbir Gred 17 . Kalau korang nak tahu, keje Gomen nie YY guna sijil SPM jer. tapi demi masa depan yang terjamin dalam sector Awam, dan memang permintaan arwah ayah nak anaknya keje gomen, YY terima tawaran kerja yang gaji lebih rendah tapi ada jaminan masa depan.



Memula keje, struggle jugak lah YY nak teruskan hidup. Dengan gaji yang kurang 3 kali ganda, tapi YY bernasib baik menetap dengan keluarga. So, ada lah jimatnya kat situ. YY pi balik keje naik bus jer, tapi tahan setahun x sanggup jalan jauh naik turun bukit, YY nekad beli kete. Mula keje gomen 2006 , setahun jer 2007 YY beli kete dan genap setahun YY telah disahkan jawatan.



Sejak YY berkhidmat dalam sektor Awam nie, tak sangka rezeki YY murah dan segala urusan dipermudahkan. Mula berkhidmat 2006 , Sah jawatan 2007 , Menerima Anugerah Cemerlang - ( 2010 ) , Menerima Anugerah Juara Penuh Disiplin Peringkat BA ( 2013 ) dan setelah 7 tahun berkhidmat YY berjaya menjadi calon simpanan untuk Kenaikan Pangkat ke Gred N27. Syukur alhamdulillah.



Rezeki nie kita tak tahu, mungkin memula kita rasa down, perit , kecewa , rugi tapi setiap yang berlaku ada hikmah nya. Untuk yang gagal dalam SPM, atau gagal dalam bidang pendidikan, bukan bererti hidup korang telah berakhir. Sebab Allah dah aturkan hidup kita, jadi dugaan yang datang sebab Allah sayang dan DIA tahu kita mampu atasi setiap dugaan.



Memula masa YY keje di Bank dulu, YY pernah terfikir “nyesal jer sambung belajaq sebab ada kengkawan kat bank yang lepas SPM terus keje, dah naik pangkat jadi pegawai pun “ , tapi bila fikir2 balik, ada jugak guna nya Dilpoma YY tue, sebab boleh digunakan untuk kenaikan pangkat ke Gred 27 yang YY dapat.



Setiap orang ada rezeki nya, buat apa kita nak cemburu dengan apa yang orang sekeliling kita dapat, mungkin kita rasa diaorang lagi best dari kita, tapi kita tahu ke apa yang diorang alami. Mungkin terenyum tapi hati siapa yang tau.



Dalam bidang bogging pun dah mula nampak hasil, Insha Allah kalau ada jodoh YY mendirikan rumahtangga, duit blogging banyak membantu . Keje kena ikhlas, baru kita akan rasa nikmatnya. Tak guna dengki mendengki, sebab rezeki Allah yang bagi, yer daaak. diam tak diam dah lebih 10 tahun YY bekerja, ada lah nampak hasil dari bekerja.



Waaah, macam panjang jer YY membebel, macam lah korang nak baca kan. Saje nak share luahan hati nie, sebab YY rasa mcam lama sangat dah tak buat entri personal.



P/S : Entri nie sempena 1 september , genap 7 tahun berkhimat di Sektor Awam.



5 comments:

  1. Ehemm.. lepas 27 ni.. naik gred ape pulak? Hehehe..
    tahniah YY.. anda seorang yang gigih..

    ReplyDelete
  2. Berusahalah sebaik mungkin dan bertawakkal...tentu berbaloi

    ReplyDelete
  3. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita dengan rezeki masing-masing :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah YY, usaha tanpa jemu yang penting ikhlas, pasti kita akan merasai hasilnya kan :D

    ReplyDelete
  5. Keajaiban kuasa tuhan..sesungguhnya Allah s.w.t telah mengaturkan kesemuanya dan menjanjikan sesuatu yg lebih baik dari yg sebelumnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah